Friday, January 23, 2009

Mengertilah hati ini...

Aku tak mengerti,
Kenapa kita bertemu,
Adakah kerana satu kebetulan,
Atau memang kita mempunyai satu ikatan yang tersembunyi,
iaitu jodoh...

Kau yang aku kenali,
Seorang yang memang cukup sifat,
Maha Suci Allah,
Yang menciptakan seorang lelaki,
yang begitu sempurna di mataku..

Dan kau telah menyatakan hasratmu,
untuk mengambil hatiku,
untuk dijadikan permaisuri di dalam hatimu,
untuk selama-lamanya..

Namun,
Hanya kerana egoku,
kerana kedegilanku,
aku telah menolak kau,
kerana aku yakin,
aku akan bertemu dengan kau lagi..

Akhirnya,
kau sepi,
menghilangkan diri dari pandanganku,
Dan aku,
rindu padamu,
rindu pada nasihatmu,
rindu pada kata-katamu..

Perlukah
aku berpatah balik,
menyatakan padamu,
yang aku sayang pada mu,
dan aku bersedia menyerahkan hatiku pada mu.?

Tetapi,
aku belum bersedia lagi,
bersedia untuk melalui kenyataan pada masa akan datang,
aku perlu belajar,
belajar mengawal perasaan,
belajar memahami kau sebagai seorang suami,
belajar ilmu rumah tangga,
bila aku kira,
cukupkah ilmuku untuk menjadi isterimu?

Kini,
kau dengan kehidupan kau,
dan aku tetap aku,
belajar dan belajar,
sesekali bila ku tatap wajahmu,
hatiku menjadi sayu,
sedih..

Aku harap kau mengerti,
keputusanku pada masa itu,
bukan untuk kepentingan diriku sendiri,
tapi aku meletakkan sepenuh harapan,
kepada Allah yang Maha Mengetahui..

Sekiranya benar Allah meletakkan jodoh,
keatas kita berdua,
aku dengan rela hati menerimamu seadanya..
dan aku harap kau juga begitu..

Tapi, jika berlaku sebaliknya,
pintaku agar,
jangan alihkan pandangan kau dari aku,
kerana aku ingin bersahabat dengan mu..

Dan aku harap kau mengerti..

No comments: