Friday, June 3, 2011

Kritik..

Jika ada orang menkritik diri anda dihadapan orang..
Lebih-lebih lagi mengkritik hasil kerja anda..
"Kau yang buat kerja tak betul!"
Apa anda lakukan??
Marah? Maki? 

Bagi saya, lebih baik mendiamkan diri daripada memarahi orang itu..
Mungkin dia berkata benar..
Mungkin juga dia nak melindungi kesalahan dia..

Sudahlah dia menghebohkan 'kebodohan' kita dihadapan orang..
Tak perlulah kita menunjukkan 'kebodohan' kita pula dengan memarahi dia kembali..

Cukuplah sekadar senyum dan menerimanya dengan hati yang terbuka.. =)
Yang penting, ambil kritikan itu sebagai satu pemangkin untuk menjadi lebih baik.. insyaAllah..

Apa pula kata anda?

Thursday, June 2, 2011

Janji..

Usahlah menanam tebu di pinggir bibirmu..
Kelak aku akan menagih janji manismu...

Biarlah kita bersederhana dalam hubungan sebelum berkahwin..
Kelak kita akan merasa seperti di syurga selepas berkahwin..

Wednesday, June 1, 2011

Mulakan menulis..

Assalamualaikum..

Sungguh lama saya menyepi.. walaupun lama menyepi, itu bukan bermakna hidup saya juga menyepi..

Terlalu banyak berlaku sehingga tidak mampu diungkapkan dengan tulisan.. tambahan pula dengan susunan bahasa saya yang tidak berbunga harum.. saya kena belajar menyusun ayat yang betul!

Semakin hari kita melalui jalan kehidupan ini, semakin matang diri kita untuk menilai dan membuat keputusan asalkan berlandaskan hukum yang Allah berikan kepada kita..

Harap saya mampu untuk meneruskan jalan ini dengan izinNya.. amiin~

Wednesday, March 23, 2011

untung jadi programmer.. :p

assalamualaikum..

malam ni saje nak godek2 website upu.. yo la.. adik aku nak masuk u sempena result spm yang baru keluar hari ni.. jadi adik aku pun nak isi borang upu online fasa kedua.. tapi dia kata dia tak boleh nak masuk website upu dan dia mintak tolong kakak kesayangan dia.. (aku la tu.. :p)

nak dijadikan cerita, aku bukak la website upu tu.. aku tengok interface sistem tu macam sistem yang aku tengah wat sekarang.. tapi under projek lain la.. maka, aku pun menaip la no ic dan semua maklumat yang sistem nak...

dan jeng jeng jeng.. menjelma la kesemua maklumat2 yang adik aku masukkan sebelum ni.. lalu, aku pun tekan la butang "seterusnya" dengan bangganye.. sekali.....

 
ni yang aku dapat.. error!

aku pun pelik bin ajaib.. camne sistem yang dah launch 2009, baru dapat kesan error tahun 2011? ke aku ade salah tekan? maka, aku pun daftar sekali lagi demi adikku tersayang.. tapi masih lagi dapat error yang sama.. (adeh.. kat tempat kerja pun asyik mengadap error ni aje.. takkan la guna sistem lain pun dapat error camni gak??)

lalu, aku mencari no telefon khidmat bantuan dari upu.. or at least email upu tapi hampa..

lalu aku dapat idea.. maka bermula la kerja part time aku dengan mencari punca yang menyebabkan berlaku error tersebut.. dan... ahhaaaa.. dapat pun detech ape pasal ko error wahai sistem!

Data truncation: Data too long for column '****' at row 1 bla bla bla... yeah.. aku dah tau dah.. rupenye ada field (org biasa panggil medan) or data terlalu panjang.. aku pun ubah la sedikit data dekat sistem tu dan berjaya pun!!!

adikku, beruntung tak ko dapat kakak programmer cam aku ni? (riak siot.. astaghfirullah~)

erm.. maybe aku patut bagitau ke tuan programmer sistem ni.. "pakcik programmer.. nasib baik saya pun programmer tau.. sistem pakcik ni ade error.. sila betulkan ape yang patut!" hahaha



Friday, February 25, 2011

bagaikan bulan jatuh ke riba.. alhamdulillah..

Assalamualaikum..

Teringat pulak mesej rubi kat aku semasa aku sedang bekerja..

Rubi : "Nedy, kau tak pergi konsert maher zain ke?"..

Aku pelik.. kenapa la rubi ni tanye aku? dia nak belanja aku pergi konsert maher zain ker?

Rubi : "Bukannye ape.. aku dengar maher zain kat sinarFM.."

Ohoo.. begitu ke cik rubi... aku tak pergi la cik rubi.. sebab takde orang nak belanja aku.. pulak dah.. haha..

Tapi itu dulu.. sebelum boss aku tanya aku soalan pelik.. bukan la pelik sangat.. soalan cepumas, aku rasa..

Boss : "Siapa minat Maher Zain? Haa.. kamu nadia..." sambil menuju ke arah aku..

Aku : "Haa.. saya? saya memang minat dia.. tapi takde la sampai nak ajak kawen.. hehe " (yang ayat last tu abaikan.. aku tambah je tu.. haha)

Boss : "Bagus la minat.. saya nak bagi tiket konsert Maher Zain ni.. saya tak dapat pergi dengan family la.." sambil memegang 5 keping tiket.. 5 keping tau tak.. hahaha

Aku : "Betul ke ni boss? " malu-malu jugak aku nak ambil, tapi tangan dah gatal nak ambil.. haha..

Boss : "Ambil la.. saya belanja.." Boss dah hulur dah..

Aku : "Terima kasih boss.." sambil mengagihkan tiket tu kepada team member lain.. senyum sampai ke telinga~

ini buktinya.. hehe

Jadi, aku nak tukar jawapan aku ye cik rubi.. aku pergi konsert Maher Zain nanti... hehe.. senyum lebar-lebar..

alhamdulillah sebab dapat pergi lagi konsert Maher Zain.. =)


 Maher Zain dari jauh~ (semasa konsert pertama..)

poster konsert pertama Maher Zain..

Monday, February 21, 2011

anda telah sedia untuk bercouple jika...

Assalamualaikum...

wah2.. melihat tajuk di atas, mesti teruja nak tahu kan? tak kire la orang dah couple ke, belum couple ke (macam cik nadia ni.. =P), yang nak ke arah tu ke, mesti akan rasa excited.. hehe

Bagi aku, nasihat yang aku bagi sebentar lagi ni, lebih kepada pihak lelaki.. so, para lelaki yang ingin bercinta, sila highlight nasihat ni ye.. haha.. bagi perempuan pulak, boleh je nak guna nasihat ni untuk menjadi wanita yang lebih baik daripada sebelum ni.. ataupun boleh digunakan untuk mencari lelaki yang boleh dibuat suami.. hehe..

Anda telah sedia untuk bercouple jika...
Niat anda memang untuk berkahwin dengan sidia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara..
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika..
Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani nafsu dan perasaan semata-mata..

Anda telah sedia untuk bercouple jika...
Sudah 'lepas' ilmu fardhu ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap..
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika..
Masih terkandas ilmu fardhu ain. Mengaji Quran pun lintang pukang dan mempunyai masalah besar dalam pelajaran. Atau anda adalah seorang penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..

Anda telah sedia untuk bercouple jika...
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada 'muqaddimah' zina..
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika..
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak mempunyai keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan negatif seperti contoh tadi..
 
Anda telah sedia untuk bercouple jika...
Sudah istiqamah menjaga solat 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam ertikata yang sebenar..
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika..
Mengucap dua kalimah syahadah pun masih belum fasih, solat pun jarang-jarang buat, puasa pun sama.. adeh..


(Petikan dari buku Tentang Cinta -Pahrol Mohd Juoi)

adakah korang mengikuti nasihat2 yang tersenarai di atas? ya? tahniah.. aku harap jodoh ko dengan sidia berpanjangan.. amiin~ eh, belum ada pasangan lagi? jangan risau.. Allah kan mencipta manusia berpasangan.. so dun worry ok? hehe.. kepada sesiapa yang tak ada lagi or sebahagian sahaja ciri2 seperti yang dinyatakan, perbaikilah diri dulu.. nak bercinta pun kena berlandaskan islam jugak.. bak kata omputeh,  'islam is the way of life..' =) jika ikut cara ni, insyaAllah jodoh ko dengan sidia pun berkekalan insyaAllah (nasihat untuk diri ku jugak..)

thank kepada nad yang bagi buku ini.. banyak benda yang aku belajar dari buku ni.. so kawan2 yang nak bercinta or sedang di lamun cinta, bacalah buku ni sebagai panduan.. saje2 nak promote benda baik.. =)

Assalamualaikum dan selamat bercinta~

Sunday, February 20, 2011

coretan pagi~

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. selalunya lepas subuh ni, kalau tak ada kerja, aku akan pergi jogging.. pergh.. rajinnye aku.. tapi aku jogging atas tilam je pun..(sambung tidur la.. hehe) best ape.. tapi sebenarnya tak elok untuk badan.. badan akan menjadi lemah sebab banyak tidur.. lagi pun rezeki lambat datang nanti.. hehe..

Erm.. sambung citer pasal post lepas.. kan aku ada cerita pasal nak balik terengganu kan? hehe.. kami bertolak malam dalam selepas maghrib gitu.. tapi perjalanan nak ke rumah kawan aku tu memang lama.. sampai rumah dalam pukul 3.30am.. dalam 7 jam.. itu pun kawan aku cakap, ni kire cepat jugak sampai sebab tak ada traffic jam masa nak masuk karak.. pergh~

Alhamdulillah.. family kawan aku ramah orangnya.. so tak ada la segan sangat.. cuma aku tak reti nak cakap guna loghat diorang.. kadang2 sampai diorang uji aku.. "nadia faham tak ape yang kami cakap? cuba translate balik.." salah seorang adik kawan aku tanya aku.. aku pun terkebil-kebil nak translate balik.. nasib baik mak dia tolong translatekan untuk aku.. huhu.. kadang2 aku tanya kawan aku kalau aku tak faham sesetengah perkataan yang aku jarang dengar.. wah.. bertambah la vocab aku ye.. hehe

Paling excited sekali, kawan aku bawak aku pergi pantai.. memang teruja sebab dah lama tak tengok pantai.. last sekali, masa pergi rumah dila O.. memang rumah dia dekat dengan pantai.. dia ada resort sekali.. siapa nak bercuti di rumah dia, contact2 la dia ye..(promote pulak~ hehe) ok, sambung cerita.. bila sampai ke pantai je, aku terus jadi seorang yang ala-ala jiwang gitu.. haha.. gilo ape budak ni.. bukan la.. terasa tenang je bila melihat pukulan ombak.. dengan tiupan angin Laut China Selatan.. bukan senang nak dapat kat KL tu.. hehehehe

tanda kenangan aku dan kawan aku di pantai~~


Sebelum nak ke pantai tu, kami singgah dulu kedai makan.. dan kami order sotong celup tepung.. banyak kedai yang jual sotong goreng ni.. tapi pandai pilih la yang mana paling lawa tepungnya (rasa sotong sama je.. =P )..

nyum nyum sotong goreng~~


ni pulak ikan goreng~

Overall, kalau korang suruh aku bagi bintang, aku bagi 4 daripada 5 bintang.. sebab bagi aku best dan banyak dapat pengalaman yang menarik.. masa salam2 nak balik ke KL, mak kawan aku siap suruh aku datang lagi ke rumah dia.. adik beradik dia pulak nak bawak aku pergi air terjun pulak.. wah2.. memang syiok la~ haha

Masa nak balik kl tu, memang la 'best' sangat.. sebab traffic jam yang menggila dan mengganas~ sampai aku tengok level minyak kereta kawan aku tu dah sampai tahap warning dan pada masa yang sama, kami tersekat di celahan ribuan kereta.. wargh.. takut jugak.. takut sebab kalau minyak betul2 habis, memang lagi parah la jawabnye.. tapi bila dah lepas genting sempah, apa lagi.. memecut la drebar kereta kawan aku tu sebab nak cari stesen minyak.. hoho.. gile seram dia bawak~

Erm.. tapi nadia, mana hilangnya 1 bintang? hehe.. sebab dalam percutian tu, aku rindu sangat kat mak aku.. sebelum ni memang selalu call, tapi masa time cuti tu, memang kerap sangat call.. memang sangat nampak yang aku rindu kat mak aku.. huhu..

Alhamdulillah.. actually aku akan pergi ke pangkor semasa cuti maulidur rasul sempena tamatnya projek yang aku pernah join dulu (ilms team kat putrajaya..).. kan lepas raya cina, ada cuti maulidur rasul kan? tu la.. bermulanya kisah.. project manager (PM) bagi cuti hari jumaat dan isnin kepada team developers dengan alasan tiada cuti diberi dalam bulan 3 dan 4.. hoho.. bila dikira-kira, aku ada 5 hari cuti bermula hari jumaat sampai hari selasa!

So, aku pun berfikir masak-masak, samada nak pergi pangkor atau menatap wajah ibu ku yang sekian lama tak jumpa.. finally, aku terus bagitahu team member projek ilms yang aku tak jadi pergi dan terus beli tiket bas ke Penang... haha.. drastik giler buat keputusan.. sebab aku fikir, daripada aku pergi Pangkor tapi dalam fikiran aku asyik terbayangkan wajah mak aku, baik aku gunakan cuti yang ada untuk balik kampung.. hoho

Maka riang sekali di hati ku kerana menatap wajah ibuku.. dan kawan aku cakap, aku sungguh beruntung bulan ini sebab dapat dua benda yang aku suka.. pergi ke Terengganu dan jumpa mak ayah.. Pangkor pun best jugak.. tapi sebab aku dah pergi dah.. lagipun sedara aku ada kat lumut.. bila-bila je aku leh ajak sedara aku.. hehe..

Ok.. itu sahaja coretan aku pada pagi ini.. aku doakan korang pun happy macam aku jugak.. =)

Assalamualaikum..

Wednesday, February 2, 2011

takde mood la..

Assalamualaikum...

wargh.. seperti tidak bersemangat nak bekerja ni.. mana semangat aku pergi ni? oit.. semangat, meh sini datang kat aku!.. ngahaha.. cam menyeru la.. hoho.. aku memang tengah boring sekarang ni.. maka, awas!! post ini jugak akan menjadi boring sebab terkena aura orang yang menaip post ini.. ngahaha..

kat office aku ni, hanya team project aku je yang semangat datang office.. team projek yang lain dah 'selamat bercuti' dah.. cuti raya cina.. biasa la.. kata 1 malaysia.. org cina raya, org melayu dan org india pun nak cuti jugak kan? (sila angguk sekarang!!)

nasib baik team member aku ajak aku pergi makan cendol kat uniten.. ade gak aktiviti hari ini..

cendol mari...


cendol ni memang sedap la.. dulu ses pernah belanja aku makan cendol ni.. dia bungkus bawak balik and bagi kat aku.. lupe pulak sebab ape dia belanja aku, tapi masa tu dia cakap cendol kat uniten ni sedap.. and bila aku makan hari ni, aku rasa ni kot cendol yang ses bagi kat aku.. hehe..

malam ni tak sabarnye la.. huhu.. tak sabar ape ni nadia oii??.. haha.. tak sabar nak ikut kawan balik terengganu.. weeee~ area rumah kawan aku ni kat Setiu.. so sape2 yang duduk area Setiu tu, jemput la aku kat sana.. hehe..

eh? kau tak balik Penang ker? hoho.. jangan la tanye soalan yang sedih lagi tragis.. ini semua salah aku, sebab lambat beli tiket balik ke Penang.. akibatnye, aku tersadai di tengah2 KL.. huhu.. nasib baik kawan aku ni pelawa (ye ke? ke ko yang sebok nak ikut?? :p) aku balik rumah dia.. huhu lega sikit la hati aku.. kalau tak, mesti aku nyanyi lagu 'Ku pohon restu ayah bonda'-mamat.. oit.. tu lagu raya puasa la.. bukan raya cina.. haha

walaubagaimanapun, mak aku sentiasa berada dihati walaupun xdapat balik.. huhu.. T-T

moral of the story : jangan lambat2 beli tiket ye.. sekian~

*******************************

dikala kita boleh balik kampung, marilah kita sama2 bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk melihat wajah ibubapa kita.. dan marilah kita sama2 berdoa agar rakyat malaysia di mesir selamat sampai di Malaysia.. aku baca blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita, aku rasa sedih dan berharap mereka dapat pulang ke Malaysia dengan selamat.. sama2 la kita berdoa ye..

bagi aku, pergolakan di Mesir tu cam menjadi titik permulaan kepada kebangkitan umat Islam di sana.. kita sama2 berdoa supaya umat Islam di sana selamat.. amiin~

Tuesday, February 1, 2011

bukan gaji kau yang buat kau kaya..

Assalamualaikum..

Hari ini adalah Hari Wilayah bagi kawasan KL, Labuan dan Putrajaya.. so, hari ni aku cuti la.. hehe.. sempena awal bulan ni, duit gaji pun tengah banyak ni, aku nak bagi korang 1 kata-kata hikmah.. tak banyak pun.. untuk diri aku gak.. huhu..

It's not your salary that makes you rich, it's your spending habits.
(Charles A. Jaffe)




Faham tak? huhu.. maksudnye, bukannya gaji korang yang buat korang jadi kaya, tapi cara korang berbelanja.. maka, bersyukur la dengan gaji korang tu.. dah dapat gaji tu, jangan la berbelanja sakan sangat..hoho.. pesanan ini khas ditujukan kepada diriku.. aku pun kene diingatkan jugak.. T-T

Thursday, January 27, 2011

bersabarlah...

wahai hati...
bersabarlah ye..
suatu hari nanti..
kau akan jumpa seseorang..
yang layak memegang kau nanti..


Monday, January 24, 2011

sedarkan aku..

"Yo nadia, whassup girl.. kau ape khabar sekarang? camne ko sekarang?"

"Yo.. erm.. ntah la.. aku nak share something dengan kau.. boleh tak?"

"Sure.. ape masalah kau, my dear?"

"Erm.. aku rasa menyesal sebab aku membenarkan dia mulakan dulu.. kalau aku tak mesej2 dia, maybe aku tak jadi camni.. mengharap pada benda yang tak pasti..
kau tau, perasaan ni macam kau hisap dadah.. kau tahu dadah ni boleh bahayakan kau, sampai boleh bawa maut.. tapi kau nak hisap jugak sebab cam best je kan.. susah kau nak lepaskan bila sekali kau dah rasa..
kau pun tau apakah perasaan itu??"

**************************************************

Hujan renyai2 di luar.. aku menunggu kawan aku masa tu.. setiap hari selasa, aku akan tumpang kawan aku balik rumah kawan aku lagi satu di suatu kawasan di KL.. tiba2..

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.."

Aku terpinga sebentar.. sepanjang aku bekerja di sini, takde pun mamat nak tegur dan memberi salam.. apetah lagi nak senyum.. maybe sebab dia ni budak praktikal, so dia kena la ramah dengan semua orang.. lalu kami bersembang sementara menunggu hujan berhenti..

"Erm.. kalau saya nak no tepon awak, awak tak kisah kan?"

"Sure.. lagi pun awak kan dah jadi staff walaupun awak budak praktikal kan.."

***********************************************************

"Saya nak cakap sesuatu kat awak boleh?"

"Cakap la ape dia.."

"Saya suka kat awak sebenarnye.."

Serius.. aku terpaku.. lama jugak untuk aku membalas jawapan dia..

"So??"

"Kita couple, boleh?"

Erk?? couple?? no no no...

"Saya minta maaf.. couple bukanlah prinsip saya.. kalau awak betul2 sukakan saya, pergi Penang, jumpa mak ayah saya.. itu baru cara yang betul.. saya mintak maaf.."

"Habis tu, awak nak kita kawen ker??"

**********************************************************

"Aku rasa tak setuju dengan hubungan kau dengan dia.."

Kawan aku meluahkan rasa tidak puas hati.. bukan sebab jealous, tapi risau dengan aku yang masih confius..

"Kenapa? dia tu banyak kena dengan taste aku.. seolah2 dia datang tepat pada waktunya.."

"Ye.. aku tahu.. tapi kau kena nampak realitinya jugak.. dia masih belajar.. dan lambat lagi nak habis.. kau sanggup ke nak tunggu? aku tak nak kawan yang aku sayang ni kecewa kerana menunggu dia.."

Serius, aku terdiam sekali lagi.. pointless..

"My dear, please listen to me.. aku tau kau suka kat dia.. dan aku suka tindakan kau yang menolak dia supaya tidak bercouple.. tapi aku tak setuju kalau kau tunggu dia.. kau dah lama di alam dewasa.. tapi dia baru merangkak2 masuk ke alam dewasa.. dia perlu banyak belajar tentang hidup lagi.. and dia tu ada banyak pilihan, boleh cari yang muda2 lagi.."


"Aku tau.. aku dah fikir semua tu.."

"Aku harap kau dapat buat pilihan terbaik.."

*********************************************************

"Mak tak kisah siapa pilihan akak.. tapi mak nak akak sampaikan soalan ini kepada budak tu.."

"Mak nak tanya ape kat dia?"

"Tanya dia, kalau awak betul2 nak kat anak saya, berape lama harus anak saya tunggu awak? saya taknak anak saya tunggu awak lama2.. kalau boleh lepas awak habis belajar tahun depan, terus nikah dengan anak saya ni.."

"Erm.. ok.."

"Akak, mak bagi soalan tu supaya korang berdua fikir terutamanya akak.. sanggupkah akak menunggu dia sedangkan akak dengan dia takde ikatan sah lagi.. mak risau kalau akak kecundang di tengah jalan lagi.."

"InsyaAllah.. terima kasih mak.."

************************************************

"Erm.. saya rasa saya tak mampu tunaikan permintaan mak awak.."

Kenapa?

Sebab saya takde duit nak masuk minang awak.. lagi satu, mak saya mesti tak bagi saya kawen awal.. tak boleh ke awak tunggu? saya tak kisah pun pasal umur awak..

nope.. i'm sorry.. saya kena pentingkan diri saya dulu..
saya tak rasa yang saya dan awak boleh pergi jauh..
awak kena jaga hati mak awak.. tunaikan harapan mak awak dulu.. belajar sungguh2..
paling penting sekali belajar mengenai hidup ini.. saya lebih makan garam dari awak..
mungkin sekarang ni awak tak faham, tapi suatu hari nanti awak akan faham..

tapi saya tetap doakan supaya saya dapat memiliki awak..

"it's up to you.. saya takleh paksa awak.. lagipun doa juga salah satu usaha.. =) tapi bila saya dah jumpa jodoh saya, saya nak awak doakan kebahagiaan saya dan pasangan saya.. boleh?"

InsyaAllah.. (dengan nada sedih..)

"mulai hari ni, hubungan saya dan awak hanyalah sebagai kawan.. jadi saya harap kita dapat kurangkan berhubung sesama kita.. ini untuk kebaikan kita bersama.. sekali lagi, saya minta maaf.."

****************************************************
"Hakikatnya, aku susah nak lupakan dia, beb.."

"Aku faham.. dia ade taste yang kau suke.. but sometimes kau kena ingat.. tak semestinya benda yang kita suka, baik untuk kita..
lagi satu, janji2 yang dilafazkan tak menjamin apa2 pun sebenarnya..
dan doa banyak2.. sebab Allah ada cakap 'uduni istajib lakum : berdoalah.. nescaya Aku akan perkenankan doamu..'
berdoa mintak ko jumpa seorang lelaki yang boleh bimbing kau, yang boleh protect kau dan menghormati kau.."

*********************************************************

Yakinkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku...

Sadarkan aku Tuhan
Dia bukan milikku
Biarkan waktu waktu
Hapus aku...

Sunday, January 16, 2011

nasihat part 1

Assalamualaikum...

Selamat pagi.. hehe.. sape yang dah solat subuh tu, alhamdulillah.. bagus2.. yang baru bangun sambil gosok2 mata tu, cepat2 la solat ek.. hehe..

Erm, hari ni aku tak mahu la beremosi sangat seperti post2 aku sebelum ni.. cuma hari terasa nak sharing pengalaman aku dalam melayari hati dan perasaan seorang insan bernama lelaki..

Eh? demam ape pulak ni nadia oii.. tak perlu la nak ingatkan kisah lama.. haha.. yup betul.. tapi ini hanya sekadar untuk peringatan buat aku yang kadang-kadang lupa.. dan juga peringatan kepada sesiapa aje la yang nak baca nasihat dari aku ni.. haha

So, aku just ambil petikan dari nasihat2 daripada kawan aku sendiri dan kadang2 ambil petikan dari artikel yang aku baca..

1. Communication is very important to maintain a relationship.
- ini memang basic bukan? komunikasi antara anak dan ibubapa, antara kawan-kawan.. selagi ada manusia, mesti akan ade komunikasi.. tapi camne lak komunikasi antara pasangan? adakah kita cakap kat dia 'i love u' dah kira komunikasi?

ada seorang makcik bercerita dengan aku tentang kisah sebuah rumahtangga dimana si suami meminta izin untuk berkahwin lagi satu.. apa lagi, naik marah la si isteri dan mengadu ke kaunseling.. and makcik ini adalah kaunselor pasangan ini.. dan makcik tu bertanya tentang komunikasi antara mereka.. dan si isteri menjawab "suami saya seorang pensyarah dan selalu balik lewat malam tapi saya tak pernah merungut pun kalau dia balik malam.. tapi saya tak sangka dia menduakan saya.."

setelah mengkaji punca2nya, makcik mendapati pasangan ini mempunyai komunikasi yang teruk jugak la.. bukan teruk tu maknanye asyik dok ngutuk pasangan.. maksudnye pasangan ni tak bercakap dari hati ke hati.. camne nak bercakap dari hati ke hati? pakai aura ke? haaa.. yang tu aku tak tau.. sebab aku belom kawen lagi.. huhu.. mungkin kena buat sesi luahan hati or perasaan.. luahkan ape yang terpendam.. perkara2 camni kena belajar walaupun benda ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak.. nanti aku tanye makcik tu balik.. hehe

kalau ikut pengalaman aku, memang komunikasi antara hati ke hati ni sangat penting la.. tapi sebaik-baiknya biarlah selepas kawen ye.. agar komunikasi tu jadi lebih berkat dan suci.. =)

2. pertunangan mengikut islam.
- aku perasan la ramai lagi confius pasal pertunangan ni.. masyarakat fikir, kalau ade buat kenduri skit, lepas tu ada hantaran, bakal mertua sarung cincin, itu dah kira bertunang.. cik kak, itu semuanya adat je.. dalam islam tak de pun suruh buat hantaran sume bagai..

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.
[iluvislam.com]

bagi sesiapa nak kan kepastian, boleh la klik kat link yang aku selitkan ni.. lagi baik kalau korang tanye ustaz2 yang ade ilmu agama ni.. tapi bagi sesiapa yang tak leh terima hakikat tu, 1 je nasihat aku.. ini hukum syariah, tak kan la kita sanggup nak melawan semata2 nak mempertahankan adat.. kalau aku ade kelemahan tentang bab2 camni, tegur2lah aku ye..

so kawan2, cek balik ape janji manis mu dengan couple korang.. ade ke korang janji2 nak kawen? kalau ade, cepat2 la menikah.. at least biarlah mak ayah korang tau yang korang tu memang nak kawen.. kan berkat tu daripada main sorok2.. hehe

3. sebelum mencintai dia, cintailah Pemilik dia..
- apa maksud ayat ni? erm.. nak menyintai pemilik dia dulu tu, maknanya kena kenal mak ayah dia dulu ke? erm.. boleh jadi jugak.. ye la.. nak memiliki dia pun kena jugak dapat restu dari mak ayah kan? pergi ke rumah si gadis dengan membawa kain ela dari jalan TAR dan kain pelikat dari mydin untuk diberikan kepada mak ayah si gadis.. ohoo.. bestnye dapat menantu camni..

namun begitu, pemilik di sini bukanlah mak ayah pasangan kita, tapi Allah la pemilik dia.. ye la.. Dialah yang bagi perasaan cinta kat pasangan korang supaya mencintai korang.. Dia jugaklah yang menemukan korang berdua.. pasangan korang ni dikira hadiah dari Allah tau.. alhamdulillah.. bersyukur sangat2 sebab ketemukan korang berdua..

tapi ingat, jangan sampai korang kotorkan hadiah yang Allah berikan tu.. kotor mende pulak ni nadia? dah nama pun hadiah, takkan la nak pijak2 dan baling2 camtu.. bukan camtu.. bukan kotoran disebabkan begitu, tapi kotoran disebabkan maksiat2 yang korang buat.. camne? contoh la, korang berdating.. tak salah korang berdating, tapi biarlah ada orang teman.. at least tak de la korang buat benda yang bukan2..

aish nadia ni.. tak baik buruk sangka tau.. adeh.. bukan camtu.. korang pun tau kan, kalau korang berdating, akan ade makhluk bertanduk yang akan menemani korang.. bukan setakat teman, malah menghasut korang buat benda yang bukan2.. tak nak la bagitau benda ape yang korang akan buat.. korang sendiri faham kan?

orang cakap cinta itu buta.. tapi bagi aku, cinta itulah yang membutakan manusia.. kalau tak dikawal dengan akal, mula la nak try macam2.. tapi kalau dah terlanjur tu, korang fikirlah sendiri ek.."eh.. kitorang dating gak, tapi takde la sampai pegang2 tangan.." takpe la..bagus la kalau dapat kawal.. cuma lagi baik kalau ada teman.. =)

"cintailah Allah kerana ianya adalah sebaik-baik cinta, kemudian cintailah diri sendiri.. kemudian cintailah aku.." - novel bagaikan puteri

nanti aku sambung lagi citer aku.. aku nak minta maaf kalau korang baca ni, korang rasa panas je dengan aku.. chill beb.. aku sekadar menasihati aje.. aku pun pernah buat salah gak.. dan bagi aku, tanggungjawab aku untuk tegur dan bagi ilmu yang tak seberapa kepada kawan2 aku yang aku sayang.. kita sama2 nak jadi baik kan?

ok.. adios...

Monday, January 3, 2011

Rombongan ke KL??

Assalamualaikum..

Tengok tajuk ni mesti korang fikir macam-macam kan.. ape?? ade rombongan ke kl untuk meminang cik nadia ker?? oh tidak.. biar aku cerita dulu..

Kisahnya begini....

Aku duduk di atas kerusi di Penang Sentral.. aku tengok jam.. 9.20am.. insyaAllah pukul 9.30am sampai la bus tu.. teringat lak kata-kata ayah aku semalam..

"Ini je tiket yang ayah dapat cari.. itu pun akak akan naik bas tambahan.."

Bas tambahan?? macam mana la rupa bas tambahan tu ek.. macam bas sekolah ke? selesa tak? ade air-con ke? takut la pulak sebab aku ni ade potensi mengalami mabuk bas yang maha dasyat..

Sambil menunggu tu, sembang-sembang la dengan mamat India (tak silap aku la sebab telinga dia bertindik..) dengan makcik.. dah leka-leka sembang, tengok jam dah pukul 9.50am.. adeh.. mamat India tu dah mula risau dah.. makcik sebelah aku pun cam tak senang duduk..

Lepas tu, dengar la sorang pakcik ni bersahut.. "Bas Butterworth - KL.. 2966.. ikut saya" orang tu dok ulang banyak kali.. erm 2966 tu no plate bas yang aku naik ler..hehe.. jadi kami pun ikut la pakcik tu.. alhamdulillah.. dapat gak naik bus walaupun lewat.. aku duduk di barisan kedua.. bas bertolak pukul 10am.. ok la.. daripada tak dapat naik langsung..huhu

Sampai kat tol juru, aku nampak banyak bas berhenti di sebelah kiri.. (jeng..jeng..jeng..) rupenya pegawai JPJ nak tengok-tengok bas yang kitorang naik.. drebar bus pun berhenti.. dia ambil dokumen penting dan bagitahu kat kami (macam announcement la..)

"Nanti kalau JPJ tanye nak pergi mana, jawab 'Bas ni bawak rombongan ke KL' tau "
(sila baca dengan loghat penang sekali.. hehe)

Aku pelik.. kenapa perlu tipu pegawai JPJ? kalau dia dapat tau, kang tak pasal-pasal kami semua kena bawak pergi balai polis, lagi la tak dapat balik KL..huhu

Lalu, drebar bas pun turun dan pegawai JPJ pun naik..

"Bas ni nak pergi mana??" (JPJ)

"Bas ni bawak rombongan ke KL.." (ade sorang kakak jawab)

"Ooo.. under persatuan ape??" (JPJ)

"argh.. sudah.. nak goreng ape pulak ni??" (getus aku dalam hati.. hehe.. masa ni memang muka aku sungguh innocent..hoho)

"Sebenarnye ini bas tambahan nak pergi ke KL.." (kakak tu)

"Ooo.. yeke?" (JPJ)

Ha.. kan senang jujur.. tak payah cari-cari idea nak menggoreng.. kalau menggoreng pun, aku rasa pegawai JPJ pun dapat tau la.. diorang bukannya budak-budak.. hoho

Dan kami pun terselamat.. lalu kami pun bertolak dengan aman...

Eh, tu je ke ko nak citer.. adeh.. aku tak kata pun citer dah habis.. sabar sabar.. hehe..

Bas kami pun bergerak sampai ke KL dengan selamat tanpa sekatan kali kedua.. fuh.. selamat.. lalu bas kami pun hampir sampai di stadium bukit jalil (SBJ).. tapi kena pusing dulu, tak boleh masuk terus.. untuk pengetahuan la, kita kena menghala ke highway KESAS dulu.. sebelum sampai ke tol KESAS, kita akan nampak 2 simpang, 1 simpang nak masuk ke SBJ dan lagi 1 simpang nak masuk highway max untuk pergi ke Putrajaya/KLIA..(kalau salah, betulkan ek..)

Sepatutnye, drebar bus ni perlu ambil simpang ke SBJ untuk turunkan kami di situ.. tapi malang tidak berbau, akibat careless or daydreaming (memandai je aku tambah..) drebar bas ni termasuk simpang nak menuju ke Putrajaya/KLIA dan hoorayy... dah salah jalan... hahaha

Drebar bas baru perasan.. "kenapa lain macam je jalan ni??" adeh pakcik, kita nak pergi Putrajaya ke?? hoho

"La.. silap la.. adeh.. nak buat macam mana.. tak nampak jalan.." drebar bus dok ulang ayat ni je sepanjang perjalanan sesat kami.. kesian pun ade.. huhu

At last drebar bas berkata..

"Erm.. dok kata kat pegawai JPJ bawak rombongan, last2 memang betul-betul macam bawak rombongan.. hehe"

Dan aku pun terasa nak jawab..

"Ye la pakcik.. alang-alang kita nak menuju ke Putrajaya ni, ape salahnye pakcik bawa kami pergi Masjid Putrajaya ke, Alamanda ke, Taman Botani ke.. baru la dinamakan rombongan.."

Ha.. lepas tu tak pasal-pasal aku kene campak keluar dari bas.. haha.. dan kami pun hampir sesat di Putrajaya.. seb baik ade orang nak jadi volunteer penunjuk arah.. kalau tak, maunye tak sampai SBJ, kene bermalam dalam bas lagi..(oit.. itu melampau.. haha)

Walapun sampai agak lambat (1 jam lambat tau tak!!), tapi bukan selalu dapat pengalaman camni.. hehe

p/s : tak baik tipu-tipu ni.. nanti terkena diri sendiri balik.. hehe
: jangan beli tiket lambat sangat.. =P
: a title can give a thousand of meaning.. betul ke? =P

Saturday, January 1, 2011

Permata bernama wanita..

Assalamualaikum..

Aku ambil artikel ni dari MusLimDairYZ.Com.. nak buat artikel sendiri, tak reti.. so just bagi link je la kat korang.. hehe..

Antara ayat-ayat yang aku suka dalam artikel ni :

Tidakkah seorang wanita sedar bahwa mereka adalah hadiah ,anugerah,nikmat daripada Allah yang sangat besar dan tinggi nilainya di sisi Allah Yang Maha Kuasa. Mereka tidak dicipta untuk memimpin tetapi dipimpin,dijaga,dilindungi dan dipelihara.
(MusLimDairYZ.Com)


Tapi ayat ni yang paling aku suka..

Allah telah menetapkan jika jodoh telah ditetapkan pasti akan dicampakkan rasa tenteram ,tenang,yakin,percaya bahwa mereka adalah jodoh yang ditetapkan Allah. Allah telah memberi jaminan bahwa Dia akan mencampakan rasa tenang terhadap setiap pasangan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
(MusLimDairYZ.Com)


Nak baca keseluruhan, klik sini..