Tuesday, June 15, 2010

Mid Valley --> tempat menghabiskan duit.. argh~

Assalamualaikum...

Pernah tak korang dengar or terbaca yang kita tak boleh melepak kat shopping complex, pasaraya dan sewaktu dengannya.. kalau ade yang tak baca or tak tau lagi, klik la sini.. nak tau sebab ape? sebab kat situ la syaitan selalu melepak kat situ dan menghasut manusia ni bersikap boros terutamanya wanita2 seperti aku nih... huhu..

Sekarang ni pun aku dah ade tabiat baru aku iaitu suke pergi ke shopping complex nih.. aku tak tau la dalam bulan ni dah berapa kali aku singgah kat Mid Valley tu..huhu.. sebelum ni pun jarang aku nak pergi ke shopping complex ni.. masa aku dok UPM dulu pun, aku rasa tak sampai 2 kali aku singgah Mines dalam setiap sem..

credit to google

Mid Valley ape tah lagi.. dulu pun aku pergi sana pun sebab Mid Valley tu memang laluan tren untuk ke rumah aku.. so alang2 aku nak balik rumah, aku akan singgah Mid dengan bawak beg besar (sebab aku akan singgah Mid time cuti sem or mid sem jer...) dan cari roti kat tingkat bawah untuk adik-adik aku.. hehe..

Tapi aku pergi mid pun bukan saje je nak pergi.. aku pergi sebab cari barang rumah kat rumah aku nih.. (mentang2 la dah ade rumah sendiri.. ehem.. rumah sewa ye.. huhu) tapi kadang-kadang tu nafsu membeli tu tetap ade.. lebih-lebih lagi bila dah dapat gaji pertama.. memang belanja sakan la.. hoho..

Bila belanja, tak hengat duit tu ade ke tak.. bila dah sampai rumah, baru rasa menyesal sebab beli ikut nafsu bukan ikut keperluan.. huhu alhamdulillah sebab aku tak de lagi kad kredit.. wah2.. baru gaji pertama, nak pakai kad kredit ker? no no no... nak korek duit kat mana bila surat cinta dari bank dah sampai nanti... huhu

So, menyedari bahawa aku nih memang jenis boros, aku ade buat cara aku sendiri.. kalau masa aku sekolah dulu, mak aku akan bagi duit belanja penuh untuk sebulan.. jadi aku akan simpan duit tu dalam tabung sementara dan bahagi siap-siap yang mana patut simpan dan belanja.. dan aku buat ni sampai sekarang..huhu

cume sekarang ni aku buat cara lain skit.. bila aku dapat gaji jer, aku akan keluarkan semua duit gaji aku.. kemudian aku bahagikan siap-siap duit aku tu dan masuk ke dalam sampul surat.. jadi aku hanya belanja berdasarkan duit yang aku dah letakkan dalam sampul aku.. contohnye aku letak RM400 untuk duit makan aku sepanjang 1 bulan.. so aku boleh makan ape yang aku nak asalkan tak melebihi RM400 pada bulan tu..

ni sampul surat yang aku buat.. huhu

Actually banyak cara yang boleh buat tapi aku selesa cara camni.. at least aku tahu aku ni banyak belanja kat mana.. kat makan ke kat benda lain.. huhu.. lagi satu, cara camni buat aku berjimat dan paling penting aku belajar camne nak kawal nafsu membeli aku.. huhu.. kalau korang ade cara lain, boleh share dengan aku sekali... huhu


p/s : duit aku semakin susut.. harap-harap dapat bertahan sampai gaji kedua masuk.. amiin~

Friday, June 11, 2010

Tua or matang?

Assalamualaikum...

Dengan ini aku telah mula menulis blog setelah sekian lama menghilangkan diri selama hampir 3 bulan.. Aish, lama betul menghilang.. pergi mana?? hehe.. tak pergi mana-mana pun.. aku kat sini jugak.. cuma aku tak cukup tangan nak update blog aku.. tu sebab blog ni bersawang.. so aku buat post baru ni sebab nak buang balik sawang-sawang ni.. haha..

Kalau sebelum ni aku tinggal kat UPM, sekarang ni aku dah tak dok sana dah.. sebab ape? sebab aku dah bergraduate.. yeah.. tahniah pada diri sendiri kerana berjaya bertahan selama 3 tahun di sana.. memang banyak kenangan dan pengalaman yang aku dapat dan aku tak dapat nak senaraikan semua sebab banyak sangat.. hehe..

Tapi kan, kalau dah tak tinggal UPM, tinggal kat mana sekarang? yeah.. ini baik punya soalan.. haha.. aku kat bandar tasik selatan sekarang (tetiba je ade lagu latar cinta bandar tasik selatan..) huhu..

Jap jap.. buat ape kat sana? haha.. meh la aku cakap straight to the point.. aku dah dapat kerja dah.. alhamdulillah.. maka, aku telah pun mengubah status aku dari seorang student ke seorang wanita bekerjaya.. waahhh... tak percaya aku mula2 tu... tapi itu la yang dinamakan takdir Allah..

Actually banyak benda aku nak cerita.. tapi aku nak citer satu-satu dulu la ye.. untuk post kali ni, aku nak citer pasal budak ofis aku...

minggu ke-2 kerja..

dari kiri : su, aku, kak ain (dulu digelar dgn nama kak zek.. =p), yaya, mimi..


baru ambil gambar ni jumaat lepas..
dr kiri : kak ummi, wani, aku, su, yaya..

Alhamdulillah dapat kawan yang best-best, happy je selalu walaupun asyik tension kerana berdepan dgn error setiap hari isnin sampai jumaat.. huhu..

Ade sekali tu, kitorang bersembang la tentang "ape yang terlintas di fikiran ko terhadap aku bila first time kita berkenalan?".. so, bila ditujukan kepada aku, kebanyakan komen yang aku dapat, "nadia macam budak2.." alhamdulillah... maknanye aku ni awet muda la ek?.. hehe.. tapi hanya su je cakap camni.. "first time aku tengok ko, aku ingat umur ko 25-26 tahun.."

"ye ker?" aku pun buat muka pelik dan dalam hati aku kata, "tua sangat ke aku ni? T-T"

"Ko nampak matang sebab cara ko bawak diri tu macam orang matang.. pastu ko berkawan pun dengan orang matang.. tu sebab secara automatik ko pun nampak matang.." okey.. ini mungkin sebab aku banyak berkawan dengan bebudak diploma especially kak shamsiah yang dah berkahwin dan dah ade 1 anak + 1 lagi dalam kandungan.. huhu..

tak ape la.. itu pendapat masing-masing.. tapi lepas ni kene cari makanan tambahan untuk awet muda ni.. haha =p

p/s : semoga kak shamsiah melahirkan anak keduanya dengan selamat... harap2 anak pompuan ye~ hehe

Monday, March 1, 2010

Baru nak update

Assalamualaikum..

Lama sungguh biarkan blog ini bersawang..sekarang ni baru nak update.. ini semuanya angkara kerja yang tidak sudah-sudah mengganggu hidup saya...

26 Feb yang lalu, telah berlangsungnya sambutan maulidur rasul di UPM..alhamdulillah, saya berpeluang untuk mendengar ceramah di dewan besar.. yang paling saya ingat kata-kata penceramah itu (sori..dah lupe la nama penceramah tu.. anyone tau tak nama dia?), kalau ada sesuatu or musibah yang terjadi kepada kita, kita cakap "inilah kehidupan..." ataupun "apa yang terjadi adalah atas kehendak Allah.."

insaf jugak la.. sebab selalunya, bila apa2 yang berlaku kat saya, saya mesti mempersoalkan kenapa ini berlaku kat saya.. padahal Allah memang dah tetapkan itu terjadi.. insyaAllah, selepas ini hati kene kuat lagi..

Kemudian beliau menceritakan matlamat yang harus kita ada dalam kehidupan.. kita mempunyai 3 matlamat dalam hidup.. matlamat jauh, sederhana jauh, dan dekat.. apakah yang dimaksudkan dengan matlamat jauh? matlamat jauh kita adalah ingin bertemu dengan Allah dan Rasulullah di syurga..

Matlamat sederhana jauh pulak? matlamat itu adalah ingin membina tamadun, negara kita ini.. matlamat dekat pula adalah menyara hidup untuk diri dan keluarga.. maka, sama-sama la kita fikir.. adakah kita sudah mencapai kesemua matlamat ini? tanya la hati masing-masing...

Ok la..itu aje untuk kali ni.. kalau ada kekurangan, maaf ye..assalamualaikum..

Friday, February 12, 2010

nasib saya kali ni..

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama diri ini dihantui oleh kerja yang tak sudah2 menghimpit saya, akhirnya dapat gak luangkan masa mengadap blog kesayangan ni..hehe

Nak buat 1 pengunguman.. saya dah sampai rumah dah..haha.. balik semalam (hari khamis) dan sampai dalam pukul 4.30 petang.. padahal ada kelas hari ni pukul 8-10 pagi..tak pernah ponteng kelas sebab nak balik rumah..takpe2.. kali ni jer..

Tapi tak tau la.. sampai rumah jer, saya telah dilanda seselma yang agak teruk.. dan sekarang ni saya telah pun mengalami demam seselma..huhu

Takpe la nadia..tabah aje menghadapi dugaan ini.. atau pun saya demam ni sebab rindukan K5? haha..lawaks2~

Nak citer pasal kejadian rabu lalu(b4 nak balik rumah)..Actually nak update blog lepas subuh rabu lepas..jadi lepas subuh tu, memang semagat berkobar2 nak update blog.. tapi kan LCD saya telah pun mengeluarkan warna yang agak menarik dan cantik..(ye la tu..warna tompok putih kot~)..dah berapa kali restart pun tak berubah jugak warna.. padahal malam semalam, dapat je guna laptop saya dengan berjayanya..takkan la sekarang baru nak buat hal?

Lalu saya bawa laptop saya dan tunjukkan kepada bob dan budak2 network yang lain.. sarah siap kata "wah..canteknyer..macam wallpaper.."huhu..bob kata, laptop saya ni kene tukar screen LCD sebab LCD terbakar kot..kene hantar kedai..tapi siap la rm400 kene ade dalam tangan..wargh..sedih2~

Itu citer pasal laptop pulak..pada hari yang sama gak, henset saya pulak hilang entah ke mana..cari gak la merata2 tempat..bunyi tone tu still ada, tapi tak dapat petunjuk kat mana henset tu..

CM pulak bakar2 saya.."Itu la.. cakap lagi nak tukar henset baru..kan dah merajuk dah henset tu.."huhu~ baik CM.. kemudian, henset saya dah hilang respon dalam pukul 5 petang..tapi setahu saya la kan..kalau kita baru lepas charge henset, henset akan bertahan sekurang2nya dalam 2 hari..takkan cepat sangat hilang respon?

Sah! henset saya telah jatuh di tangan orang yang 'miskin'..sebab apa saya kata miskin? sebab orang camni bila nampak je henset tercicir, bukannya nak pulangkan duit, tapi dia dah nampak keuntungan yang dia akan dapat kalau dia tolak henset tercicir ni..

So, saya nak cakap sikit la kepada orang yang saket lagi miskin macam budak tu..kalau kau ingat orang tak nampak apa yang kau buat, ingatlah, Allah nampak apa yang kau buat..

kalau kau rasa itu adalah rezeki kau, terpulang la.. kalau tuannya tak halalkan, kau nak kata lagi ke itu rezeki kau?rezeki kau tu halal ker? kalau pasal haram halal pun kau tak ambil peduli, tak tau la camne kau boleh hidup dalam keadaan rezeki tak halal..camne la hidup kau yang tak berkat..

Takpe la..saya redha di atas kehilangan henset tu.. banyak kenangan sebenarnya..tapi tak pe la..mungkin ada hikmah disebalik semua ni..saya berharap yang orang yang ambil tu dapat hidayah dari Allah..sape la saya nak marah2 budak camtu..

Dan akhirnya, pada malam itu, saya termenung.."Kak nazi, apa nedy nak buat ek malam ni..henset hilang, laptop rosak..nak main apa pulak ek??huhu" ternyata.. saya tak boleh hidup tanpa mereka..huhu..

p/s : esok mau pergi kelantan..nak borong baju dan tudung..hehe
p/s^2 : saya pakai laptop adik saya sekarang..cian dia kene mengalah..
p/s^3 : harap2 esok saya sihat sepenuhnya..insyaAllah..


Sunday, January 31, 2010

Seandainya ramai lelaki seperti dia..

Assalamualaikum..

Teringat masa saya online ym beberapa hari yang lalu.. saya ade letakkan gambar sepupu saya yang putih gebu lagi cumel (macam kakak sepupunye jugak~).. kemudian, ade seorang hamba Allah yang bernama LELAKI memberikan nasihat yang berbunyi begini..

Akuilah hakikat kejadian dirimu menjadi pelemah keimanan lelaki.
Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu
dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,
jadilah dirimu sekuntum bunga yang indah, tapi sayang tidak berduri.
Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.

Ingatlah sahabatku yang tersayang,
Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ialah
dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya
kecuali atas urusan yang diizinkan
.

Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.
Yang tertutup itu indah!
Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu
sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal
dan berharga buat kumbang yang terpilih
yang dijanjikan Allah buatmu..


Terpana saya sebentar.. tidak saya sangka, masih ada lagi lelaki yang masih concern tentang aurat wanita.. terima kasih hamba Allah kerana mengingatkan saya yang lemah.. Seandainya semua lelaki yang bergelar ISLAM memiliki sifat seperti hamba Allah ini, saya pasti, ramai wanita akan menjaga aurat mereka..amiin~