Saturday, March 14, 2009

Berikanlah kekuatan..

Bismillahirrahmaanirrahiim

Tiada kata yang mampu diucapkan
Hanya air mata yang mampu meluahkan
Segala isi hati yang terpendam
Selama ini..

Kenangan lalu bermain di minda
Dan mengharapkan kenangan itu datang kembali
Namun tidak pasti adakah ia akan datang kembali
Kerana itu telah ditentukan oleh Ilahi

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati
Itulah adat kehidupan dunia
Namun bagi ku, aku masih mengharapkan
Kau kembali sedia kala seperti dahulu

YA ALLAH
Jika ini adalah takdir yang ditentukan oleh Mu
Ampunilah dosa dia selama hidup di dunia
Rahmatilah dia keatas Mu
Tempatkanlah dia bersama orang-orang yang soleh

YA ALLAH
Jika dia masih berpeluang untuk hidup
Kau berilah kekuatan kepada dia dan keluarga dia
untuk meneruskan hidup ini..

YA ALLAH
Hanya Kau sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar..


No comments: