Sunday, July 12, 2009

Lama giler tak update...

Bismillahirahmanirrahim....

Assalamualaikum sume... subhanallah.. lama giler aku tak mengupdate blog.. sejak sebelum praktikal sampai ke hari ni.. kerja datang bertalu-talu (macam pistol).. kadang-kadang sampai naik tension dibuatnye..blogger-emoticon.blogspot.com

tapi alhamdulillah.. semuanya berjalan dgn lancar dan terkawal.. bila tension je, "Jom makan subway.." haha.. setakat ni dah 3 kali aku makan subway.. nyum nyum~~ enak rasanya.. huhu..
blogger-emoticon.blogspot.com
sem baru sudah pun buka.. dan aku kini adalah pelajar final year.. yahoo~~ one year to go!!
blogger-emoticon.blogspot.com tapi kan.. walaupun baru je bukak sem, report LI kene siapkan jugak.. aiyoo nadia...
blogger-emoticon.blogspot.com

lagi tension bila sistem yang aku buat ni belum siap2 lagi..huhu.. untuk pengetahuan, aku kerja kat IDEC UPM.. sape yang tak tahu kat mana IDEC tu, sila la bukak balik peta UPM yang korang dapat masa first year dulu.. (aku ade simpan ke tak lagi peta tu.. hehe)

ape lagi, mengulang alik la aku ke IDEC.. kalau ade 2 jam break, 2 jam break tu la aku akan pergi ke sana.. malam je aku terus pengsan sebab tak larat..huhu

sekarang ni alhamdulillah... walaupun sistem tu masih belum stabil, tapi sebab dah ade pengganti, so lega la aku sikit.. so all the best la kepada kakak yang menyambung kerja aku tu.. harap dia paham coding yang aku buat.. karang pening pulak kepala dia..huhu

untuk sem ni, aku ambil 22 jam kredit yang kebiasaannya aku slalu ambil 17 or 18 jam kredit.. pergh, banyak tu!! subjek yg aku amik sem ni :

Subjek wajib
1. Operating System
2. Software Quality
3. Database
4. Asas Keusahawan

Subjek elektif
1. Information System
2. Psikologi Pendidikan Islam
3. Latihan Industri

4 + 3 = 7.. 7 subjek aku amik..larat ker? kalau tolak yang LI tu, jadi la 6..huhu.. So 6 subjek aku amik utk sem ni.. insyaAllah, aku boleh buat yang terbaik untuk sem ni.. belajar bukan untuk dapat pointer tinggi, tapi untuk mendapat keberkatan dari Allah.. insyaAllah...blogger-emoticon.blogspot.com

tadi aku pergi makan malam dengan kak ami.. lepas habis makan2, rubi tetiba je muncul..huhu.. masa nak balik tu,

Kak ami : "Nak pergi melagha tak?"

Aku : "Boleh gak... jom pergi bukit expo.."

Kak ami : "Ha? bukit expo.. boleh.. kita jalan satu bukit expo.."

Aku : "Camtu eh? kita jalan dulu la.."

Rubi : "Korang nak gi jalan-jalan ni, report LI dah siap ke belum?"

Kak ami : "Belum.."

Rubi : "Ko nedy?"

Aku : "Belum gak.."

Rubi : "Aku ikut sekali la.. Aku pun belum gak.."

Maka, 3 anak dara jelita pun berjalan-jalan pergi ke tempat yang dituju..

Aku : "Kita jalan sampai gate tu je la.. Pasti kita patah balik.."

Rubi : "Aku ikut jer.."

Apabila kami menghampiri gate itu...

Kak Ami : "Eh.. ape tu merah2 tu... cam kenal je pokok ni.. macam pokok rambutan..blogger-emoticon.blogspot.com"

Aku dan Rubi : "Pokok rambutan??"

Apa lagi, kami pun terus pergi ke pokok yang dinyatakan oleh kak ami sebentar tadi.. Siap amik galah lagi tu.. sronok.. tak sempat nak amik gambo kak ami excited mengait pokok tersebut.. huhu.. nanti nak pergi tempat tu lagi la.. hehe..


banyak lagi nak citer ni..huhu.. nak melepaskan geram kerana lama sangat tak update.. tapi kene tunggu aku free dulu.. ni pun tengah free sekarang ni..haha.. sekejap lagi nak siapkan report LI ni.. insyaAllah dalam 2 hari lagi siap la (tanpa melagha + main facebook..blogger-emoticon.blogspot.com )

ok.. assalamualaikum..

2 comments:

nedy yang comel said...

thanks~~huhu

rubi said...

empangan~

ko btul2 masuk kisah hidop ni dlm blog?

saspek2..