Tak tahu la kenape sejak akhir2 ni aku mudah mengalirkan air mata. Mudah terasa dengan. Semalam, aku baru lepas habis jawab paper EDu3616. Aku rasa pelik dengan diri aku. Aku asyik nak ketawa, asyik buat lawak, kadang2 tu rasa macam bukan diri aku. Aku cuba nak control tapi tak boleh. Aku pikir, kalau aku terlampau happy sangat, mesti aku akan menangis..
Aku cek balik diri aku. Memang aku tertekan masa tu. Jadi aku memilih untuk gelak dan main2. Sampaikan masa meeting pun aku tak concentrate dan main2 dalam meeting. Pastu, ade hamba Allah marah aku sebab main2 dalam meeting. Aku diam. Memang terasa sebab dia tak pernah marah aku.
Aku diam dan memendam. Terus memendam. Akhirnya aku terpaksa keluar dari meeting sebab air mata dah tak tertahan. Akhirnya aku menangis.. Menangis semahu-mahunya.. Memang aku tertekan.. Tertekan dengan kerja aku.. Dengan study aku.. Aku tak banyak study calculus.. Aku betul2 risau masa tu.. Bila aku tengok kawan2 aku study, aku sedih sebab masa tu aku tengah meeting.. Kepala semakin berat.. Fokus mula hilang..
Aku menangis... dan terus menangis sampai pedih mata aku..
Aku balik bilik.. Selepas solat, aku tenang sikit. Lepas tu aku tidur sekejap sebab nak hilangkan beban kat kepala aku. Aku bangun balik dan terus study. Tapi memang Allah nak uji aku. Aku terlampau mengantuk sampai tersengguk bila buat latihan. Tapi salah aku jugak sebab tak basuh muka. huhu. takpe2. Lain kali cuci muka dulu ye nedy.
Pukul 8.20 aku keluar melangkah untuk pergi ke DK 5. Tapi.. Bus takde. Aku takde pilihan lain. Aku dan Sya (sama group) terpaksa jalan kaki dari K5 ke DK 5. memang kitorang 'berjogging' pagi tu. Sampai kat Fakulti Ekologi, bus sampai.. kitorang pun naik walaupun kene jalan kaki lagi untuk sampai ke DK 5..huhu
Alhamdulillah aku dapat jawab paper Calculus dengan baik. Takde la sampai blank. Kalau blank, memang aku 'meleleh' lagi la. Aku tak mengharap sangat dapat full marks dalam test Calculus ni. Asalkan dapat yang terbaik pun dah terlampau cukup bagi aku. Memandangkan aku memang takde masa study.
Moral :
1) Patutnya aku kene citer masalah aku kat orang. Kalau tak, takde la aku menangis teruk semalam.
2) Jangan study last minute. Kena slalu stay up malam walaupun takde test. huhu
3) Selalu bersenam. Sebab pancit masa jalan dari K5 ke DK5.. haha
4) Sebuzy mana pun kita, usahakan jugak cari masa untuk study walaupun sekejap. Kemudian tawakal kepada Allah dan mengharapkan keberkatan dari apa yang kita usahakan.
5) Jangan main2 dalam meeting.. huhu (minta maaf ek kat hamba Allah tadi tu..sori..)
Sunday, August 10, 2008
Friday, August 1, 2008
PerMaTa YanG DiCari...
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini belum ku temui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Adakah dia kan ku miliki?
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
Ku harap diriku sentiasa dibawah rahmat-Mu
-DeHearty-
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini belum ku temui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Adakah dia kan ku miliki?
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
Ku harap diriku sentiasa dibawah rahmat-Mu
-DeHearty-
Ku Harap Cinta...
Ku harap
Kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Ku harap
Kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi
Tiada balasan
Yang ada hanyalah
Alasan
Tiada jawapan
Yang ada hanyalah
Persoalan
Dimanakah kejujuran?
Dimanakah ketulusan?
Dimanakah keikhlasan?
Dimanakah kejujuran?
Kerana tuhan hanya mahukan
kejujuran,
keikhlasan,
Cinta........
-Nowseeheart-
Kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai
Ku harap
Kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi
Tiada balasan
Yang ada hanyalah
Alasan
Tiada jawapan
Yang ada hanyalah
Persoalan
Dimanakah kejujuran?
Dimanakah ketulusan?
Dimanakah keikhlasan?
Dimanakah kejujuran?
Kerana tuhan hanya mahukan
kejujuran,
keikhlasan,
Cinta........
-Nowseeheart-
Subscribe to:
Posts (Atom)