Thursday, January 29, 2009

Argh.. Marah Betul!!

Haa? tengah marah..sabo sabo.. rileks dulu.. Sebelum nak marah orang tak tentu pasal, baca dulu artikel ni.. ni saya amik dari email kawan saya.. ni untuk diri saya gak..:p

11 Tips Menghindari Marah

MARAH

“Saya seorang yang pemarah”… Bila saya terbaca artikal ini… saya rasa diri saya terlalu kerdil…saya sedar terlalu banyak kekurangan dalam diri saya… kadangkala terfikir juga… entah bagaimana rupa saya ketika marah…huhuhu…tentu hodoh kan !!!…



IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

p/s: nak marah lagi ker?

Friday, January 23, 2009

Mengertilah hati ini...

Aku tak mengerti,
Kenapa kita bertemu,
Adakah kerana satu kebetulan,
Atau memang kita mempunyai satu ikatan yang tersembunyi,
iaitu jodoh...

Kau yang aku kenali,
Seorang yang memang cukup sifat,
Maha Suci Allah,
Yang menciptakan seorang lelaki,
yang begitu sempurna di mataku..

Dan kau telah menyatakan hasratmu,
untuk mengambil hatiku,
untuk dijadikan permaisuri di dalam hatimu,
untuk selama-lamanya..

Namun,
Hanya kerana egoku,
kerana kedegilanku,
aku telah menolak kau,
kerana aku yakin,
aku akan bertemu dengan kau lagi..

Akhirnya,
kau sepi,
menghilangkan diri dari pandanganku,
Dan aku,
rindu padamu,
rindu pada nasihatmu,
rindu pada kata-katamu..

Perlukah
aku berpatah balik,
menyatakan padamu,
yang aku sayang pada mu,
dan aku bersedia menyerahkan hatiku pada mu.?

Tetapi,
aku belum bersedia lagi,
bersedia untuk melalui kenyataan pada masa akan datang,
aku perlu belajar,
belajar mengawal perasaan,
belajar memahami kau sebagai seorang suami,
belajar ilmu rumah tangga,
bila aku kira,
cukupkah ilmuku untuk menjadi isterimu?

Kini,
kau dengan kehidupan kau,
dan aku tetap aku,
belajar dan belajar,
sesekali bila ku tatap wajahmu,
hatiku menjadi sayu,
sedih..

Aku harap kau mengerti,
keputusanku pada masa itu,
bukan untuk kepentingan diriku sendiri,
tapi aku meletakkan sepenuh harapan,
kepada Allah yang Maha Mengetahui..

Sekiranya benar Allah meletakkan jodoh,
keatas kita berdua,
aku dengan rela hati menerimamu seadanya..
dan aku harap kau juga begitu..

Tapi, jika berlaku sebaliknya,
pintaku agar,
jangan alihkan pandangan kau dari aku,
kerana aku ingin bersahabat dengan mu..

Dan aku harap kau mengerti..

Monday, January 19, 2009

Ya Allah, Jika Aku Jatuh Cinta..



Bilakah saya akan menemui dia?

Friday, January 16, 2009

Sabar nedy....

Semalam, saya lambat ke kelas lab software. bas pun gerak lambat. tapi dalam bas, saya rasa cam ade yang tak kena.

"Eh, aku terlupa bawa kad matrik. nak turun bas balik ker? kalau aku turun, aku akan lambat ke kelas nanti. tapi kalau aku tak turun, kene marah dengan pak guard nanti."

Saya pun ambil keputusan untuk tak nak amik kad matrik sebab takut lambat ke kelas.

Sampai ke fakulti, saya di panggil oleh 2 orang pak guard.

Pak guard 1 : "Dik, tunjuk kad matrik."

Saya : "Tuan, saya terlupa bawa."

Pak Guard 1 : "Awak balik sekarang!"

Saya terdiam.

Saya : "Tuan, saya betul2 terlupa kali ni. Saya betul minta maaf."

Pak Guard 1 : "Awak bawa henset tak?"

Saya : "Bawa."

Pak Guard 1 : " Kalau awak boleh bawa henset, kenapa kad matrik pun tak boleh bawa? Henset lagi penting dari kad matrik ker? Dah 2 kali awak tak bawak kad matrik tahu. Ingat saya tak ingat?"

Saya : (Memang aku pernah kene marah pun tapi tak silap aku sekali jer. nape dia kata 2 kali? ke dia nampak lagi sorang?) "Tuan, bukan sekali je ke tuan marah saya?"

Pak Guard 1 : "Tu la awak. Sebab tak belajar dari kesilapan la awak jadi camni. Sekarang ni dah tiga kali tau. selalunya kalau dah 3 kali, dah takde maaf dah."

Saya diam. Ape ni? Saya pula dituduh melakukan benda yang sama. padahal baru masuk 2 kali. mana lagi satu kali? Saya hanya mampu senyum masa tu sebab tu sahaja cara untuk saya bertenang dan steady. tapi....

Pak Guard 1 : "Ape senyum2? awak ingat saya boleh lepaskan awak camtu jer?"

Saya masih lagi senyum. tapi dalam hati hanya Allah s.w.t yang tahu betapa lukanya hati pak Guard tu kata camtu.

Pak Guard 1 : " Saya tak boleh buat ape-ape. Summenye terserah pada tuan sebelah saya ni. Kalau dia kata awak boleh lepas, baru saya lepaskan awak."

Pak Guard 2 senyap je. Mata aku mula berair tapi bukan bermaksud nak lembutkan hati mereka tapi memang sedih betul.

Pak Guard 1 : " Awak tahu tak, kami baru je dapat tangkap orang luar yang menceroboh masuk dalam fakulti tau. awak ade kelas ke lab?"

Saya : "Lab."

Pak Guard 1 : "Kali ni saya lepaskan awak. tapi sekali lagi saya dapat tangkap awak, siaplah awak. Awak boleh pergi ke kelas."

Saya terus beredar dari tempat tu sambil menitiskan air mata yang tidak tertahan lagi dan saya menangis tersedu2. Dan itu berlaku hanya kerana kad matrik........

Saturday, January 10, 2009

CupCake Yang Sedap

Pagi semalam, saya dan dila pergi ke Fakulti Bahasa Moden. Fakulti tu ade menganjurkan Festival Filem / Video Pendek dan terdapat gerai2 ade di situ. So, kitorang pun singgah untuk mencuci mata.

Banyak gak la barang yang di jual. selalunye kalau ade jualan macam ni, selalunya ade jual kain, baju dan blaus. Itu je yang penjual tahu jual. Tapi kali ni, ade gak la kelainan dari segi barang yang di jual. Contohnye, ade jual sabun, pokok bunga, bantal kekabu siap dengan cadar dan macam2 lagi la. Siap dapat rasa air free lagi.. Air Vico.. Sedap....

Lepas tu, kitorang jalan lagi dan kitorang terjumpa satu gerai. Gerai cupcake. Sume cupcakenye lawa2. Macam2 corak ade. Ade corak bunga, cawan, rumput, macam2 la. Ade 2 perisa, vanilla dan coklat.

Saya dan dila pun membeli cupcake itu. RM1.50 sebiji. Ok la tu. huhu. Saya amik 2 biji cupcake berperisa coklat. Satu untuk saya, satu untuk kak nazi.




Yang corak bunga tu kak nazi punya, yang hujung tu saya punye. hehe.

Sedap ke tak? kalau nak tahu, beli dan makan sendiri.. :p

Wednesday, January 7, 2009

Terima Kasih Sume....

Hari Isnin, 5 Januari 2009

Kelas bermula pada pukul 8am dan berlarutan sehingga pukul 12pm. Aku balik kolej dan membeli nasi berlauk ikan untuk lunch. Kebetulan masa tu, perut aku memang kosong habis sebab semalam (Ahad), aku tak makan nasi langsung. (Selalunya aku makan ikut time. tp hari tu dah la tak ikut time, tak makan nasi pulak tu..)

Jadi, aku pun membantai lunch aku sepuas-puasnye.. tido jap sebab letih, then pergi ke kelas network lak pada pukul 2pm.. Kiranye aku datang awal gak la ke kelas sebab tumpang dengan kak nazi. Jadi, aku pun dok la depan sekali.

Pastu, kelas pun bermula. Aku kepelikan. Nape Pn. Idawaty ajar kat belakang? Nape tak dok depan dan mengajar? Jadi terpaksa la aku memusingkan badan aku ke belakang untuk melihat Pn. Idawaty..

Tapi, lama-lama aku jadi tak tahan dengan posisi tempat duduk aku lalu aku menoleh ke depan semula dan hanya bergantung kepada pendengaran dan mata aku di slide sahaja. Tapi, sekali lagi aku tak selesa dengan posisi aku sebab aku tak biasa dengan lecturer cakap tapi tak melihat lecturer tu.

Jadi, badan aku mula menggeletar sebab otak aku cam tak leh terima keadaan camtu. Kepala memusing-musing seperti di minta berbaring atau keluar dari kelas yang seperti didalam kapal angkasa lepas. Tapi aku tetap bertahan sebab best Pn. Idawaty tu ajar. Tekak mula loya seperti mahu keluarkan sesuatu dari perutku.

Habis je kelas, aku send mesej ke dila sambil menggeletar tangan aku. "Dila, tolong aku..Aku cam nak pitam.." Dila dan Sya terus datang kepada aku dan memapah aku ke toilet. Sampai je di toilet, aku muntah sepuas hati aku. huhu

Pastu, balik kolej. Rehat sekejap. Time petang je, memang kebiasaan aku berjalan sorang2 ke food court untuk beli dinner lak. Memang tak larat waktu tu, tapi apakan daya. huhu

Pastu balik bilik, pergi mandi. Sampai je kat bilik, aku nampak satu bungkusan yang agak pelik. Sebab setahu aku mana ade aku pergi Sogo sejak bukak sem 4 lagi. Lalu aku perhatikan nota yang tertulis di bungkusan itu.

"Happy Belated Birthday.. - Kak Nazi- "

Terbeliak gak la mata aku. huhu. Apepe pun alhamdulillah ade gak rezeki aku walaupun penat yang amat masa tu. Apa isi dalam tu? hehe. Sebuah pendrive yang aku memang perlukan sesangat memandangkan pendrive aku pun dah rosak dek kerana virus yang mengganas. huhu

Apepe pun terima kasih kepada Dila and Sya sebab tolong nedy.. :)
And terima kasih gak kepada Kak Nazi sebab care about me.. :)

Friday, January 2, 2009

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama aku tak buka blog aku selama 1 sem, akhirnya terdetik jugak hati aku nak update balik dan nak kemaskan balik blog aku..

Bukan aku taknak update, tapi lepas kejadian hari tu, aku macam dah taknak amik tahu pasal blog aku..

Tapi tak leh gak sebab bila teringat balik apa sebab aku nak wujudkan blog aku, tetiba aku terdetik untuk update balik..

Alang2 aku dah bersuara ni, aku dengan rasa rendah diri nak minta maaf kepada semua kawan-kawan aku especially rakan-rakan mtp.. minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.. halalkan semua pemberian korang, tak kisah la dari segi duit ke, ilmu ke, apepe je la.. aku nak minta halal..

Aku nak minta maaf kat dila dan sya klu aku pernah terlawak kasar dengan korang selama kita bersama..You are my friends forever..

Untuk my roomate, kak nazi, nedy nak minta maaf sgt2 klu nedy ade wat salah kat akak.. kadang2 nedy xsedar yg ape yg nedy ckp selama ni boleh mengguris hati akak..akak la yg paling dekat dengan nedy sebab slalu tengok muka nedy setiap hari..huhu

Terima kasih kepada semua yang bagi sokongan pada nedy.. nedy hargai sangat jasa korang..

Terima kasih....