Friday, December 25, 2009

Perlu sabar atau perlu positif?

Assalamualaikum...

Time saya update post ni adalah dalam pukul 7 pagi..awal tak? haha...daripada saya tido membuta pagi2 (kalau tido lepas subuh, rezeki susah nak datang..), baik saya membuang masa saya kat sini..hehe..

Bila tengah fikirkan idea untuk menulis blog ni, baru saya perasan... saya lebih meletakkan perasaan saya di blog berbanding perkara lain...haha.. patut la orang kata saya ni emotional... sampaikan blog pun emo...ape ni nadia...tak yah la emo2...huhu

Tapi ada suatu perkara yang terlintas di fikiran saya semalam.. bukan la nak memperbesarkan masalah ini, tapi sekadar peringatan kepada saya dan juga yang lain.. ade la seorang kawan saya ni.. dia ade meluahkan perasaan tidak puas hati pada saya.. Luahan dia lbh kurang begini, "Cara ko ajar aku macam malas nak ajar aku.. aku ni dah la sensitif.. klu aku pun boleh sensitif, camne dengan org lain?"..

Emm..sebenarnya, bukan dia sorang kata camtu...adik2 saya pun kata camtu..senang cerita la.. saya memang tidak layak untuk menjadi seorang pengajar @ guru..sebab saya mempunyai satu sifat yang susah untuk dibendung apatah lagi untuk dihapuskan...

Ingat lagi maksu saya cakap pada masa cuti sem, "Kakak adalah seorang yang straight forward..kalau tak suka dengan perkara tu, memang terus cakap tak suka..kalau tak cakap pun, orang boleh nampak melalui mimik muka atau perbuatan..." wohoo..orang yang jarang jumpa dengan saya pun boleh kata camtu...

Saya tak tahu la samada sifat ini membawa kebaikan atau keburukan.. mungkin sifat ni ada kebaikan sekiranya saya berada dalam situasi yang memerlukan saya untuk membuat keputusan..tapi itu cuma situasi yang minoriti, jarang nak berdepan dengan situasi itu..sebab hakikatnya, sifat ini tidak boleh digunakan semasa saya bersama dengan keluarga saya dan kawan saya.. keluarga saya pasti memahami sebab saya membesar dengan mereka, jadi mereka tahu sifat ini..

Tapi bagaimana dengan kawan saya? apatah lagi mendapat seorang kawan yang sensitif..susah wooo...pada mulanya saya buat camni..bila sesuatu perkara berlaku dan saya tak suka dengan perkara tu, saya cuba bisik dalam hati supaya bersabar..cuba gak la walaupun agak sukar..kadang2 tu sampai kene control muka dan suara...tapi dah lama2, sabar pun entah pergi kemana..(lupa nak bersabar..hehe)

Lama jugak la praktikkan sifat sabar tapi bukan 100% boleh mengubah sifat buruk ni.. sampai la ada seorang kakak memberitahu saya tentang 1 perkara, "Sebenarnya bukannya keberatan masalah yang menjadi punca masalah hidup, tapi bagaimana kita nak menerima masalah kita dalam kehidupan..kalau kau terima masalah itu dengan sifat positif, insyaAllah, kerja pun jadi mudah, masalah pun senang untuk diselesaikan..tapi kalau kau terima masalah dengan sifat negatif, kerja pun susah nak siap, bertambah tension jadinya..."

Jadi, kunci yang paling utama adalah sentiasa berfikiran positif dalam kehidupan seharian.. tapi camne ek?yang itu, saya sedang mencari..tapi yang pernah saya dengar, nak pupuk sifat positif kene bermula dari rohani dahulu...jadi, kene banyak baca al-Quran, solat kene jaga, berzikir dan sebagainya...(korang tahu kan?) lepas tu, kalau ade masalah atau situasi yang tak menyenangkan berlaku, 1st sekali, kene senyum..(part ni yang paling susah..)senyum pun kene tgk gak, senyum ikhlas ker senyum sinis..hehe.. dan banyakkan istighfar kalau rasa cam tak puas hati ker, rasa nak marah ker...(banyak betol senarai, boleh ker buat ni??huhu..insyaAllah boleh..)

Kepada kawan saya yang meluahkan perasaan tak puas hati tu, terima kasih sebab sedarkan saya dari terlena...tolong bimbing saya untuk menjadi seorang kawan yang terbaik disisi awak... =) dan minta maaf di atas perbuatan yang melukakan hati awak semalam.. saya sedar sebenarnya tapi tak tahu camne nak luahkan.. minta maaf...

bunga untuk kawan saya...hehe

p/s : syoknye shopping online..dah terkena aura kak amie dah...kak amie, akak kene bertanggungjawab di atas minat saya yang tiba2 muncul ni...hahaha

2 comments:

adyllbbs said...

nak jadi sabar kene sabar gak..
at the very least ko da try ur best kan~ ((:

- A i D a N N a D i A - said...

huhu...betul tu..