Sunday, October 25, 2009

10 Nasihat Untuk Orang Yang Bercinta

Artikel ni di ambil dari iluvislam.com.. saja amik artikel ni untuk ingatkan saya dan kawan2 saya lain yang sedang bercinta supaya menjaga cinta tu dengan betul... bukan diselitkan dengan nafsu... insyaAllah...

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

p/s :

1. rasa cam tak layak nak mencintai dia sebab cinta kepada Allah pun tak sampai lagi... Ya Allah, berikanlah aku petunjuk Mu....

2. All the best kepada kawan2 saya yang bakal menduduki peperiksaan esok... belajar rajin2 ye... =)

2 comments:

Hana Syafiqa said...

Cinta tu ade 3 :
Pertama :cinta daripada syaitan
Kedua :cinta daripada jin
Ketiga :cinta daripada Allah...


p/s:dari mata terus masuk ke hati..=)

- A i D a N N a D i A - said...

nak yang cinta ke tiga... =)