Tuesday, July 22, 2008

Cerita Aminah..

Pada suatu hari, Aminah nak pergi kedai.


Sampai je kat kedai, terserempak dengan Ali. Aminah suka Ali. Tapi Ali tak tahu. Aminah rasa seronok sebab dapat jumpa Ali.


Aminah cakap biasa-biasa je dengan Ali sebab Aminah pemalu orangnya.


Habis je beli barang, Aminah terus balik keriangan sebab dapat jumpa Ali..


Sampai je rumah, mak marah sebab terlupa beli gula. huhu. terleka bersembang dengan Ali. sebab tu terlupa beli gula. Jadi, Aminah keluar balik sebab kena beli gula.


Sampai je kat kedai, Aminah terkejut. Aminah nampak ada seorang gadis duduk bersebelahan dengan Ali.


Aminah tunduk dan buat tak tahu je.


Aminah bayar duit dan terus tinggalkan kedai itu. Sambil itu, Aminah menoleh ke belakang untuk tengok Ali dan gadis tersebut.


Ali dan gadis tersebut rancak berbual. Dah la cantik gadis itu..


Aminah terus melangkah dengan hati yang sedih.......

p/s :- Moral of the story....

1. Jangan mudah jatuh cinta kat orang...
2. Jangan duduk berdua lelaki permpuan...

sebab...

1. Orang yang kita suka, belum tentu jadi husband/wife kita nanti...
2. Takut nanti bakal husband/wife kita akan sedih bila ternampak kita duduk berdua dengan lelaki/wanita lain..(harap2 korang faham..huhu)

Oleh itu...

1. Letakkan CITA-CITA dulu (tapi ALLAH paling penting)..baru CINTA...
2. Pandai-pandai lah jaga pergaulan lelaki perempuan ye...Ingat!! ALLAH sentiasa perhatikan tindakan dan tingkah laku kita...

Mintak maaf kalau terkasar bahasa.. Aku hanya sekadar menyampaikan sahaja... (-_-)

No comments: