Friday, July 17, 2009

Report LI dan Si Penjual Jeruk....

Bismillahirrahmanirraahim..Assalamualaikum..

Hari ini hari last untuk menghantar report LI.. memang saya berusaha keras untuk menyiapkan report tu.. masa tu dah pukul 12.. dah ade kat dalam bus dah masa tu.. cek balik report yang telah diprint tadi.. last2 ade satu bahagian yang tak print lagi.. apa lagi.. terpaksa turun balik dan pergi ke megastar untuk masukkan bahagian yang tertinggal tu.. ish ish nadia ni... boleh pulak tertinggal ek....

Pergi fakulti bahasa dulu.. ada usrah.. nasib baik tak start lagi.. huhu.. lepas usrah, baru pergi fac.. makan jap.. lapo beno masa tu.. lauk ikan keli dengan sambal belacan.. pergh!! sedap.. haha.. dah siap makan.. pergi hantar report dan benda-benda yang berkaitan kepada dr. fazlida..

Walaupun saya tak kenal dr. fazlida sangat, tapi saya dapat rasa dr ni jenis friendly..

Dr. Fazlida : "Haa... Baru nak hantar report?"

Saya : "Hehe.. dr, sebenarnye saya nak hantar report dalam minggu ni.. tapi tak sangka pulak terhantar hari ni.. hehe.."


Dr. Fazlida : "Ye la kamu ni... biasa la tu.. nama pun student.. tapi kamu ni orang yang pertama yang hantar report tau.."

Saya : "Heh? ye ker? tadi baru je jumpa aswad tadi.. muka confident semacam.. ingatkan dah hantar dah.."

Dr. Fazlida : "Dia belum hantar lagi... kamu kenal tak budak multimedia?"

Saya : "Emm.. ntah la kenal ke tak.. tapi kalau sebut nama, kenal kot.."

Dr. Fazlida : "Kamu kenal tak Mohd Waqiuddin?(ye kot ejaan dia.. sori kalau salah)"

Saya : "Kenal2.."

Dr. Fazlida : "Ha..bagitahu dia SILA HANTAR LAPORAN PRAKTIKAL HARI INI JUGA.. bagitahu kawan2 yang lain.. sape ntah kawan dia ni.. saiful lizwan(ye kot ejaan dia..) dengan ni mohd moonsyi.."

Saya : "Oh.. kenal sangat tu..... ok2.. nanti saya mesej dia.."

Apa lagi.. saya pun terus menghantar mesej kepada moonsyi seperti ayat yang berwarna merah diatas.. rasa nak je tambah KALAU LAMBAT HANTAR, KENE POTONG MARKAH.. baru diorang takut skit.. hehehe..

Ada satu cerita nak kongsi dengan korang... cerita tentang Si Penjual Jeruk..

Pada suatu hari, ade seorang pakcik ni.. kerja dia hanya jual jeruk jer.. itu je la pendapatan dia untuk makan minum dia..

Pada suatu ketika, pada malam sebelum hari esok, jeruk yang dia buat ni belum masak lagi.. Jadi dia pun berdoa "Ya Allah.. Kau masakkanlah jeruk aku ni.. kalau jeruk aku tak masak, macam mana aku nak jual? nanti aku tak ade duit untuk makan minum aku.. Ya Allah, bantulah aku..."

Pada keesokan pagi, pakcik pun tengok la jeruk ni tapi malangnye jeruk dia xmasak jugak lagi.. pakcik pun berdoa sekali lagi "Ya Allah, Kau masakkanlah jeruk aku ni..." tapi jeruk dia tak masak-masak jugak.. Lalu dia pasrah.. Dia bawak juga jeruk dia ke pasar untuk dijual..

Di pasar.. ade penjual lain pun jual jeruk jugak dan habis dijual.. tetapi jeruk pakcik itu tak dipandang orang pun.. ye la.. takkan nak beli jeruk yang tak masak lagi.. tapi pakcik itu terus bersabar...

Sampai pasar itu nak tutup pun tiada jeruk pun yang terjual.. lalu pakcik mengemas barang pakcik dengan muka yang sedih.. tiba-tiba datang seorang wanita menegur pakcik tersebut..

"Pakcik, kat sini ada jual jeruk tak?"

"Pakcik ada jual jeruk, tapi jeruk pakcik tak masak lagi.."

"Alhamdulillah.. saya memang tengah mencari jeruk yang tak masak lagi sebab anak saya suka makan jeruk.. anak saya ada kat Itali sekarang ni.. Jadi kalau hantar jeruk yang tak masak lagi, sampai kat sana mesti dah masak dah.. saya beli jeruk ni ye.. saya nak beli semua..."

Moral of story
1. Banyakkan bersabar.. sebesar mana pun kecelakaan, pasti ada hikmah disebalik semua tu..
2. bergantung harap pada Allah semata2.. itu kunci kejayaan yang sebenar.. tapi usaha tu kene ada la.. macam pakcik jeruk tu.. dia tahu jeruk dia tak masak, tapi dia pergi juga ke pasar..

Insaf dengar citer ni.. saya ni, kalau ade masalah sikit jer, tension.. kene dapat dugaan sikit, menangis... lepas tu down... ape la saya ni.. harap cerita ni boleh dijadikan ikhtibar untuk saya dan yang lain.. insyaAllah..

ok.. assalamualaikum....

Thursday, July 16, 2009

Apa semua ini?

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum.. sepatutnya masa ini adalah masa untuk saya (bahaskan diri sebagai 'saya' pulak yer) menyiapkan report LI.. sekarang ni dah sampai Kesimpulan dan Cadangan.. tak ape la.. sambung esok.. insyaAllah esok print.. boleh buat assignment yang lain pulak.. lagipun tak tahu la kenapa hati terlampau nak sangat mengupdate blog saya..

Mungkin sebab saya tak ada tempat untuk meluahkan perasaan atau tak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan melalui kata-kata (sebab saya jenis seorang yang speechless padahal dah susun dah ayat dalam kepala sebelum nak cakap tapi bila nak cakap, lidah kelu..)

Hari ini, macam biasa.. saya melakukan kerja harian saya.. tapi macam semalam dan hari sebelumnya, jiwa kosong.. macam tak diisi sesuatu.. tapi saya memilih untuk mendiamkan diri.. sebab saya tahu, kalau saya cerita, mereka tidak akan faham perasaan saya..

Dan pada suatu masa, mata saya terpandang seseorang.. seorang wanita.. saya kenal dia sebelum itu.. melalui Adila O.. tetapi saya tak ingat nama dia.. sebelum ini, kalau saya terserempak dengan dia, saya hanya senyum kat dia..

Tetapi kali ini lain.. lain sekali perasaan ini.. saya memandang dia dari jauh.. segala pergerakan dia.. cara dia berpakaian.. cara dia senyum.. cara dia melayan karenah kawan dia.. dan dia tidak sedar yang saya sedang memandang dia..

Bukan bermakna saya jatuh hati kat dia(uish.. saya bukan begitu ek..) cuma saya rasa rindu.. rindu dengan diri saya dahulu.. rindu dengan kawan2 saya semasa saya di matrik.. rindu dengan kearkaban kami..

Kenangan itu datang bertalu2 sehingga saya ingin menitiskan air mata.. tapi masa itu di food court.. jadi saya buat muka selamba.. muka seperti biasa.. tetapi dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tahu..

Ketika dalam bilik, saya buat kerja seperti biasa.. tapi fikiran masih lagi memikirkan wanita itu dan kenangan di matrik... kenapa? kenapa wanita itu? sedangkan dia tiada kena mengena dengan saya semasa saya berada di matrik?

Saya melihat diri saya.. saya merenung sesuatu.. sesuatu benda yang menyebabkan saya jadi begini.. yang menyebabkan saya berubah kini, bukan seperti dahulu.. saya geram.. saya nak bakar je benda tu, tapi saya fikir balik saya tak mampu.. saya guna benda tu..

Saya berfikir kembali.. kerana kecewa tidak menemui jawapan, saya membuka facebook saya.. saya ternampak kawan saya semasa matrik.. ya dia.. kawan yang paling saya rindu.. kawan yang paling memahami saya ketika saya berada di matrik.. cerita je apa apa cerita yang saya rasa nak bercerita, dia sudi mendengar luahan hati saya.. ecah nama dia..


Lalu saya membuka profile dia.. dia dah banyak berubah.. berubah ke arah kebaikan.. alhamdulillah.. lama tak jumpa dia.. kemudian saya terlihat satu gambar.. walaupun itu gambar biasa bagi orang lain, tetapi gambar itu memang terkesan pada diri ini..

Terdiam saya seketika.. saya masih ada kekurangan.. saya sedih dengan diri ini.. rasa nak menjerit.. menangis.. ketika itu dan even saat ini, saya memang betul2 memerlukan orang seperti ecah, nad, kak hanum sebab diorang la yang lebih memahami saya..

Saya menutup mata saya.. Masih terdengar suara ecah.. Ketika itu saya sedang berkongsi cerita yang terkini dan saya bercerita tentang 'dia' kepada ecah..

"Bagus la nedy.. cinta bermatlamat lagi bagus daripada cinta yang tanpa arah tuju ni.. tapi satu je la aku nak pesan.. pesanan ini pun untuk diri aku sendiri gak.. kalau kau nak keluar dengan dia, lebih elok kalau kau bawak kawan temankan kau..bukannye ape.. sekurang2nye boleh hindarkan zina mata dan zina hati.. dapat jauhkan fitnah.. ingat! walaupun cinta kau bermatlamat tapi dia bukan suami kau lagi... dia pun takde hak ke atas kau.. ingat tu.."

Saya tersenyum.. susah nak cari seorang kawan yang boleh mengajak ke arah kebenaran.. ke jalan Allah.. dan saya, nampak benda salah pun tak mampu nak tegur.. saya memang seorang yang teruk..

Lepas solat maghrib dan mengaji, saya menyambung kembali kerja saya.. Kali ini, saya tak buka facebook kerana facebook memang melalaikan saya.. saya kene jadi seorang yang berdisiplin.. sambil menyiapkan tugasan, saya mendengar ceramah dari pakar motivasi kesukaan saya, Dr. Fadzilah Kamsah..

"Kalau nak hidup cemerlang, sebelum tidur, setkan minda, dan kata "Sekiranya saya dapat bangun pagi insyaAllah, saya nak jadi orang yang berjaya, orang yang solehah.." dan sentiasalah berdoa sebab kalau kita tak berdoa, bagaimana Allah nak berikan sesuatu kepada kita.."(lebih kurang la ayat dia..)

Kemudian saya berfikir.. wanita tadi,benda itu, ecah, gambar, dan nasihat ecah... apa kaitan itu semua? adakah ia datang secara kebetulan? atau saya yang perlu berubah sebenarnya?

Sunday, July 12, 2009

Lama giler tak update...

Bismillahirahmanirrahim....

Assalamualaikum sume... subhanallah.. lama giler aku tak mengupdate blog.. sejak sebelum praktikal sampai ke hari ni.. kerja datang bertalu-talu (macam pistol).. kadang-kadang sampai naik tension dibuatnye..blogger-emoticon.blogspot.com

tapi alhamdulillah.. semuanya berjalan dgn lancar dan terkawal.. bila tension je, "Jom makan subway.." haha.. setakat ni dah 3 kali aku makan subway.. nyum nyum~~ enak rasanya.. huhu..
blogger-emoticon.blogspot.com
sem baru sudah pun buka.. dan aku kini adalah pelajar final year.. yahoo~~ one year to go!!
blogger-emoticon.blogspot.com tapi kan.. walaupun baru je bukak sem, report LI kene siapkan jugak.. aiyoo nadia...
blogger-emoticon.blogspot.com

lagi tension bila sistem yang aku buat ni belum siap2 lagi..huhu.. untuk pengetahuan, aku kerja kat IDEC UPM.. sape yang tak tahu kat mana IDEC tu, sila la bukak balik peta UPM yang korang dapat masa first year dulu.. (aku ade simpan ke tak lagi peta tu.. hehe)

ape lagi, mengulang alik la aku ke IDEC.. kalau ade 2 jam break, 2 jam break tu la aku akan pergi ke sana.. malam je aku terus pengsan sebab tak larat..huhu

sekarang ni alhamdulillah... walaupun sistem tu masih belum stabil, tapi sebab dah ade pengganti, so lega la aku sikit.. so all the best la kepada kakak yang menyambung kerja aku tu.. harap dia paham coding yang aku buat.. karang pening pulak kepala dia..huhu

untuk sem ni, aku ambil 22 jam kredit yang kebiasaannya aku slalu ambil 17 or 18 jam kredit.. pergh, banyak tu!! subjek yg aku amik sem ni :

Subjek wajib
1. Operating System
2. Software Quality
3. Database
4. Asas Keusahawan

Subjek elektif
1. Information System
2. Psikologi Pendidikan Islam
3. Latihan Industri

4 + 3 = 7.. 7 subjek aku amik..larat ker? kalau tolak yang LI tu, jadi la 6..huhu.. So 6 subjek aku amik utk sem ni.. insyaAllah, aku boleh buat yang terbaik untuk sem ni.. belajar bukan untuk dapat pointer tinggi, tapi untuk mendapat keberkatan dari Allah.. insyaAllah...blogger-emoticon.blogspot.com

tadi aku pergi makan malam dengan kak ami.. lepas habis makan2, rubi tetiba je muncul..huhu.. masa nak balik tu,

Kak ami : "Nak pergi melagha tak?"

Aku : "Boleh gak... jom pergi bukit expo.."

Kak ami : "Ha? bukit expo.. boleh.. kita jalan satu bukit expo.."

Aku : "Camtu eh? kita jalan dulu la.."

Rubi : "Korang nak gi jalan-jalan ni, report LI dah siap ke belum?"

Kak ami : "Belum.."

Rubi : "Ko nedy?"

Aku : "Belum gak.."

Rubi : "Aku ikut sekali la.. Aku pun belum gak.."

Maka, 3 anak dara jelita pun berjalan-jalan pergi ke tempat yang dituju..

Aku : "Kita jalan sampai gate tu je la.. Pasti kita patah balik.."

Rubi : "Aku ikut jer.."

Apabila kami menghampiri gate itu...

Kak Ami : "Eh.. ape tu merah2 tu... cam kenal je pokok ni.. macam pokok rambutan..blogger-emoticon.blogspot.com"

Aku dan Rubi : "Pokok rambutan??"

Apa lagi, kami pun terus pergi ke pokok yang dinyatakan oleh kak ami sebentar tadi.. Siap amik galah lagi tu.. sronok.. tak sempat nak amik gambo kak ami excited mengait pokok tersebut.. huhu.. nanti nak pergi tempat tu lagi la.. hehe..


banyak lagi nak citer ni..huhu.. nak melepaskan geram kerana lama sangat tak update.. tapi kene tunggu aku free dulu.. ni pun tengah free sekarang ni..haha.. sekejap lagi nak siapkan report LI ni.. insyaAllah dalam 2 hari lagi siap la (tanpa melagha + main facebook..blogger-emoticon.blogspot.com )

ok.. assalamualaikum..

Thursday, April 23, 2009

I'm home....

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Sudah sehari saya berada di rumah saya.. Bila bukak facebook dan melihat karenah kawan-kawanku berceloteh di situ, seakan mengimbau kembali kenanganku di K5.. Rindu la kat korang sume..




Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi saya rasa semua gambar diatas boleh menceritakan sendiri pengalaman saya sepanjang berada dalam tahun kedua sesi 2008/2009.. rindu korang sume..

Saturday, April 18, 2009

No Title....

Bismillahirrahmanirrahiim...

Wah.. Lama bebeno saya tak menulis blog.. Macam tak biasa pulak nak bercerita kat sini.. Banyak sebenarnya yang sudah berlaku dalam masa sebulan lebih ni.. Emm.. Bila bercerita pasal blog ni, teringat pulak kat seorang sahabat saya.. Dia ade bagi komen tentang blog yang kian menjadi trend dalam kalangan remaja sekarang..(ye ker?) Dia kata.. " Kadang2 cam bosan baca blog yang menceritakan hal peribadi penulis.. Nape la mereka tak menulis tentang fakta ke, isu semasa ke.. Terisi la sikit waktu kita membaca ni..."
blogger-emoticon.blogspot.com

Huhu..kepada teman2 yang sedang membaca sekalian, jangan la terasa dengan ape yang sahabat saya katakan tadi.. Dia hanya meluahkan pendapat sahaja.. Sebenarnya terpulang kepada kita camne nak olah satu cerita atau keadaan supaya menjadi lebih menarik.. Cam saya pulak, saya ni tak reti nak bercerita mengenai fakta atau isu semasa apatah lagi nak bagi pendapat atau pandangan terhadap isu tersebut.. Ye la.. Baca surat khabar pun bukannye selalu.. Kalau baca pun time nak jadikan surat khabar sebagai alas semasa makan supaya makanan kita tak tumpah ke lantai..huhublogger-emoticon.blogspot.com

Kita buka cerita baru pulak ek.. Saya dan kawan saya berada dalam sebuah kelas.. Tak perlu kot nak mention subjek ape masa tu.. Masa tu memang mengantuk tahap maksimum.. Dah la duduk depan sekali.. huhu.. Tetiba kawan saya bertanyakan soalan yang berbunyi begini, "Awak sayang saya tak?" (Perlu dinyatakan di sini bahawa kawan saya adalah perempuan..) Saya pelik dengan pertanyaan sebegitu namun saya balas balik pertanyaan tersebut.. "Mesti la sayang..." Kawan saya bertanya kembali.. "Sebab ape awak sayang saya?" Saya semakin pelik tapi saya layan dia jugak.. Saya jawab, "Sebab.............." blogger-emoticon.blogspot.com

Saya tak mampu nak jawab masa tu.. Kenapa saya sayang dia? Secara tetiba saya telah mendapatkan jawapan namun saya tak dapat nak sampaikan kepada dia kenapa saya sayang dia.. Kemudian, dia berkata " Sebenarnya kita tidak memerlukan alasan untuk menyayangi seseorang.. Contohnya, awak sayang saya sebab saya baik, jadi, kalau saya tak baik, awak sayang saya lagi ke? Kalau awak sayang saya sebab saya kaya, jadi, kalau saya miskin, awak nak ke sayang saya lagi?" Saya diam tapi mengangguk kecil.. bukan mengiyakan dan bukan menidakkan kata2nya..

Kepada kawan saya, ini jawapan saya.. Saya sayangkan awak kerana Allah yang menyuruh umat manusia saling menyayangi antara satu sama lain.. Kalau saya tak sayang Allah, maknanya saya tak sayang awak.. Alasan yang awak nyatakan tadi tu mungkin akan menjadi alasan sampingan.. Tapi itu tak bermakna sekiranya awak jadi tak baik, saya akan tinggalkan awak begitu sahaja.. Begitu juga sekiranya awak menjadi miskin.. Itu tidak bermakna saya akan benci awak.. Jadi, saya sayangkan awak kerana Allah..

Tidak kira sebanyak mana pun hati saya terluka kerana kata2 awak, namun saya akui, saya juga ada melakukan kesalahan yang mengguris hati awak tanpa saya sedari.. Jadi saya nak minta maaf atas segala kesalahan saya.. Harap persahabatan kita kekal sehingga akhir hayat..Amiin..

Itu saje perkara yang nak dikongsi.. Banyak lagi perkara nak cerita.. Tapi buat masa ni, ni sahaja yang saya nak ketengahkan.. Ok.. Assalamualaikum..
blogger-emoticon.blogspot.com