Friday, February 13, 2009

Tetiba je nak luahkan rasa..

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Seminggu hampir berlalu.. Namun kenangan yang berlaku ketika itu tetap di ingatan.. Banyak perkara yang telah berlaku pada minggu ini membuatkan saya terpikir dan merenung kembali siapa diri saya yang sebenar..

1. Saya sangkakan saya boleh melakukannya.. Kerana terlalu yakin dengan diri sendiri dan terlalu mengharap yang akan berlaku sesuatu yang baik telah memakan diri saya sendiri.. Tika saya jatuh ke bawah, saya di ibaratkan seperti "Dah terhantuk, baru mengadah..". Mungkin selama ini saya selesa dengan kedudukan saya sekarang.. Tatkala orang di sekeliling saya berpusu-pusu melangkah ke hadapan, saya masih lagi melangkah dengan penuh bersahaja..

2. Saya tertekan. Dan jika selama ini saya boleh mengendalikan diri ini berseorangan, rupanya saya memerlukan sesuatu. Sokongan dan nasihat daripada dari orang di sekeliling.. Tapi bukan semua orang mampu menjadi seorang penasihat dan tidak semua penasihat mampu memberi nasihat yang baik dan berkesan. Kalau nasihat yang di beri memang tak berpadanan dengan keadaan diri si penerima, jadi perlulah memahami si penerima yang telah menolak nasihat itu mentah-mentah.

3. Tatkala diri dipukul ombak masalah yang tidak mampu diselesaikan, kadang-kadang terasa diri ini terlampau lemah dan mengambil keputusan untuk berhenti sahaja dari mengambil subjek yang memang terasa macam "tersalah ambil".. Namun setelah dinasihati oleh orang yang paling kerap melihat muka saya, saya ambil keputusan untuk meneruskan perjuangan saya. "Nedy, jangan biarkan orang anggap nedy lemah!!"..

4. "Bila peha kanan di cubit, peha kiri pun terasa juga." Tapi kalau peha kiri tak nak merasai penderitaan oleh peha kanan, macam mana ek? Ibaratkan seperti satu team bola sepak yang kekurangan satu ahli tanpa pengganti. Agak-agak boleh bermain tak dalam keadaan camtu?

5. Satu lagi perkara yang saya sudah belajar adalah kesabaran. Sebelum ni, kalau tanya apa itu erti kesabaran, ada yang jawab " Kesabaran itu adalah mampu mengawal emosi ketika marah.", "Sabar tu separuh daripada iman.". Tapi tak semua orang mampu mempraktikkan nilai kesabaran yang sebenar. Tahu maknanya, tapi bila nak aplikasikan makna tersebut pun sudah menjadi satu kesukaran. Sabar dengan blank masa nak jawab test 1, sabar dengan result test 1 yang tak seberapa, sabar dalam menjaga hati kawan-kawan, sabar dengan kritikan-kritikan yang boleh menjatuhkan semangat, sabar dengan karenah anak buah yang masih belajar dan macam2 perkara yang memerlukan kesabaran. Dan dalam kesabaran itu sebenarnya ada ketenangan. Dengan kesabaran itu la yang membuatkan saya mampu tersenyum jika saya dapat markah paling corot dalam kelas, yang membuatkan saya tersenyum melihat telatah kawan saya, dan apa-apa aje la yang membuatkan saya tersenyum atau tenang.

6. Dan akhir sekali, apa-apa masalah yang berlaku, hendaklah kembali kepada Allah..(pesanan untuk diri ini jugak..).. Sebenarnya hidup akan lebih bermakna jika kita bergantung harap pada Allah. Dengan pergantungan kita kepada Allah, InsyaAllah Allah akan memudahkan urusan kita. Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui apa yang berlaku disebalik masalah yang melanda.

Jadi, saya pun tak tahu nak simpulkan macam mana.. Anda sendiri la yang simpulkannya..

Assalamualaikum..

3 comments:

Anonymous said...

ahah..sabar yang nipis itu semakin menipis kan..hu3..sedang cube meningkatkan kesabaran.. =))

adyllbbs said...

erm..betul3..
org bley suh kite sbr, tp nk pratikkan sabar tu sendiri pun kene ade kesabaran juge..

-betul ke??-

hope u gonna be strong n stonger..

gud job nedy..
-tahniah ats anugerah pengetua-

Anonymous said...

terima kasih..
nedy doakan sume rakan-rakan seperjuangan dapat anugerah pengetua..

All The Best!!