Friday, January 16, 2009

Sabar nedy....

Semalam, saya lambat ke kelas lab software. bas pun gerak lambat. tapi dalam bas, saya rasa cam ade yang tak kena.

"Eh, aku terlupa bawa kad matrik. nak turun bas balik ker? kalau aku turun, aku akan lambat ke kelas nanti. tapi kalau aku tak turun, kene marah dengan pak guard nanti."

Saya pun ambil keputusan untuk tak nak amik kad matrik sebab takut lambat ke kelas.

Sampai ke fakulti, saya di panggil oleh 2 orang pak guard.

Pak guard 1 : "Dik, tunjuk kad matrik."

Saya : "Tuan, saya terlupa bawa."

Pak Guard 1 : "Awak balik sekarang!"

Saya terdiam.

Saya : "Tuan, saya betul2 terlupa kali ni. Saya betul minta maaf."

Pak Guard 1 : "Awak bawa henset tak?"

Saya : "Bawa."

Pak Guard 1 : " Kalau awak boleh bawa henset, kenapa kad matrik pun tak boleh bawa? Henset lagi penting dari kad matrik ker? Dah 2 kali awak tak bawak kad matrik tahu. Ingat saya tak ingat?"

Saya : (Memang aku pernah kene marah pun tapi tak silap aku sekali jer. nape dia kata 2 kali? ke dia nampak lagi sorang?) "Tuan, bukan sekali je ke tuan marah saya?"

Pak Guard 1 : "Tu la awak. Sebab tak belajar dari kesilapan la awak jadi camni. Sekarang ni dah tiga kali tau. selalunya kalau dah 3 kali, dah takde maaf dah."

Saya diam. Ape ni? Saya pula dituduh melakukan benda yang sama. padahal baru masuk 2 kali. mana lagi satu kali? Saya hanya mampu senyum masa tu sebab tu sahaja cara untuk saya bertenang dan steady. tapi....

Pak Guard 1 : "Ape senyum2? awak ingat saya boleh lepaskan awak camtu jer?"

Saya masih lagi senyum. tapi dalam hati hanya Allah s.w.t yang tahu betapa lukanya hati pak Guard tu kata camtu.

Pak Guard 1 : " Saya tak boleh buat ape-ape. Summenye terserah pada tuan sebelah saya ni. Kalau dia kata awak boleh lepas, baru saya lepaskan awak."

Pak Guard 2 senyap je. Mata aku mula berair tapi bukan bermaksud nak lembutkan hati mereka tapi memang sedih betul.

Pak Guard 1 : " Awak tahu tak, kami baru je dapat tangkap orang luar yang menceroboh masuk dalam fakulti tau. awak ade kelas ke lab?"

Saya : "Lab."

Pak Guard 1 : "Kali ni saya lepaskan awak. tapi sekali lagi saya dapat tangkap awak, siaplah awak. Awak boleh pergi ke kelas."

Saya terus beredar dari tempat tu sambil menitiskan air mata yang tidak tertahan lagi dan saya menangis tersedu2. Dan itu berlaku hanya kerana kad matrik........

4 comments:

Asyraf Azizan said...

rilek nedy jgn emo2.
pakgad tu buat keje dorg gak.
len kali bwk kat matrik ek

=)

aidadidu said...

ek eleh apehal pak guard kat fac tuh???
bajet bagus lah tu
ade ke nak sama kan nedy ngn org yg ceroboh fac?
tak masuk akal lgsg.
relax k..
:)

aDyLLa said...

sabar..
senyum saje..
=))

nadia-ady said...

eh, guard upm mana tu ea? kalau pakcik misai tu, saya dah bnyk kali kene tahan tapi tak pernah kene saman pun..huhu

p/s: dia ugut je kot..huhu