Tuesday, June 15, 2010

Mid Valley --> tempat menghabiskan duit.. argh~

Assalamualaikum...

Pernah tak korang dengar or terbaca yang kita tak boleh melepak kat shopping complex, pasaraya dan sewaktu dengannya.. kalau ade yang tak baca or tak tau lagi, klik la sini.. nak tau sebab ape? sebab kat situ la syaitan selalu melepak kat situ dan menghasut manusia ni bersikap boros terutamanya wanita2 seperti aku nih... huhu..

Sekarang ni pun aku dah ade tabiat baru aku iaitu suke pergi ke shopping complex nih.. aku tak tau la dalam bulan ni dah berapa kali aku singgah kat Mid Valley tu..huhu.. sebelum ni pun jarang aku nak pergi ke shopping complex ni.. masa aku dok UPM dulu pun, aku rasa tak sampai 2 kali aku singgah Mines dalam setiap sem..

credit to google

Mid Valley ape tah lagi.. dulu pun aku pergi sana pun sebab Mid Valley tu memang laluan tren untuk ke rumah aku.. so alang2 aku nak balik rumah, aku akan singgah Mid dengan bawak beg besar (sebab aku akan singgah Mid time cuti sem or mid sem jer...) dan cari roti kat tingkat bawah untuk adik-adik aku.. hehe..

Tapi aku pergi mid pun bukan saje je nak pergi.. aku pergi sebab cari barang rumah kat rumah aku nih.. (mentang2 la dah ade rumah sendiri.. ehem.. rumah sewa ye.. huhu) tapi kadang-kadang tu nafsu membeli tu tetap ade.. lebih-lebih lagi bila dah dapat gaji pertama.. memang belanja sakan la.. hoho..

Bila belanja, tak hengat duit tu ade ke tak.. bila dah sampai rumah, baru rasa menyesal sebab beli ikut nafsu bukan ikut keperluan.. huhu alhamdulillah sebab aku tak de lagi kad kredit.. wah2.. baru gaji pertama, nak pakai kad kredit ker? no no no... nak korek duit kat mana bila surat cinta dari bank dah sampai nanti... huhu

So, menyedari bahawa aku nih memang jenis boros, aku ade buat cara aku sendiri.. kalau masa aku sekolah dulu, mak aku akan bagi duit belanja penuh untuk sebulan.. jadi aku akan simpan duit tu dalam tabung sementara dan bahagi siap-siap yang mana patut simpan dan belanja.. dan aku buat ni sampai sekarang..huhu

cume sekarang ni aku buat cara lain skit.. bila aku dapat gaji jer, aku akan keluarkan semua duit gaji aku.. kemudian aku bahagikan siap-siap duit aku tu dan masuk ke dalam sampul surat.. jadi aku hanya belanja berdasarkan duit yang aku dah letakkan dalam sampul aku.. contohnye aku letak RM400 untuk duit makan aku sepanjang 1 bulan.. so aku boleh makan ape yang aku nak asalkan tak melebihi RM400 pada bulan tu..

ni sampul surat yang aku buat.. huhu

Actually banyak cara yang boleh buat tapi aku selesa cara camni.. at least aku tahu aku ni banyak belanja kat mana.. kat makan ke kat benda lain.. huhu.. lagi satu, cara camni buat aku berjimat dan paling penting aku belajar camne nak kawal nafsu membeli aku.. huhu.. kalau korang ade cara lain, boleh share dengan aku sekali... huhu


p/s : duit aku semakin susut.. harap-harap dapat bertahan sampai gaji kedua masuk.. amiin~

Friday, June 11, 2010

Tua or matang?

Assalamualaikum...

Dengan ini aku telah mula menulis blog setelah sekian lama menghilangkan diri selama hampir 3 bulan.. Aish, lama betul menghilang.. pergi mana?? hehe.. tak pergi mana-mana pun.. aku kat sini jugak.. cuma aku tak cukup tangan nak update blog aku.. tu sebab blog ni bersawang.. so aku buat post baru ni sebab nak buang balik sawang-sawang ni.. haha..

Kalau sebelum ni aku tinggal kat UPM, sekarang ni aku dah tak dok sana dah.. sebab ape? sebab aku dah bergraduate.. yeah.. tahniah pada diri sendiri kerana berjaya bertahan selama 3 tahun di sana.. memang banyak kenangan dan pengalaman yang aku dapat dan aku tak dapat nak senaraikan semua sebab banyak sangat.. hehe..

Tapi kan, kalau dah tak tinggal UPM, tinggal kat mana sekarang? yeah.. ini baik punya soalan.. haha.. aku kat bandar tasik selatan sekarang (tetiba je ade lagu latar cinta bandar tasik selatan..) huhu..

Jap jap.. buat ape kat sana? haha.. meh la aku cakap straight to the point.. aku dah dapat kerja dah.. alhamdulillah.. maka, aku telah pun mengubah status aku dari seorang student ke seorang wanita bekerjaya.. waahhh... tak percaya aku mula2 tu... tapi itu la yang dinamakan takdir Allah..

Actually banyak benda aku nak cerita.. tapi aku nak citer satu-satu dulu la ye.. untuk post kali ni, aku nak citer pasal budak ofis aku...

minggu ke-2 kerja..

dari kiri : su, aku, kak ain (dulu digelar dgn nama kak zek.. =p), yaya, mimi..


baru ambil gambar ni jumaat lepas..
dr kiri : kak ummi, wani, aku, su, yaya..

Alhamdulillah dapat kawan yang best-best, happy je selalu walaupun asyik tension kerana berdepan dgn error setiap hari isnin sampai jumaat.. huhu..

Ade sekali tu, kitorang bersembang la tentang "ape yang terlintas di fikiran ko terhadap aku bila first time kita berkenalan?".. so, bila ditujukan kepada aku, kebanyakan komen yang aku dapat, "nadia macam budak2.." alhamdulillah... maknanye aku ni awet muda la ek?.. hehe.. tapi hanya su je cakap camni.. "first time aku tengok ko, aku ingat umur ko 25-26 tahun.."

"ye ker?" aku pun buat muka pelik dan dalam hati aku kata, "tua sangat ke aku ni? T-T"

"Ko nampak matang sebab cara ko bawak diri tu macam orang matang.. pastu ko berkawan pun dengan orang matang.. tu sebab secara automatik ko pun nampak matang.." okey.. ini mungkin sebab aku banyak berkawan dengan bebudak diploma especially kak shamsiah yang dah berkahwin dan dah ade 1 anak + 1 lagi dalam kandungan.. huhu..

tak ape la.. itu pendapat masing-masing.. tapi lepas ni kene cari makanan tambahan untuk awet muda ni.. haha =p

p/s : semoga kak shamsiah melahirkan anak keduanya dengan selamat... harap2 anak pompuan ye~ hehe