Monday, March 1, 2010

Baru nak update

Assalamualaikum..

Lama sungguh biarkan blog ini bersawang..sekarang ni baru nak update.. ini semuanya angkara kerja yang tidak sudah-sudah mengganggu hidup saya...

26 Feb yang lalu, telah berlangsungnya sambutan maulidur rasul di UPM..alhamdulillah, saya berpeluang untuk mendengar ceramah di dewan besar.. yang paling saya ingat kata-kata penceramah itu (sori..dah lupe la nama penceramah tu.. anyone tau tak nama dia?), kalau ada sesuatu or musibah yang terjadi kepada kita, kita cakap "inilah kehidupan..." ataupun "apa yang terjadi adalah atas kehendak Allah.."

insaf jugak la.. sebab selalunya, bila apa2 yang berlaku kat saya, saya mesti mempersoalkan kenapa ini berlaku kat saya.. padahal Allah memang dah tetapkan itu terjadi.. insyaAllah, selepas ini hati kene kuat lagi..

Kemudian beliau menceritakan matlamat yang harus kita ada dalam kehidupan.. kita mempunyai 3 matlamat dalam hidup.. matlamat jauh, sederhana jauh, dan dekat.. apakah yang dimaksudkan dengan matlamat jauh? matlamat jauh kita adalah ingin bertemu dengan Allah dan Rasulullah di syurga..

Matlamat sederhana jauh pulak? matlamat itu adalah ingin membina tamadun, negara kita ini.. matlamat dekat pula adalah menyara hidup untuk diri dan keluarga.. maka, sama-sama la kita fikir.. adakah kita sudah mencapai kesemua matlamat ini? tanya la hati masing-masing...

Ok la..itu aje untuk kali ni.. kalau ada kekurangan, maaf ye..assalamualaikum..