Monday, July 28, 2008

waaarrggghhhhh!!!!

sedihnya hatiku ni...
assignment dah datang....
SAK3117 - data struktur...
SIM3202 - HCI...
SIM3203 - system design..
MTH3101 - calculus...
tak nak buat boleh tak??
haha

nasib baik yang ni tak ade assignment...
BBM2403 - BM saintifik..
EDU 3606 - undang2 keluarga islam..
aku sayang subjek ni..
haha

Wednesday, July 23, 2008

kak nedy ke kak ezy??

"Assalamualaikum dan salam harmoni.. Nama saya Nur Izyani Binti Mohd Yusof. Boleh panggil 'kak ezy'. Memegang Bacelor Sains Sosial Major Kaunseling Dalam Rumahtangga. Menetap di KL."

"Status..status.." rakan-rakan PU (pembantu universiti) tanya aku masa tu..

"Single but not available.." Hehe..

Teringat balik masa tu. Semua junior percaya nama aku 'Ezy'. Kalau ada junior nak minta tolong, diorang akan cakap, "Kak Ezy.. Kak Ezy.."

Lagi best masa diorang minta signature. Aku minta nama penuh aku. Semua jawab 'Nur Izyani'. Aku jawab, "Salah.."

Diorang semuanya pelik. Kenapa salah pulak?

"Itu nama tipu akak. Korang kene cari nama betul akak. Tapi tak pe. Hari ni mood akak baik. Akak teringin sangat nak tengok korang buat chears 'Baby angsa' dengan penuh kiut macam akak. Boleh tak?"

"Boleh!!".. Semangat giler diorang buat chears 'Baby angsa'. Camni rasanya jadi kakak PU. Melayan karenah junior yang agak kebudak-budakan. Tak kira muslim dan non-muslim, diorang ni macam adik-adik aku sendiri. huhu.

Minggu perkasa Putra dah habis. Semua orang buat hal masing-masing. Masa ni lah semua Sekretariat nak cari pelapis baru untuk MTP akan datang. Termasuk la jugak Sekretariat aku. Kena cari pelapis ahli teknikal.

Yang kelakarnya, bila berselisih dengan junior, mesti diorang tegur, "Hai kak ezy.." Saya pun.. "Hai korang.." Layan jer.. Nama Ezy sedap pe? hehe

Tapi diorang dah tahu nama sebenar aku masa Pengenalan MTP. Alamak.. Kantoi..

Sejak dari hari tu, bila berselisih dengan junior je, diorang akak kata, " Hai kak ezy.. eh.. itu nama tipu la.. ape ek nama betul dia? dah lupe la.."

Adoi.. Cam sedih pula bila diorang tak tau nama aku. huhu. Tu la. Tipu orang lagi. hehe..

Aku pun jawab, "Akak tak kisah korang nak panggil akak 'Ezy' or 'Nedy', asalkan korang tegur akak."

Sejak dari situ, junior panggil aku dengan nama 'Kak Ezy'. Diorang kata sesuai dengan perwatakan aku yang agak lasak tapi kiut kot.. haha.. Jangan marah..

Tapi coursemate aku, batch dan senior aku still panggil aku 'Nedy'. Tak kisah la mana-mana nama pun. Asalkan korang tahu nama sebenar aku pun dah cukup. hehe

So, my name is Nadia Shahirah Binti Mohd Nor. You can call me 'Nedy' or 'Ezy'....

Tuesday, July 22, 2008

Cerita Aminah..

Pada suatu hari, Aminah nak pergi kedai.


Sampai je kat kedai, terserempak dengan Ali. Aminah suka Ali. Tapi Ali tak tahu. Aminah rasa seronok sebab dapat jumpa Ali.


Aminah cakap biasa-biasa je dengan Ali sebab Aminah pemalu orangnya.


Habis je beli barang, Aminah terus balik keriangan sebab dapat jumpa Ali..


Sampai je rumah, mak marah sebab terlupa beli gula. huhu. terleka bersembang dengan Ali. sebab tu terlupa beli gula. Jadi, Aminah keluar balik sebab kena beli gula.


Sampai je kat kedai, Aminah terkejut. Aminah nampak ada seorang gadis duduk bersebelahan dengan Ali.


Aminah tunduk dan buat tak tahu je.


Aminah bayar duit dan terus tinggalkan kedai itu. Sambil itu, Aminah menoleh ke belakang untuk tengok Ali dan gadis tersebut.


Ali dan gadis tersebut rancak berbual. Dah la cantik gadis itu..


Aminah terus melangkah dengan hati yang sedih.......

p/s :- Moral of the story....

1. Jangan mudah jatuh cinta kat orang...
2. Jangan duduk berdua lelaki permpuan...

sebab...

1. Orang yang kita suka, belum tentu jadi husband/wife kita nanti...
2. Takut nanti bakal husband/wife kita akan sedih bila ternampak kita duduk berdua dengan lelaki/wanita lain..(harap2 korang faham..huhu)

Oleh itu...

1. Letakkan CITA-CITA dulu (tapi ALLAH paling penting)..baru CINTA...
2. Pandai-pandai lah jaga pergaulan lelaki perempuan ye...Ingat!! ALLAH sentiasa perhatikan tindakan dan tingkah laku kita...

Mintak maaf kalau terkasar bahasa.. Aku hanya sekadar menyampaikan sahaja... (-_-)

Sunday, July 20, 2008

salam harmoni..

Assalamualaikum..



Firstly, minta maaf sangat2 sebab lama tak update blog ni.. Idea tak mau keluar la.. Lagipun tak de cerita bez sebenarnye pun.. Al maklum la.. Dok umah je masa cuti lepas.. So tak de pape yang best sangat.. Just dengar cerita mak, n adik2 aku je la..



InsyaAllah aku akan cube update blog aku ni.. Bukan setakat blog peribadi aku je.. Aku nak letak event kolej sekali.. Lagipun InsyaAllah Unit Buliten yang aku bakal terajui nanti akan bergerak mencari maklumat.. So, boleh la aku publish kat blog aku sekali..huhu



Rasanya tak terlambat untuk aku ucapkan selamat datang kepada junior baru kita ni.. This week dah masuk minggu ketiga.. So, harap adik2 junior tak leka la ye.. test 1 nak dekat.. nasihat ni bukan untuk junior sekali.. untuk senior2 sekali especially kepada rakan2 mtp.. program jalan jugak tapi study jangan lupe beb!



Tak lama lagi PEGAGE V edisi keenam akan muncul.. so kepada adik2 junior harap join semua aktiviti yang dijalankan. Program akan bermula pada hari khamis (24/7) bermula dengan solat maghrib berjemaah.. jadi kepada semua warga kolej Kelima, tak kira junior atau SENIOR, turunlah beramai-ramai bagi memeriahkan (betul ke vocab aku ni..) surau kita ni..



Ingat kawan2.. Walau se buzy mana pun kita, jangan LENGAHKAN solat.. Bukan di dunia je kita nak berjaya.. Tapi di akhirat pun kita nak berjaya kan... So, ingatlah ALLAH sentiasa.. DIA sentiasa melihat tindakan dan kelakuan kita..



Ok la.. tu je coretan aku untuk hari ini.. InsyaAllah.. kalau aku ade idea untuk dikongsi bersama, aku akan publish kat sini..



babai.. Assalamualaikum..

~~~~~~

Tadi, aku saje je bukak folder gambar matrik aku. Teringat kembali masa aku belajar kat sana dulu. Dalam celahan gambar-gambar yang ada, aku ternampak saatu gambar di skrin laptop. Gambar SAHABAT aku. Dah setahun aku tak jumpa SAHABAT aku. Kalau jumpa pun, cuma 15 minit jer. huhu. Mesej pun tak selalu sangat.

Siapa SAHABAT aku? Aku mula mengenalinya masa sem 1 dulu. Tapi mula rapat dengannya ketika berada dalam sem 2. Berada dalam praktikum yang sama sudah cukup membuka ruang untuk aku dan SAHABAT aku mengenali antara satu sama lain. Bermula dari perasaan kagum kerana kepimpinan dan keperibadiannya, akhirnya turun ke hati. Lalu aku mula BERSAHABAT dengannya.

Masing-masing mempunyai CITA-CITA dan IMPIAN yang sama. Tapi, fantasi bertukar menjadi realiti. Jalan aku dan SAHABAT aku yang mulanya kami fikir mudah rupanya sukar dan penuh berliku. Akhirnya aku dan SAHABAT aku memilih untuk melalui jalan masing-masing.

Kini, aku masih berada dalam jalan aku. Jalan yang penuh berliku. Walaupun SAHABAT aku tiada disisi, tapi aku masih mampu teruskan dengan kekuatan yang ALLAH berikan disamping motivasi yang family berikan terutamanya mak cayang. huhu.

Aku terus bersiap untuk keluar sebab nak beli makanan untuk tengahari. Macam biasa, aku keluar berseorangan. Bukan tak mahu berteman, tapi aku lebih suka memerhati sekeliling daripada bercakap. Sampai di foodcourt, mata aku tertumpu pada seseorang. Seorang lelaki dan seorang perempuan sedang makan bersama-sama.

Selepas melalui mereka, aku berfikir. Best ke makan berdua? Best ke sembang berdua? Tak takut ke orang pandang lain nanti? Emm... Aku fikir lagi. Apa perasaan aku kalau aku ternampak situasi tersebut? Marah? Suka? Biasa je?

"Kalau kita nampak sesuatu kemungkaran atau maksiat di depan mata, tapi kita tak berasa marah, itu bermakna hati telah kotor atau mati."

Teringat balik halaqah semalam. Seolah-olah ayat itu merewang-rewang di fikiran aku. Dan aku bertanya kembali. Adakah aku marah? Atau sekadar tidak ambil peduli?

Sampai di bilik, aku berfikir lagi. Perlu ke aku memberi ruang kepada insan yang menyayangi aku? "Nedy, kau ni jual mahal sangat la. Kalau melepas, kau juga yang rugi." Rugikah aku kalau aku tutup pintu hati aku ni?

PERSAHABATAN antara aku dan SAHABAT aku banyak memberi impak yang besar dalam hidup aku dan membuat aku lebih tabah dan lebih berpendirian daripada dulu. Aku tak nak mengulangi kesilapan lagi. Sakit sampai air mata tak henti-henti mengalir.

Bukan tak mahu mencuba untuk kali kedua. Tapi biarlah untuk kali ini, hati aku hanya diserahkan sepenuhnya kepada suamiku. Dia yang lebih berhak. Bukan orang lain. huhu.

Walaupun aku keseorangan, tapi aku dah dapat sesuatu. Ketenangan. Itu yang aku mahukan. Bukan bermaksud aku menyalahkan orang yang sedang bercinta. Tapi fikir sejenak. Sanggupkah kamu menerima insan yang kamu sayangi sedangkan insan tersebut telah berpunya sebelum itu? Mungkin itu soalan remeh. Tapi fikirkan sedalam-dalamnya. Kan ALLAH beri akal kepada manusia untuk manusia berfikir? Kamu manusia kan. Jadi, fikirlah...