Friday, December 31, 2010

sepanjang 2010..

Assalamualaikum..

Hari ini hari terakhir kita semua berada di dalam tahu 2010.. esok pula menjelma hari baru, tahun baru, bulan baru, diikuti dengan azam baru..

So, aku nak buat sedikit (tak banyak, jangan risau..) flashback balik la sepamjang tahun 2010 ni..

Aku mulakan tahun 2010 dengan emosi yang goyah.. ketika semangat aku jatuh tergolek-golek..
ditambah dengan result CGPA yang tidak mampu menyedapkan jiwa aku..
(budak ni tengah emo ni.. ye.. aku emo sekarang..huhu)

tapi alhamdulillah, berkat doa mak aku yang sentiasa berada disisi ku..
dan kawan-kawan yang sentiasa buat aku tertawa dan tersenyum..
menyelapkan segala kesedihan dihati..
tatkala aku menangis mengenangkan kembali kisah lama..
kawan-kawan aku sentiasa memberi kata semangat..
dan sekali gus aku bangkit berdiri..
dan berkata..
"aku boleh hidup tanpa kau lah.. aku tak nak menangis lagi!!!!"

lalu, aku habiskan final semester aku dengan berjaya..
yup.. sekali lagi dengan berkat doa ibubapa aku,
dan sokongan kawan-kawan..

masuk bulan 5, selepas habis presentation projek final year,
aku terus bekerja di sini..
maka, bermula la hijrah aku dari seorang pelajar ke seorang pekerja..

beza sekali environment bekerja dengan belajar..
kalau belajar, last minute tu dah menjadi rutin harian..
tp bila bekerja, bile last minute je, jatuh la performance..
jadi, aku kene bekerja kuat..

cinta?? ah.. susah aku nak terangkan..
pasti akan ade pasang surut..
mula2, nak kenal..
pastu suka sama suka..
tapi bila dah kenal betul2..
terus senyap, lenyap..

biasa la.. nak suke2..
bila nak serius, nak fikir pasal kawen,
cabut lari.. adeh..

lagi satu aku pantang, bila orang tu panggil aku "syg.."
pergh, boleh cair hati aku ni beb!
tapi yang sakit hati tu,
bukan kat aku sorang je dia cakap..
kat orang lain pun dia panggil syg..
siap ajak kawen la, ape la..
so, aku ni sape?? teddy bear?? barbie??
(uih.. sabar2 cik nadia oii... haha)

erm.. mungkin semuanye terjadi sebagai penghapus dosa aku..
ye la.. aku ni bukannye baik sangat..
tak pe2..

lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..
so, esok dan hari seterusnya, aku nak jadi baik.. boleh??haha

insyaAllah.. aku taknak lagi mulakan tahun baru dengan kesedihan..
tapi aku nak mulakannya dengan semangat baru..
azam baru..

insyaAllah.. aku taknak toleh belakang lagi..
kepada orang yang berkenaan (kalau dia baca la..)..
minta maaf sekiranya kata-kata aku ni menyakiti hati kau..
at least kau tahu ape yang aku rasa..
tapi terpulang pada kau untuk terima atau tidak..
aku malas nak ambil tahu..

babai 2010..
welcome 2011.. =)



Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
(Epicentrum - Menjemput bidadari)

Wednesday, December 22, 2010

caaakkkk... malunyer~

Assalamualaikum..

sekian lama aku menyepi..

akhirnye aku muncul kembali.. =P


Mintak maaf sebab menghilangkan diri buat seketika.. timbunan kerja yang tak berkesudahan, ditambah pula ketiadaan idea (ade idea, tapi malas nak taip.. haha)

akhirnye aku biarkan saja blog aku bersarang.. sampai tak sedar pun background picture aku dah hilang.. haha..

thanks kepada kawan2 yang sudi jenguk blog ni, yang tego2 aku "bila ko nak update blog ni??" haha..

aku tak tau nak bermula macam mana.. so aku mulakan dengan bercerita perkembangan hidup aku.. ceh, macam artis la pulak~

baru-baru ni (takde la baru sangat..), aku jumpa kawan-kawan upm aku pada hari sabtu.. and seriously aku cakap.. memang aku happy and enjoy sangat jumpa dengan diorang..

aishah, sara dan aku (@ mid valley)

mungkin sebab dah sekian lama aku kuat bekerja.. sampai orang tegur aku dah kurus sangat..(but i'm happy with that.. =P) jadi, bila dah sekali dapat enjoy, memang enjoy betul2 la..

lepas enjoy2 kat mid valley, tetibe tukar plan bermalam di rumah kak ami & diya.. haha.. dan pengalaman yang paling takleh aku lupe, kami berlima (aku, sarah, aishah, kak ami, diya) tidur ramai2 kat lantai dengan berbekalkan 2 tilam dan beberapa bantal sahaja.. so korang bayangkanlah macam mana kitorang tidur~

keesokan harinye, kami pun beramai2 meramaikan orang kat MAHA pulak~ (korang faham tak ayat aku ni?? haha..)

kat komuter mid~

dekat dalam truk~

ayunye cik kak.. nak pergi mana??

tak perlu la nak memanjangkan cerita.. sampai sana je, kami terus pergi ke hall 4 yang dikatakan tempat menge'test' makanan.. so, alang2 kami disana, kami 'lunch' sekali disana.. aku ingat lagi masa di booth makanan nasi briyani segera.. orang demo tu tunjukkan la cara-cara nak panaskan makanan.. memang mudah la.. bukak packet, ' on'kan microwave, masukkan packet dalam microwave, dan tekan butang start... step seterusnye? beli la produk diorang.. dah ade direction dah kat packet tu.. =P

sambil kami menonton org tu berdemo, kami pun makan sampel nasi briyani.. diya sampai tambah 2 kali.. "aik, lunch ke diya??" haha.. aku perli memang hebat~

memang 2 hari berturut2 tu amat memenatkan, tapi sangat bermakna bagi aku..

next plan...


aku amat merindui mereka.... harap-harap aku dapat balik kampung hujung bulan ni.....




aku baru je having conversation with kak ami via ym...

aku : ntah ape la perangai nedy ari ni... tetibe rasa nak update blog... giler kan?

kak ami : nape giler lak? berpekdah ape.. haha.. sambil2 xde wat ape2 tu kan.. ape salah nyer..

aku : haha.. tu la.. dah 4 bulan kot.. xpernah nak ambil tau pasal blog

kak ami : owhhh xpe2..pas nih 8 bulan skali k.. muhahaha

aku : giler kencang perli nedy.. hahaha....





Tuesday, June 15, 2010

Mid Valley --> tempat menghabiskan duit.. argh~

Assalamualaikum...

Pernah tak korang dengar or terbaca yang kita tak boleh melepak kat shopping complex, pasaraya dan sewaktu dengannya.. kalau ade yang tak baca or tak tau lagi, klik la sini.. nak tau sebab ape? sebab kat situ la syaitan selalu melepak kat situ dan menghasut manusia ni bersikap boros terutamanya wanita2 seperti aku nih... huhu..

Sekarang ni pun aku dah ade tabiat baru aku iaitu suke pergi ke shopping complex nih.. aku tak tau la dalam bulan ni dah berapa kali aku singgah kat Mid Valley tu..huhu.. sebelum ni pun jarang aku nak pergi ke shopping complex ni.. masa aku dok UPM dulu pun, aku rasa tak sampai 2 kali aku singgah Mines dalam setiap sem..

credit to google

Mid Valley ape tah lagi.. dulu pun aku pergi sana pun sebab Mid Valley tu memang laluan tren untuk ke rumah aku.. so alang2 aku nak balik rumah, aku akan singgah Mid dengan bawak beg besar (sebab aku akan singgah Mid time cuti sem or mid sem jer...) dan cari roti kat tingkat bawah untuk adik-adik aku.. hehe..

Tapi aku pergi mid pun bukan saje je nak pergi.. aku pergi sebab cari barang rumah kat rumah aku nih.. (mentang2 la dah ade rumah sendiri.. ehem.. rumah sewa ye.. huhu) tapi kadang-kadang tu nafsu membeli tu tetap ade.. lebih-lebih lagi bila dah dapat gaji pertama.. memang belanja sakan la.. hoho..

Bila belanja, tak hengat duit tu ade ke tak.. bila dah sampai rumah, baru rasa menyesal sebab beli ikut nafsu bukan ikut keperluan.. huhu alhamdulillah sebab aku tak de lagi kad kredit.. wah2.. baru gaji pertama, nak pakai kad kredit ker? no no no... nak korek duit kat mana bila surat cinta dari bank dah sampai nanti... huhu

So, menyedari bahawa aku nih memang jenis boros, aku ade buat cara aku sendiri.. kalau masa aku sekolah dulu, mak aku akan bagi duit belanja penuh untuk sebulan.. jadi aku akan simpan duit tu dalam tabung sementara dan bahagi siap-siap yang mana patut simpan dan belanja.. dan aku buat ni sampai sekarang..huhu

cume sekarang ni aku buat cara lain skit.. bila aku dapat gaji jer, aku akan keluarkan semua duit gaji aku.. kemudian aku bahagikan siap-siap duit aku tu dan masuk ke dalam sampul surat.. jadi aku hanya belanja berdasarkan duit yang aku dah letakkan dalam sampul aku.. contohnye aku letak RM400 untuk duit makan aku sepanjang 1 bulan.. so aku boleh makan ape yang aku nak asalkan tak melebihi RM400 pada bulan tu..

ni sampul surat yang aku buat.. huhu

Actually banyak cara yang boleh buat tapi aku selesa cara camni.. at least aku tahu aku ni banyak belanja kat mana.. kat makan ke kat benda lain.. huhu.. lagi satu, cara camni buat aku berjimat dan paling penting aku belajar camne nak kawal nafsu membeli aku.. huhu.. kalau korang ade cara lain, boleh share dengan aku sekali... huhu


p/s : duit aku semakin susut.. harap-harap dapat bertahan sampai gaji kedua masuk.. amiin~

Friday, June 11, 2010

Tua or matang?

Assalamualaikum...

Dengan ini aku telah mula menulis blog setelah sekian lama menghilangkan diri selama hampir 3 bulan.. Aish, lama betul menghilang.. pergi mana?? hehe.. tak pergi mana-mana pun.. aku kat sini jugak.. cuma aku tak cukup tangan nak update blog aku.. tu sebab blog ni bersawang.. so aku buat post baru ni sebab nak buang balik sawang-sawang ni.. haha..

Kalau sebelum ni aku tinggal kat UPM, sekarang ni aku dah tak dok sana dah.. sebab ape? sebab aku dah bergraduate.. yeah.. tahniah pada diri sendiri kerana berjaya bertahan selama 3 tahun di sana.. memang banyak kenangan dan pengalaman yang aku dapat dan aku tak dapat nak senaraikan semua sebab banyak sangat.. hehe..

Tapi kan, kalau dah tak tinggal UPM, tinggal kat mana sekarang? yeah.. ini baik punya soalan.. haha.. aku kat bandar tasik selatan sekarang (tetiba je ade lagu latar cinta bandar tasik selatan..) huhu..

Jap jap.. buat ape kat sana? haha.. meh la aku cakap straight to the point.. aku dah dapat kerja dah.. alhamdulillah.. maka, aku telah pun mengubah status aku dari seorang student ke seorang wanita bekerjaya.. waahhh... tak percaya aku mula2 tu... tapi itu la yang dinamakan takdir Allah..

Actually banyak benda aku nak cerita.. tapi aku nak citer satu-satu dulu la ye.. untuk post kali ni, aku nak citer pasal budak ofis aku...

minggu ke-2 kerja..

dari kiri : su, aku, kak ain (dulu digelar dgn nama kak zek.. =p), yaya, mimi..


baru ambil gambar ni jumaat lepas..
dr kiri : kak ummi, wani, aku, su, yaya..

Alhamdulillah dapat kawan yang best-best, happy je selalu walaupun asyik tension kerana berdepan dgn error setiap hari isnin sampai jumaat.. huhu..

Ade sekali tu, kitorang bersembang la tentang "ape yang terlintas di fikiran ko terhadap aku bila first time kita berkenalan?".. so, bila ditujukan kepada aku, kebanyakan komen yang aku dapat, "nadia macam budak2.." alhamdulillah... maknanye aku ni awet muda la ek?.. hehe.. tapi hanya su je cakap camni.. "first time aku tengok ko, aku ingat umur ko 25-26 tahun.."

"ye ker?" aku pun buat muka pelik dan dalam hati aku kata, "tua sangat ke aku ni? T-T"

"Ko nampak matang sebab cara ko bawak diri tu macam orang matang.. pastu ko berkawan pun dengan orang matang.. tu sebab secara automatik ko pun nampak matang.." okey.. ini mungkin sebab aku banyak berkawan dengan bebudak diploma especially kak shamsiah yang dah berkahwin dan dah ade 1 anak + 1 lagi dalam kandungan.. huhu..

tak ape la.. itu pendapat masing-masing.. tapi lepas ni kene cari makanan tambahan untuk awet muda ni.. haha =p

p/s : semoga kak shamsiah melahirkan anak keduanya dengan selamat... harap2 anak pompuan ye~ hehe

Monday, March 1, 2010

Baru nak update

Assalamualaikum..

Lama sungguh biarkan blog ini bersawang..sekarang ni baru nak update.. ini semuanya angkara kerja yang tidak sudah-sudah mengganggu hidup saya...

26 Feb yang lalu, telah berlangsungnya sambutan maulidur rasul di UPM..alhamdulillah, saya berpeluang untuk mendengar ceramah di dewan besar.. yang paling saya ingat kata-kata penceramah itu (sori..dah lupe la nama penceramah tu.. anyone tau tak nama dia?), kalau ada sesuatu or musibah yang terjadi kepada kita, kita cakap "inilah kehidupan..." ataupun "apa yang terjadi adalah atas kehendak Allah.."

insaf jugak la.. sebab selalunya, bila apa2 yang berlaku kat saya, saya mesti mempersoalkan kenapa ini berlaku kat saya.. padahal Allah memang dah tetapkan itu terjadi.. insyaAllah, selepas ini hati kene kuat lagi..

Kemudian beliau menceritakan matlamat yang harus kita ada dalam kehidupan.. kita mempunyai 3 matlamat dalam hidup.. matlamat jauh, sederhana jauh, dan dekat.. apakah yang dimaksudkan dengan matlamat jauh? matlamat jauh kita adalah ingin bertemu dengan Allah dan Rasulullah di syurga..

Matlamat sederhana jauh pulak? matlamat itu adalah ingin membina tamadun, negara kita ini.. matlamat dekat pula adalah menyara hidup untuk diri dan keluarga.. maka, sama-sama la kita fikir.. adakah kita sudah mencapai kesemua matlamat ini? tanya la hati masing-masing...

Ok la..itu aje untuk kali ni.. kalau ada kekurangan, maaf ye..assalamualaikum..