"Assalamualaikum dan salam harmoni.. Nama saya Nur Izyani Binti Mohd Yusof. Boleh panggil 'kak ezy'. Memegang Bacelor Sains Sosial Major Kaunseling Dalam Rumahtangga. Menetap di KL."
"Status..status.." rakan-rakan PU (pembantu universiti) tanya aku masa tu..
"Single but not available.." Hehe..
Teringat balik masa tu. Semua junior percaya nama aku 'Ezy'. Kalau ada junior nak minta tolong, diorang akan cakap, "Kak Ezy.. Kak Ezy.."
Lagi best masa diorang minta signature. Aku minta nama penuh aku. Semua jawab 'Nur Izyani'. Aku jawab, "Salah.."
Diorang semuanya pelik. Kenapa salah pulak?
"Itu nama tipu akak. Korang kene cari nama betul akak. Tapi tak pe. Hari ni mood akak baik. Akak teringin sangat nak tengok korang buat chears 'Baby angsa' dengan penuh kiut macam akak. Boleh tak?"
"Boleh!!".. Semangat giler diorang buat chears 'Baby angsa'. Camni rasanya jadi kakak PU. Melayan karenah junior yang agak kebudak-budakan. Tak kira muslim dan non-muslim, diorang ni macam adik-adik aku sendiri. huhu.
Minggu perkasa Putra dah habis. Semua orang buat hal masing-masing. Masa ni lah semua Sekretariat nak cari pelapis baru untuk MTP akan datang. Termasuk la jugak Sekretariat aku. Kena cari pelapis ahli teknikal.
Yang kelakarnya, bila berselisih dengan junior, mesti diorang tegur, "Hai kak ezy.." Saya pun.. "Hai korang.." Layan jer.. Nama Ezy sedap pe? hehe
Tapi diorang dah tahu nama sebenar aku masa Pengenalan MTP. Alamak.. Kantoi..
Sejak dari hari tu, bila berselisih dengan junior je, diorang akak kata, " Hai kak ezy.. eh.. itu nama tipu la.. ape ek nama betul dia? dah lupe la.."
Adoi.. Cam sedih pula bila diorang tak tau nama aku. huhu. Tu la. Tipu orang lagi. hehe..
Aku pun jawab, "Akak tak kisah korang nak panggil akak 'Ezy' or 'Nedy', asalkan korang tegur akak."
Sejak dari situ, junior panggil aku dengan nama 'Kak Ezy'. Diorang kata sesuai dengan perwatakan aku yang agak lasak tapi kiut kot.. haha.. Jangan marah..
Tapi coursemate aku, batch dan senior aku still panggil aku 'Nedy'. Tak kisah la mana-mana nama pun. Asalkan korang tahu nama sebenar aku pun dah cukup. hehe
So, my name is Nadia Shahirah Binti Mohd Nor. You can call me 'Nedy' or 'Ezy'....
4 comments:
hai kak ezy..huhu =))
uit...
ni junior ke senior???
hehe
kak ezy? ces~ aku ko x panggil rubi pulak?
sori2..
lupe nak ubah..
jap ek...
Post a Comment