Wednesday, February 25, 2009

Friday, February 20, 2009

Usia Antara Masa

Lihat dedaunan kekeringan jua
Ku kutip bawa sang bayu
Layu tak berguna

Jiwa manusia di arus usianya
Tersalah tiada makna
Seandai tiba masa

Putaran roda kehidupan
Penuh warna warna kesamaran
Jika kau ikuti perjalanan
Sesal ke hujungnya

Sedari masa berbeza
Berdetik usia kita
Janganlah terlena
Hingga ke akhirnya

Sujud pada yang Satu
Teguh keyakinanmu
Lenturkan keimanan
Kasihmu kepada-Nya
Tuhan yang Satu

(Usia Antara Masa - Saujana)


p/s : lagu ni selalu saya dengan masa saya sedih dan tengah down.. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan hati ku yang lemah ini.. Amiin

Meh dengar lak lagu yang boleh naikkan semangat pulak.. boleh nak sedih2 tapi sampai bila kan?
Dengar lagu ni pulak..

Berikanku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mantera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna

Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa

Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa

Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untuk ku teruskan pengembaraan
Tak rebah tak tersalah langkah

Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur utara juga selatan
Atau arah mentari terbenam

Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak cita
Gemilang terbilang
Iman didada mengiring langkah....

(Satu tekad - Unic)

Yuhuu..

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Hari ini saya tak larat duduk dalam bilik..
Tiada ruang kebebasan untuk saya bergerak..
Yang ada hanyalah benda yang sama..
Katil, bantal, tempat study..
Sama saja dari dulu..
Jadi saya buat keputusan..
Saya nak cari persekitaran baru, suasana baru..
Jadi saya pun keluar dari bilik saya..

Saya terus bersiap dan pergi ke tempat yang dah lama saya tak stay sejak first year..
jejak tu pernah la tapi nak dok lama sampai ke petang tu dah jarang dah..
Saya pergi library..huhublogger-emoticon.blogspot.com

Tenangnye dok cni..
Takde orang pun nak kacau saya siapkan assignment..
Meja baru, kerusi baru, persekitaran baru, orang yang saya tengok pun baru..huhu

Ok la..nak sambung siapkan assignment..blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday, February 19, 2009

Masa yang suntuk..

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Minggu ni memang busy..
Assignment Ethics yang hampir siap dan sepatutnya kene hantar minggu ni..
Assignment network hantar next week..
2 coding Java kene hantar next week..
PRT yang belum selesai..

Bila la masa study saya?blogger-emoticon.blogspot.com

Friday, February 13, 2009

Tetiba je nak luahkan rasa..

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Seminggu hampir berlalu.. Namun kenangan yang berlaku ketika itu tetap di ingatan.. Banyak perkara yang telah berlaku pada minggu ini membuatkan saya terpikir dan merenung kembali siapa diri saya yang sebenar..

1. Saya sangkakan saya boleh melakukannya.. Kerana terlalu yakin dengan diri sendiri dan terlalu mengharap yang akan berlaku sesuatu yang baik telah memakan diri saya sendiri.. Tika saya jatuh ke bawah, saya di ibaratkan seperti "Dah terhantuk, baru mengadah..". Mungkin selama ini saya selesa dengan kedudukan saya sekarang.. Tatkala orang di sekeliling saya berpusu-pusu melangkah ke hadapan, saya masih lagi melangkah dengan penuh bersahaja..

2. Saya tertekan. Dan jika selama ini saya boleh mengendalikan diri ini berseorangan, rupanya saya memerlukan sesuatu. Sokongan dan nasihat daripada dari orang di sekeliling.. Tapi bukan semua orang mampu menjadi seorang penasihat dan tidak semua penasihat mampu memberi nasihat yang baik dan berkesan. Kalau nasihat yang di beri memang tak berpadanan dengan keadaan diri si penerima, jadi perlulah memahami si penerima yang telah menolak nasihat itu mentah-mentah.

3. Tatkala diri dipukul ombak masalah yang tidak mampu diselesaikan, kadang-kadang terasa diri ini terlampau lemah dan mengambil keputusan untuk berhenti sahaja dari mengambil subjek yang memang terasa macam "tersalah ambil".. Namun setelah dinasihati oleh orang yang paling kerap melihat muka saya, saya ambil keputusan untuk meneruskan perjuangan saya. "Nedy, jangan biarkan orang anggap nedy lemah!!"..

4. "Bila peha kanan di cubit, peha kiri pun terasa juga." Tapi kalau peha kiri tak nak merasai penderitaan oleh peha kanan, macam mana ek? Ibaratkan seperti satu team bola sepak yang kekurangan satu ahli tanpa pengganti. Agak-agak boleh bermain tak dalam keadaan camtu?

5. Satu lagi perkara yang saya sudah belajar adalah kesabaran. Sebelum ni, kalau tanya apa itu erti kesabaran, ada yang jawab " Kesabaran itu adalah mampu mengawal emosi ketika marah.", "Sabar tu separuh daripada iman.". Tapi tak semua orang mampu mempraktikkan nilai kesabaran yang sebenar. Tahu maknanya, tapi bila nak aplikasikan makna tersebut pun sudah menjadi satu kesukaran. Sabar dengan blank masa nak jawab test 1, sabar dengan result test 1 yang tak seberapa, sabar dalam menjaga hati kawan-kawan, sabar dengan kritikan-kritikan yang boleh menjatuhkan semangat, sabar dengan karenah anak buah yang masih belajar dan macam2 perkara yang memerlukan kesabaran. Dan dalam kesabaran itu sebenarnya ada ketenangan. Dengan kesabaran itu la yang membuatkan saya mampu tersenyum jika saya dapat markah paling corot dalam kelas, yang membuatkan saya tersenyum melihat telatah kawan saya, dan apa-apa aje la yang membuatkan saya tersenyum atau tenang.

6. Dan akhir sekali, apa-apa masalah yang berlaku, hendaklah kembali kepada Allah..(pesanan untuk diri ini jugak..).. Sebenarnya hidup akan lebih bermakna jika kita bergantung harap pada Allah. Dengan pergantungan kita kepada Allah, InsyaAllah Allah akan memudahkan urusan kita. Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui apa yang berlaku disebalik masalah yang melanda.

Jadi, saya pun tak tahu nak simpulkan macam mana.. Anda sendiri la yang simpulkannya..

Assalamualaikum..

Wednesday, February 11, 2009

Antara 2 pilihan..

Bismillahirrahmaanirrahim..

Saya tertekan..
Dan saya tak mampu nak teruskan..
Sekarang,
Saya ada dua pilihan..
Mahu teruskan atau berhentikan sahaja..

Mahu teruskan,
Takut hati ini tidak mampu menahan cabaran..

Kalau berhentikan sahaja,
Akan kecillah hati yang dua itu..

Saya betul-betul tak mampu untuk membuat pilihan..

Saturday, February 7, 2009

All The Best!!

Bismillahirrahmaanirrahim.....

Lama gak saya tak update. Dek kebizian yang teramat (walhal tak pun.. :p). Lagipun sekarang ni tengah melanda ombak test 1. Bak kata seseorang yang saya kenali, test 1 ni adalah test yang menentukan samada kita akan buat yang terbaik atau tak untuk test 2 dan final exam. Kalau test 1 ok, insyaAllah test 1 ini akan menjadi pendorong untuk dia lebih berusaha untuk test seterusnya. Kalau teruk, sekiranya tak ada semangat atau tak muhasabah dalam diri, test 1 ini akan menjadi pelemah semangat dia untuk berjaya dalam subjek tersebut.

Jadi kepada kawan2 ku sekalian, buat yang terbaik untuk test 1 ni. InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan kita sekiranya kita berusaha bukan sahaja untuk mendapat result yang terbaik tapi juga mendapat keberkatan dari Allah. InsyaAllah..

Assalamualaikum..