wah2.. melihat tajuk di atas, mesti teruja nak tahu kan? tak kire la orang dah couple ke, belum couple ke (macam cik nadia ni.. =P), yang nak ke arah tu ke, mesti akan rasa excited.. hehe
Bagi aku, nasihat yang aku bagi sebentar lagi ni, lebih kepada pihak lelaki.. so, para lelaki yang ingin bercinta, sila highlight nasihat ni ye.. haha.. bagi perempuan pulak, boleh je nak guna nasihat ni untuk menjadi wanita yang lebih baik daripada sebelum ni.. ataupun boleh digunakan untuk mencari lelaki yang boleh dibuat suami.. hehe..
Anda telah sedia untuk bercouple jika...
Niat anda memang untuk berkahwin dengan sidia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara..Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika..
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani nafsu dan perasaan semata-mata..
Anda telah sedia untuk bercouple jika...
Sudah 'lepas' ilmu fardhu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap..
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika..
Masih terkandas ilmu fardhu ain. Mengaji Quran pun lintang pukang dan mempunyai masalah besar dalam pelajaran. Atau anda adalah seorang penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..Anda telah sedia untuk bercouple jika...
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada 'muqaddimah' zina..
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika..Masih sukar mengawal nafsu dan tidak mempunyai keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan negatif seperti contoh tadi..
Anda telah sedia untuk bercouple jika...
Sudah istiqamah menjaga solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam ertikata yang sebenar..
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika..Mengucap dua kalimah syahadah pun masih belum fasih, solat pun jarang-jarang buat, puasa pun sama.. adeh..
(Petikan dari buku Tentang Cinta -Pahrol Mohd Juoi)
adakah korang mengikuti nasihat2 yang tersenarai di atas? ya? tahniah.. aku harap jodoh ko dengan sidia berpanjangan.. amiin~ eh, belum ada pasangan lagi? jangan risau.. Allah kan mencipta manusia berpasangan.. so dun worry ok? hehe.. kepada sesiapa yang tak ada lagi or sebahagian sahaja ciri2 seperti yang dinyatakan, perbaikilah diri dulu.. nak bercinta pun kena berlandaskan islam jugak.. bak kata omputeh, 'islam is the way of life..' =) jika ikut cara ni, insyaAllah jodoh ko dengan sidia pun berkekalan insyaAllah (nasihat untuk diri ku jugak..)
thank kepada nad yang bagi buku ini.. banyak benda yang aku belajar dari buku ni.. so kawan2 yang nak bercinta or sedang di lamun cinta, bacalah buku ni sebagai panduan.. saje2 nak promote benda baik.. =)
Assalamualaikum dan selamat bercinta~
2 comments:
bile ko pi bcuti? x ajak haku pong.. waa.. nak pi pantai.. jom nedy. pi wat planning.
huh.. aku jgk kne wat planning..
tunggu la aku tak busy~(update blog pun payah.. haha)
Post a Comment