Wednesday, January 7, 2009

Terima Kasih Sume....

Hari Isnin, 5 Januari 2009

Kelas bermula pada pukul 8am dan berlarutan sehingga pukul 12pm. Aku balik kolej dan membeli nasi berlauk ikan untuk lunch. Kebetulan masa tu, perut aku memang kosong habis sebab semalam (Ahad), aku tak makan nasi langsung. (Selalunya aku makan ikut time. tp hari tu dah la tak ikut time, tak makan nasi pulak tu..)

Jadi, aku pun membantai lunch aku sepuas-puasnye.. tido jap sebab letih, then pergi ke kelas network lak pada pukul 2pm.. Kiranye aku datang awal gak la ke kelas sebab tumpang dengan kak nazi. Jadi, aku pun dok la depan sekali.

Pastu, kelas pun bermula. Aku kepelikan. Nape Pn. Idawaty ajar kat belakang? Nape tak dok depan dan mengajar? Jadi terpaksa la aku memusingkan badan aku ke belakang untuk melihat Pn. Idawaty..

Tapi, lama-lama aku jadi tak tahan dengan posisi tempat duduk aku lalu aku menoleh ke depan semula dan hanya bergantung kepada pendengaran dan mata aku di slide sahaja. Tapi, sekali lagi aku tak selesa dengan posisi aku sebab aku tak biasa dengan lecturer cakap tapi tak melihat lecturer tu.

Jadi, badan aku mula menggeletar sebab otak aku cam tak leh terima keadaan camtu. Kepala memusing-musing seperti di minta berbaring atau keluar dari kelas yang seperti didalam kapal angkasa lepas. Tapi aku tetap bertahan sebab best Pn. Idawaty tu ajar. Tekak mula loya seperti mahu keluarkan sesuatu dari perutku.

Habis je kelas, aku send mesej ke dila sambil menggeletar tangan aku. "Dila, tolong aku..Aku cam nak pitam.." Dila dan Sya terus datang kepada aku dan memapah aku ke toilet. Sampai je di toilet, aku muntah sepuas hati aku. huhu

Pastu, balik kolej. Rehat sekejap. Time petang je, memang kebiasaan aku berjalan sorang2 ke food court untuk beli dinner lak. Memang tak larat waktu tu, tapi apakan daya. huhu

Pastu balik bilik, pergi mandi. Sampai je kat bilik, aku nampak satu bungkusan yang agak pelik. Sebab setahu aku mana ade aku pergi Sogo sejak bukak sem 4 lagi. Lalu aku perhatikan nota yang tertulis di bungkusan itu.

"Happy Belated Birthday.. - Kak Nazi- "

Terbeliak gak la mata aku. huhu. Apepe pun alhamdulillah ade gak rezeki aku walaupun penat yang amat masa tu. Apa isi dalam tu? hehe. Sebuah pendrive yang aku memang perlukan sesangat memandangkan pendrive aku pun dah rosak dek kerana virus yang mengganas. huhu

Apepe pun terima kasih kepada Dila and Sya sebab tolong nedy.. :)
And terima kasih gak kepada Kak Nazi sebab care about me.. :)

4 comments:

Asyraf Azizan said...

kamu gastrik ke ape.

wey aku xsuke ar lect network tu. annoying giler

- A i D a N N a D i A - said...

huhu..
maybe dalam kategori tu kot..
aku suke je lect tu...
huhu..
len irg, len pendapat..
hehe

adyllbbs said...

hehe..
mcm2...
hey, lect tu p.a ku kay..hehe..
rumet mu mmg serog yg caring..
=))

- A i D a N N a D i A - said...

to adylla..
betul3x..