Thursday, December 17, 2009

susah nak convert perasaan kepada tulisan..ade tak software macam tu??

"Semangat oo semangat.. mana perginye kau.. mari datang kepada ku.. berdampinglah denganku.. agar aku menjadi kuat untuk memerangi musuh2 ku.. hahaha..."

Adoi nadia ni.. siap cipta mantera lagi.. khurafat ni..haha.. bukannye ape..sejak kebelakangan ni aku jadi lemah..semakin lemah..akhirnya air mata yang menemani aku ketika aku bersendirian..nampak sangatkan aku ni lemah..

Dulu aku tak macam ni.. masa aku sekolah dulu, aku ni kira hebat jugak la sebab aku tak reti nanges sebab lelaki.. bagi aku, baik aku nanges sebab tak dapat sambung belajar..

Tapi bila aku dah semakin membesar, belajar mengenali lelaki dan belajar mengenai cinta, aku bertukar menjadi orang yang kuat kepada orang yang sensitif.. sehinggakan memerlukan seseorang untuk memujuk hati yang sedih ini..

Dulu aku fikir, aku boleh berjaya dalam study aku walaupun aku ditimpa pelbagai masalah dalam hidup aku.. bagi aku, masalah peribadi dan masalah study adalah 2 perkara yang berlainan dan tidak boleh dicampur adukkan..

Tapi kali ni dah lain.. aku bukan sahaja kecundang dalam soal hati.. study aku pun sama2 kecundang.. sedih sangat sebab tak dapat kedua2nye..

Aku telefon kawan aku sebab kesedihan yang terlampau sgt.. masa tu aku tengah mencari seseorang supaya dia dapat menemani aku semasa aku menangis.. Dia suruh aku baca makna Surah al-Baqarah ayat 216..

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."


Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya.. aku yakin.. teringat pesan kawan aku, "Kalau kita ada masalah, mesti ada hikmah disebalik masalah itu.. tapi kita kene cari hikmah tu, baru hati kita rasa tenang.."

emm.. yang lepas tu lepas la..memang hati terguris bila terkenangkan masa lalu, tapi aku rasa ini yang terbaik untuk aku.. dan aku kene teruskan hidup ini dengan sebaik mungkin.. insyaAllah..

"Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu."

p/s : sori ayat terabur.. sebab kalau boleh nak tulis apa yang aku rasa kat blog ni..tapi tak reti nak organize pulak..jadi aku letak yang penting jer..hehe

3 comments:

miNa said...

mmg mcm tu bile mengakhiri zmn remaja dan juga di awal2 zmn dewasa..bila dh totally dlm zmn dewasa, insyaAllah ok..

i M a Z a i M i said...

sokong pendapat amal kat ats.hee...

semua bnd yang berlaku mmg ada hikmah. kalau masa hadapan kita diuji lagi sekali dgn perkara macam ni, insyallah kita akan lebih kuat. percayalah. insyallah ;)

- A i D a N N a D i A - said...

thanks dengan nasihat korang.. =)
sekarang ni pun tengah mencari kekuatan..
insyaAllah nedy boleh.. =)