Thursday, April 23, 2009

I'm home....

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Sudah sehari saya berada di rumah saya.. Bila bukak facebook dan melihat karenah kawan-kawanku berceloteh di situ, seakan mengimbau kembali kenanganku di K5.. Rindu la kat korang sume..




Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi saya rasa semua gambar diatas boleh menceritakan sendiri pengalaman saya sepanjang berada dalam tahun kedua sesi 2008/2009.. rindu korang sume..

Saturday, April 18, 2009

No Title....

Bismillahirrahmanirrahiim...

Wah.. Lama bebeno saya tak menulis blog.. Macam tak biasa pulak nak bercerita kat sini.. Banyak sebenarnya yang sudah berlaku dalam masa sebulan lebih ni.. Emm.. Bila bercerita pasal blog ni, teringat pulak kat seorang sahabat saya.. Dia ade bagi komen tentang blog yang kian menjadi trend dalam kalangan remaja sekarang..(ye ker?) Dia kata.. " Kadang2 cam bosan baca blog yang menceritakan hal peribadi penulis.. Nape la mereka tak menulis tentang fakta ke, isu semasa ke.. Terisi la sikit waktu kita membaca ni..."
blogger-emoticon.blogspot.com

Huhu..kepada teman2 yang sedang membaca sekalian, jangan la terasa dengan ape yang sahabat saya katakan tadi.. Dia hanya meluahkan pendapat sahaja.. Sebenarnya terpulang kepada kita camne nak olah satu cerita atau keadaan supaya menjadi lebih menarik.. Cam saya pulak, saya ni tak reti nak bercerita mengenai fakta atau isu semasa apatah lagi nak bagi pendapat atau pandangan terhadap isu tersebut.. Ye la.. Baca surat khabar pun bukannye selalu.. Kalau baca pun time nak jadikan surat khabar sebagai alas semasa makan supaya makanan kita tak tumpah ke lantai..huhublogger-emoticon.blogspot.com

Kita buka cerita baru pulak ek.. Saya dan kawan saya berada dalam sebuah kelas.. Tak perlu kot nak mention subjek ape masa tu.. Masa tu memang mengantuk tahap maksimum.. Dah la duduk depan sekali.. huhu.. Tetiba kawan saya bertanyakan soalan yang berbunyi begini, "Awak sayang saya tak?" (Perlu dinyatakan di sini bahawa kawan saya adalah perempuan..) Saya pelik dengan pertanyaan sebegitu namun saya balas balik pertanyaan tersebut.. "Mesti la sayang..." Kawan saya bertanya kembali.. "Sebab ape awak sayang saya?" Saya semakin pelik tapi saya layan dia jugak.. Saya jawab, "Sebab.............." blogger-emoticon.blogspot.com

Saya tak mampu nak jawab masa tu.. Kenapa saya sayang dia? Secara tetiba saya telah mendapatkan jawapan namun saya tak dapat nak sampaikan kepada dia kenapa saya sayang dia.. Kemudian, dia berkata " Sebenarnya kita tidak memerlukan alasan untuk menyayangi seseorang.. Contohnya, awak sayang saya sebab saya baik, jadi, kalau saya tak baik, awak sayang saya lagi ke? Kalau awak sayang saya sebab saya kaya, jadi, kalau saya miskin, awak nak ke sayang saya lagi?" Saya diam tapi mengangguk kecil.. bukan mengiyakan dan bukan menidakkan kata2nya..

Kepada kawan saya, ini jawapan saya.. Saya sayangkan awak kerana Allah yang menyuruh umat manusia saling menyayangi antara satu sama lain.. Kalau saya tak sayang Allah, maknanya saya tak sayang awak.. Alasan yang awak nyatakan tadi tu mungkin akan menjadi alasan sampingan.. Tapi itu tak bermakna sekiranya awak jadi tak baik, saya akan tinggalkan awak begitu sahaja.. Begitu juga sekiranya awak menjadi miskin.. Itu tidak bermakna saya akan benci awak.. Jadi, saya sayangkan awak kerana Allah..

Tidak kira sebanyak mana pun hati saya terluka kerana kata2 awak, namun saya akui, saya juga ada melakukan kesalahan yang mengguris hati awak tanpa saya sedari.. Jadi saya nak minta maaf atas segala kesalahan saya.. Harap persahabatan kita kekal sehingga akhir hayat..Amiin..

Itu saje perkara yang nak dikongsi.. Banyak lagi perkara nak cerita.. Tapi buat masa ni, ni sahaja yang saya nak ketengahkan.. Ok.. Assalamualaikum..
blogger-emoticon.blogspot.com