masa tu aku rileks jer..ye la..sape la aku ni kan..huhu..pastu aku dapat mesej dari tobeng (presiden MTP).."Nedy,bz x? nak jumpa jap la..ade hal.."aku cam berat ati nak jumpa..tapi pergi jumpa jugak la..
"Yes boss! nak ape boss?"..aku sapa dia bila kami bertemu di tepi dewan..
"Yes boss! nak ape boss?"..aku sapa dia bila kami bertemu di tepi dewan..
"saya nak mintak tolong awak la.."
"Ape dia boss? cam berat je..."
"saya nak kamu jadi timbalan pengerusi sekretariat it, perhubungan dan penerbitan.."
"Haaaa.."
terpinga jap..biar betul..
"klu saya pikirkan dlu boleh tak?"
"emm..bknnye ape..saya terpaksa isi jawatan tu secepat mungkin..lye soon dah tarik diri..nuri jadi pengerusi..kamu jadi timbalan.."
lye soon..orang yang banyak berjasa dalam sekretariat it..menjadi mtm 07/08..mungkin dia dah tak larat dah..
"ok..kalau camtu keadaannye, saya terima.."
----------------------------------------------------------------------------------
Watikah perlantikan hari rabu..dah la esok tu exam hubungan etnik..tapi, tabahkan je la hati ni..huhu..untuk elakkan boring bile dengar ucapan, bawak nota hubungan etnik..huhu..
sambil baca nota etnik masa En. Zainal (pengurus kolej) tengah berucap,terdengar sebaris ayat yang agak menusuk jiwa ini..fuh..ayatnye berbunyi begini..
"Dont say, i HAVE to.. But say, i WANT to.."
Emm..beza tu tu antara 'have' dengan 'want'..Aku berpikir sejenak..masa aku terima jawatan ni, ade unsur paksaan tak?emm...cam ade...sebab aku dah pikir dah..masuk sem 3 ni, aku dah tak mau aktif dah..cukup la..dah tak larat..
Tapi teringat kata nad (dia ni kawan matrik aku)..Dia kata tak salah kalau aktif, tapi kena tahu jugak sejauh mana kemampuan kita untuk memikul tanggungjawab kita..lagipun untuk kebaikan jugak masa nak kerja nanti..
Emm..selepas mendengar kata dari pengurusan tu, terus aku mengubah perspektif aku yang selama ni agak negative..lagipun teringat ceramah Dr. Fadzilah Kamsah yang menyatakan bahawa "Kalau kita yak nak tension, kita kena ubah pemikiran dahulu..Kalau kita setkan pemikiran kita yang kita buat secara terpaksa, hasilnya kita buat pun tak bersungguh2..Kalau kita setkan pemikiran kita yang kita buat secara sukerela, InsyaAllah hasilnya kita buat pun bersungguh2"..lebih kurang camtu la beliau cakap..
Jadi, aku terima jawatan ni dengan penuh bertanggungjawab dan InsyaAllah, aku akan cuba lakukan yang terbaik..bukan sahaja tanggungjawab terhadap kolej tapi tanggungjawab aku sebagai seorang student, seorang anak solehah dan seorang hamba Allah..InsyaAllah..
Ok nedy..Selamat datang ke dunia yang penuh dengan dugaan yang lebih mencabar dari sebelum ini..chaiyok2!!