Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalamualaikum.. sepatutnya masa ini adalah masa untuk saya (bahaskan diri sebagai 'saya' pulak yer) menyiapkan report LI.. sekarang ni dah sampai Kesimpulan dan Cadangan.. tak ape la.. sambung esok.. insyaAllah esok print.. boleh buat assignment yang lain pulak.. lagipun tak tahu la kenapa hati terlampau nak sangat mengupdate blog saya..
Mungkin sebab saya tak ada tempat untuk meluahkan perasaan atau tak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan melalui kata-kata (sebab saya jenis seorang yang speechless padahal dah susun dah ayat dalam kepala sebelum nak cakap tapi bila nak cakap, lidah kelu..)
Hari ini, macam biasa.. saya melakukan kerja harian saya.. tapi macam semalam dan hari sebelumnya, jiwa kosong.. macam tak diisi sesuatu.. tapi saya memilih untuk mendiamkan diri.. sebab saya tahu, kalau saya cerita, mereka tidak akan faham perasaan saya..
Dan pada suatu masa, mata saya terpandang seseorang.. seorang
wanita.. saya kenal dia sebelum itu.. melalui Adila O.. tetapi saya tak ingat nama dia.. sebelum ini, kalau saya terserempak dengan dia, saya hanya senyum kat dia..
Tetapi kali ini lain.. lain sekali perasaan ini.. saya memandang dia dari jauh.. segala pergerakan dia.. cara dia berpakaian.. cara dia senyum.. cara dia melayan karenah kawan dia.. dan dia tidak sedar yang saya sedang memandang dia..Bukan bermakna saya jatuh hati kat dia(uish.. saya bukan begitu ek..) cuma saya rasa rindu.. rindu dengan diri saya dahulu.. rindu dengan kawan2 saya semasa saya di matrik.. rindu dengan kearkaban kami..
Kenangan itu datang bertalu2 sehingga saya ingin menitiskan air mata.. tapi masa itu di food court.. jadi saya buat muka selamba.. muka seperti biasa.. tetapi dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tahu..
Ketika dalam bilik, saya buat kerja seperti biasa.. tapi fikiran masih lagi memikirkan
wanita itu dan kenangan di matrik... kenapa? kenapa
wanita itu? sedangkan dia tiada kena mengena dengan saya semasa saya berada di matrik?
Saya melihat diri saya.. saya merenung sesuatu.. sesuatu
benda yang menyebabkan saya jadi begini.. yang menyebabkan saya berubah kini, bukan seperti dahulu.. saya geram.. saya nak bakar je
benda tu, tapi saya fikir balik saya tak mampu.. saya guna
benda tu..
Saya berfikir kembali.. kerana kecewa tidak menemui jawapan, saya membuka facebook saya.. saya ternampak kawan saya semasa matrik.. ya dia.. kawan yang paling saya rindu.. kawan yang paling memahami saya ketika saya berada di matrik.. cerita je apa apa cerita yang saya rasa nak bercerita, dia sudi mendengar luahan hati saya..
ecah nama dia..
Lalu saya membuka profile dia.. dia dah banyak berubah.. berubah ke arah kebaikan.. alhamdulillah.. lama tak jumpa dia.. kemudian saya terlihat satu gambar.. walaupun itu
gambar biasa bagi orang lain, tetapi
gambar itu memang terkesan pada diri ini..
Terdiam saya seketika.. saya masih ada kekurangan.. saya sedih dengan diri ini.. rasa nak menjerit.. menangis.. ketika itu dan even saat ini, saya memang betul2 memerlukan orang seperti ecah, nad, kak hanum sebab diorang la yang lebih memahami saya..
Saya menutup mata saya.. Masih terdengar suara
ecah.. Ketika itu saya sedang berkongsi cerita yang terkini dan saya bercerita tentang 'dia' kepada
ecah..
"Bagus la nedy.. cinta bermatlamat lagi bagus daripada cinta yang tanpa arah tuju ni.. tapi satu je la aku nak pesan.. pesanan ini pun untuk diri aku sendiri gak.. kalau kau nak keluar dengan dia, lebih elok kalau kau bawak kawan temankan kau..bukannye ape.. sekurang2nye boleh hindarkan zina mata dan zina hati.. dapat jauhkan fitnah.. ingat! walaupun cinta kau bermatlamat tapi dia bukan suami kau lagi... dia pun takde hak ke atas kau.. ingat tu.."Saya tersenyum.. susah nak cari seorang kawan yang boleh mengajak ke arah kebenaran.. ke jalan Allah.. dan saya, nampak benda salah pun tak mampu nak tegur.. saya memang seorang yang teruk..
Lepas solat maghrib dan mengaji, saya menyambung kembali kerja saya.. Kali ini, saya tak buka facebook kerana facebook memang melalaikan saya.. saya kene jadi seorang yang berdisiplin.. sambil menyiapkan tugasan, saya mendengar ceramah dari pakar motivasi kesukaan saya, Dr. Fadzilah Kamsah..
"Kalau nak hidup cemerlang, sebelum tidur, setkan minda, dan kata "Sekiranya saya dapat bangun pagi insyaAllah, saya nak jadi orang yang berjaya, orang yang solehah.." dan sentiasalah berdoa sebab kalau kita tak berdoa, bagaimana Allah nak berikan sesuatu kepada kita.."(lebih kurang la ayat dia..)Kemudian saya berfikir..
wanita tadi,
benda itu,
ecah,
gambar, dan nasihat
ecah... apa kaitan itu semua? adakah ia datang secara kebetulan? atau saya yang perlu berubah sebenarnya?