Sunday, July 20, 2008

~~~~~~

Tadi, aku saje je bukak folder gambar matrik aku. Teringat kembali masa aku belajar kat sana dulu. Dalam celahan gambar-gambar yang ada, aku ternampak saatu gambar di skrin laptop. Gambar SAHABAT aku. Dah setahun aku tak jumpa SAHABAT aku. Kalau jumpa pun, cuma 15 minit jer. huhu. Mesej pun tak selalu sangat.

Siapa SAHABAT aku? Aku mula mengenalinya masa sem 1 dulu. Tapi mula rapat dengannya ketika berada dalam sem 2. Berada dalam praktikum yang sama sudah cukup membuka ruang untuk aku dan SAHABAT aku mengenali antara satu sama lain. Bermula dari perasaan kagum kerana kepimpinan dan keperibadiannya, akhirnya turun ke hati. Lalu aku mula BERSAHABAT dengannya.

Masing-masing mempunyai CITA-CITA dan IMPIAN yang sama. Tapi, fantasi bertukar menjadi realiti. Jalan aku dan SAHABAT aku yang mulanya kami fikir mudah rupanya sukar dan penuh berliku. Akhirnya aku dan SAHABAT aku memilih untuk melalui jalan masing-masing.

Kini, aku masih berada dalam jalan aku. Jalan yang penuh berliku. Walaupun SAHABAT aku tiada disisi, tapi aku masih mampu teruskan dengan kekuatan yang ALLAH berikan disamping motivasi yang family berikan terutamanya mak cayang. huhu.

Aku terus bersiap untuk keluar sebab nak beli makanan untuk tengahari. Macam biasa, aku keluar berseorangan. Bukan tak mahu berteman, tapi aku lebih suka memerhati sekeliling daripada bercakap. Sampai di foodcourt, mata aku tertumpu pada seseorang. Seorang lelaki dan seorang perempuan sedang makan bersama-sama.

Selepas melalui mereka, aku berfikir. Best ke makan berdua? Best ke sembang berdua? Tak takut ke orang pandang lain nanti? Emm... Aku fikir lagi. Apa perasaan aku kalau aku ternampak situasi tersebut? Marah? Suka? Biasa je?

"Kalau kita nampak sesuatu kemungkaran atau maksiat di depan mata, tapi kita tak berasa marah, itu bermakna hati telah kotor atau mati."

Teringat balik halaqah semalam. Seolah-olah ayat itu merewang-rewang di fikiran aku. Dan aku bertanya kembali. Adakah aku marah? Atau sekadar tidak ambil peduli?

Sampai di bilik, aku berfikir lagi. Perlu ke aku memberi ruang kepada insan yang menyayangi aku? "Nedy, kau ni jual mahal sangat la. Kalau melepas, kau juga yang rugi." Rugikah aku kalau aku tutup pintu hati aku ni?

PERSAHABATAN antara aku dan SAHABAT aku banyak memberi impak yang besar dalam hidup aku dan membuat aku lebih tabah dan lebih berpendirian daripada dulu. Aku tak nak mengulangi kesilapan lagi. Sakit sampai air mata tak henti-henti mengalir.

Bukan tak mahu mencuba untuk kali kedua. Tapi biarlah untuk kali ini, hati aku hanya diserahkan sepenuhnya kepada suamiku. Dia yang lebih berhak. Bukan orang lain. huhu.

Walaupun aku keseorangan, tapi aku dah dapat sesuatu. Ketenangan. Itu yang aku mahukan. Bukan bermaksud aku menyalahkan orang yang sedang bercinta. Tapi fikir sejenak. Sanggupkah kamu menerima insan yang kamu sayangi sedangkan insan tersebut telah berpunya sebelum itu? Mungkin itu soalan remeh. Tapi fikirkan sedalam-dalamnya. Kan ALLAH beri akal kepada manusia untuk manusia berfikir? Kamu manusia kan. Jadi, fikirlah...

1 comment:

Anonymous said...

O Allah, Turner of hearts!
Bind our hearts to Your religion,
direct our hearts to Your obidience!

moga kita istiqamah pada jalanNya selalu..

nedy leh 0=)