Sunday, August 10, 2008

~ Hari Semalam ~

Tak tahu la kenape sejak akhir2 ni aku mudah mengalirkan air mata. Mudah terasa dengan. Semalam, aku baru lepas habis jawab paper EDu3616. Aku rasa pelik dengan diri aku. Aku asyik nak ketawa, asyik buat lawak, kadang2 tu rasa macam bukan diri aku. Aku cuba nak control tapi tak boleh. Aku pikir, kalau aku terlampau happy sangat, mesti aku akan menangis..

Aku cek balik diri aku. Memang aku tertekan masa tu. Jadi aku memilih untuk gelak dan main2. Sampaikan masa meeting pun aku tak concentrate dan main2 dalam meeting. Pastu, ade hamba Allah marah aku sebab main2 dalam meeting. Aku diam. Memang terasa sebab dia tak pernah marah aku.

Aku diam dan memendam. Terus memendam. Akhirnya aku terpaksa keluar dari meeting sebab air mata dah tak tertahan. Akhirnya aku menangis.. Menangis semahu-mahunya.. Memang aku tertekan.. Tertekan dengan kerja aku.. Dengan study aku.. Aku tak banyak study calculus.. Aku betul2 risau masa tu.. Bila aku tengok kawan2 aku study, aku sedih sebab masa tu aku tengah meeting.. Kepala semakin berat.. Fokus mula hilang..

Aku menangis... dan terus menangis sampai pedih mata aku..

Aku balik bilik.. Selepas solat, aku tenang sikit. Lepas tu aku tidur sekejap sebab nak hilangkan beban kat kepala aku. Aku bangun balik dan terus study. Tapi memang Allah nak uji aku. Aku terlampau mengantuk sampai tersengguk bila buat latihan. Tapi salah aku jugak sebab tak basuh muka. huhu. takpe2. Lain kali cuci muka dulu ye nedy.

Pukul 8.20 aku keluar melangkah untuk pergi ke DK 5. Tapi.. Bus takde. Aku takde pilihan lain. Aku dan Sya (sama group) terpaksa jalan kaki dari K5 ke DK 5. memang kitorang 'berjogging' pagi tu. Sampai kat Fakulti Ekologi, bus sampai.. kitorang pun naik walaupun kene jalan kaki lagi untuk sampai ke DK 5..huhu

Alhamdulillah aku dapat jawab paper Calculus dengan baik. Takde la sampai blank. Kalau blank, memang aku 'meleleh' lagi la. Aku tak mengharap sangat dapat full marks dalam test Calculus ni. Asalkan dapat yang terbaik pun dah terlampau cukup bagi aku. Memandangkan aku memang takde masa study.

Moral :
1) Patutnya aku kene citer masalah aku kat orang. Kalau tak, takde la aku menangis teruk semalam.
2) Jangan study last minute. Kena slalu stay up malam walaupun takde test. huhu
3) Selalu bersenam. Sebab pancit masa jalan dari K5 ke DK5.. haha
4) Sebuzy mana pun kita, usahakan jugak cari masa untuk study walaupun sekejap. Kemudian tawakal kepada Allah dan mengharapkan keberkatan dari apa yang kita usahakan.
5) Jangan main2 dalam meeting.. huhu (minta maaf ek kat hamba Allah tadi tu..sori..)

Friday, August 1, 2008

PerMaTa YanG DiCari...

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini belum ku temui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Adakah dia kan ku miliki?

Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku
Ku harap diriku sentiasa dibawah rahmat-Mu

-DeHearty-

Ku Harap Cinta...

Ku harap
Kau cuba memahami
Luahan hati ini
Yang ingin dicintai

Ku harap
Kau dapat menghayati
Sentuhan jiwa ini
Yang ingin disayangi

Tiada balasan
Yang ada hanyalah
Alasan

Tiada jawapan
Yang ada hanyalah
Persoalan

Dimanakah kejujuran?
Dimanakah ketulusan?
Dimanakah keikhlasan?
Dimanakah kejujuran?

Kerana tuhan hanya mahukan
kejujuran,
keikhlasan,
Cinta........

-Nowseeheart-

Monday, July 28, 2008

waaarrggghhhhh!!!!

sedihnya hatiku ni...
assignment dah datang....
SAK3117 - data struktur...
SIM3202 - HCI...
SIM3203 - system design..
MTH3101 - calculus...
tak nak buat boleh tak??
haha

nasib baik yang ni tak ade assignment...
BBM2403 - BM saintifik..
EDU 3606 - undang2 keluarga islam..
aku sayang subjek ni..
haha

Wednesday, July 23, 2008

kak nedy ke kak ezy??

"Assalamualaikum dan salam harmoni.. Nama saya Nur Izyani Binti Mohd Yusof. Boleh panggil 'kak ezy'. Memegang Bacelor Sains Sosial Major Kaunseling Dalam Rumahtangga. Menetap di KL."

"Status..status.." rakan-rakan PU (pembantu universiti) tanya aku masa tu..

"Single but not available.." Hehe..

Teringat balik masa tu. Semua junior percaya nama aku 'Ezy'. Kalau ada junior nak minta tolong, diorang akan cakap, "Kak Ezy.. Kak Ezy.."

Lagi best masa diorang minta signature. Aku minta nama penuh aku. Semua jawab 'Nur Izyani'. Aku jawab, "Salah.."

Diorang semuanya pelik. Kenapa salah pulak?

"Itu nama tipu akak. Korang kene cari nama betul akak. Tapi tak pe. Hari ni mood akak baik. Akak teringin sangat nak tengok korang buat chears 'Baby angsa' dengan penuh kiut macam akak. Boleh tak?"

"Boleh!!".. Semangat giler diorang buat chears 'Baby angsa'. Camni rasanya jadi kakak PU. Melayan karenah junior yang agak kebudak-budakan. Tak kira muslim dan non-muslim, diorang ni macam adik-adik aku sendiri. huhu.

Minggu perkasa Putra dah habis. Semua orang buat hal masing-masing. Masa ni lah semua Sekretariat nak cari pelapis baru untuk MTP akan datang. Termasuk la jugak Sekretariat aku. Kena cari pelapis ahli teknikal.

Yang kelakarnya, bila berselisih dengan junior, mesti diorang tegur, "Hai kak ezy.." Saya pun.. "Hai korang.." Layan jer.. Nama Ezy sedap pe? hehe

Tapi diorang dah tahu nama sebenar aku masa Pengenalan MTP. Alamak.. Kantoi..

Sejak dari hari tu, bila berselisih dengan junior je, diorang akak kata, " Hai kak ezy.. eh.. itu nama tipu la.. ape ek nama betul dia? dah lupe la.."

Adoi.. Cam sedih pula bila diorang tak tau nama aku. huhu. Tu la. Tipu orang lagi. hehe..

Aku pun jawab, "Akak tak kisah korang nak panggil akak 'Ezy' or 'Nedy', asalkan korang tegur akak."

Sejak dari situ, junior panggil aku dengan nama 'Kak Ezy'. Diorang kata sesuai dengan perwatakan aku yang agak lasak tapi kiut kot.. haha.. Jangan marah..

Tapi coursemate aku, batch dan senior aku still panggil aku 'Nedy'. Tak kisah la mana-mana nama pun. Asalkan korang tahu nama sebenar aku pun dah cukup. hehe

So, my name is Nadia Shahirah Binti Mohd Nor. You can call me 'Nedy' or 'Ezy'....

Tuesday, July 22, 2008

Cerita Aminah..

Pada suatu hari, Aminah nak pergi kedai.


Sampai je kat kedai, terserempak dengan Ali. Aminah suka Ali. Tapi Ali tak tahu. Aminah rasa seronok sebab dapat jumpa Ali.


Aminah cakap biasa-biasa je dengan Ali sebab Aminah pemalu orangnya.


Habis je beli barang, Aminah terus balik keriangan sebab dapat jumpa Ali..


Sampai je rumah, mak marah sebab terlupa beli gula. huhu. terleka bersembang dengan Ali. sebab tu terlupa beli gula. Jadi, Aminah keluar balik sebab kena beli gula.


Sampai je kat kedai, Aminah terkejut. Aminah nampak ada seorang gadis duduk bersebelahan dengan Ali.


Aminah tunduk dan buat tak tahu je.


Aminah bayar duit dan terus tinggalkan kedai itu. Sambil itu, Aminah menoleh ke belakang untuk tengok Ali dan gadis tersebut.


Ali dan gadis tersebut rancak berbual. Dah la cantik gadis itu..


Aminah terus melangkah dengan hati yang sedih.......

p/s :- Moral of the story....

1. Jangan mudah jatuh cinta kat orang...
2. Jangan duduk berdua lelaki permpuan...

sebab...

1. Orang yang kita suka, belum tentu jadi husband/wife kita nanti...
2. Takut nanti bakal husband/wife kita akan sedih bila ternampak kita duduk berdua dengan lelaki/wanita lain..(harap2 korang faham..huhu)

Oleh itu...

1. Letakkan CITA-CITA dulu (tapi ALLAH paling penting)..baru CINTA...
2. Pandai-pandai lah jaga pergaulan lelaki perempuan ye...Ingat!! ALLAH sentiasa perhatikan tindakan dan tingkah laku kita...

Mintak maaf kalau terkasar bahasa.. Aku hanya sekadar menyampaikan sahaja... (-_-)

Sunday, July 20, 2008

salam harmoni..

Assalamualaikum..



Firstly, minta maaf sangat2 sebab lama tak update blog ni.. Idea tak mau keluar la.. Lagipun tak de cerita bez sebenarnye pun.. Al maklum la.. Dok umah je masa cuti lepas.. So tak de pape yang best sangat.. Just dengar cerita mak, n adik2 aku je la..



InsyaAllah aku akan cube update blog aku ni.. Bukan setakat blog peribadi aku je.. Aku nak letak event kolej sekali.. Lagipun InsyaAllah Unit Buliten yang aku bakal terajui nanti akan bergerak mencari maklumat.. So, boleh la aku publish kat blog aku sekali..huhu



Rasanya tak terlambat untuk aku ucapkan selamat datang kepada junior baru kita ni.. This week dah masuk minggu ketiga.. So, harap adik2 junior tak leka la ye.. test 1 nak dekat.. nasihat ni bukan untuk junior sekali.. untuk senior2 sekali especially kepada rakan2 mtp.. program jalan jugak tapi study jangan lupe beb!



Tak lama lagi PEGAGE V edisi keenam akan muncul.. so kepada adik2 junior harap join semua aktiviti yang dijalankan. Program akan bermula pada hari khamis (24/7) bermula dengan solat maghrib berjemaah.. jadi kepada semua warga kolej Kelima, tak kira junior atau SENIOR, turunlah beramai-ramai bagi memeriahkan (betul ke vocab aku ni..) surau kita ni..



Ingat kawan2.. Walau se buzy mana pun kita, jangan LENGAHKAN solat.. Bukan di dunia je kita nak berjaya.. Tapi di akhirat pun kita nak berjaya kan... So, ingatlah ALLAH sentiasa.. DIA sentiasa melihat tindakan dan kelakuan kita..



Ok la.. tu je coretan aku untuk hari ini.. InsyaAllah.. kalau aku ade idea untuk dikongsi bersama, aku akan publish kat sini..



babai.. Assalamualaikum..

~~~~~~

Tadi, aku saje je bukak folder gambar matrik aku. Teringat kembali masa aku belajar kat sana dulu. Dalam celahan gambar-gambar yang ada, aku ternampak saatu gambar di skrin laptop. Gambar SAHABAT aku. Dah setahun aku tak jumpa SAHABAT aku. Kalau jumpa pun, cuma 15 minit jer. huhu. Mesej pun tak selalu sangat.

Siapa SAHABAT aku? Aku mula mengenalinya masa sem 1 dulu. Tapi mula rapat dengannya ketika berada dalam sem 2. Berada dalam praktikum yang sama sudah cukup membuka ruang untuk aku dan SAHABAT aku mengenali antara satu sama lain. Bermula dari perasaan kagum kerana kepimpinan dan keperibadiannya, akhirnya turun ke hati. Lalu aku mula BERSAHABAT dengannya.

Masing-masing mempunyai CITA-CITA dan IMPIAN yang sama. Tapi, fantasi bertukar menjadi realiti. Jalan aku dan SAHABAT aku yang mulanya kami fikir mudah rupanya sukar dan penuh berliku. Akhirnya aku dan SAHABAT aku memilih untuk melalui jalan masing-masing.

Kini, aku masih berada dalam jalan aku. Jalan yang penuh berliku. Walaupun SAHABAT aku tiada disisi, tapi aku masih mampu teruskan dengan kekuatan yang ALLAH berikan disamping motivasi yang family berikan terutamanya mak cayang. huhu.

Aku terus bersiap untuk keluar sebab nak beli makanan untuk tengahari. Macam biasa, aku keluar berseorangan. Bukan tak mahu berteman, tapi aku lebih suka memerhati sekeliling daripada bercakap. Sampai di foodcourt, mata aku tertumpu pada seseorang. Seorang lelaki dan seorang perempuan sedang makan bersama-sama.

Selepas melalui mereka, aku berfikir. Best ke makan berdua? Best ke sembang berdua? Tak takut ke orang pandang lain nanti? Emm... Aku fikir lagi. Apa perasaan aku kalau aku ternampak situasi tersebut? Marah? Suka? Biasa je?

"Kalau kita nampak sesuatu kemungkaran atau maksiat di depan mata, tapi kita tak berasa marah, itu bermakna hati telah kotor atau mati."

Teringat balik halaqah semalam. Seolah-olah ayat itu merewang-rewang di fikiran aku. Dan aku bertanya kembali. Adakah aku marah? Atau sekadar tidak ambil peduli?

Sampai di bilik, aku berfikir lagi. Perlu ke aku memberi ruang kepada insan yang menyayangi aku? "Nedy, kau ni jual mahal sangat la. Kalau melepas, kau juga yang rugi." Rugikah aku kalau aku tutup pintu hati aku ni?

PERSAHABATAN antara aku dan SAHABAT aku banyak memberi impak yang besar dalam hidup aku dan membuat aku lebih tabah dan lebih berpendirian daripada dulu. Aku tak nak mengulangi kesilapan lagi. Sakit sampai air mata tak henti-henti mengalir.

Bukan tak mahu mencuba untuk kali kedua. Tapi biarlah untuk kali ini, hati aku hanya diserahkan sepenuhnya kepada suamiku. Dia yang lebih berhak. Bukan orang lain. huhu.

Walaupun aku keseorangan, tapi aku dah dapat sesuatu. Ketenangan. Itu yang aku mahukan. Bukan bermaksud aku menyalahkan orang yang sedang bercinta. Tapi fikir sejenak. Sanggupkah kamu menerima insan yang kamu sayangi sedangkan insan tersebut telah berpunya sebelum itu? Mungkin itu soalan remeh. Tapi fikirkan sedalam-dalamnya. Kan ALLAH beri akal kepada manusia untuk manusia berfikir? Kamu manusia kan. Jadi, fikirlah...

Monday, June 9, 2008

" Abang nak beli kuih??"

oleh : ANNURSOLEHAH (iLuvIslam.com)

Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya."Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang", katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata."RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!

Saturday, June 7, 2008

emm..ntah..

assalamualaikum..

sori la agak lewat update blog.. xde idea sebenarnye nak tulis.. first sekali nak citer pasal mp4 aku ni.. kepada sesiapa yang reti install software dalam mp4, sila2 la tolong aku.. aku dah pening kepala ni.. function mp4 aku banyak dah xleh pakai.. kene install balik.. sesiapa yang nak tolong tu, sila sila la ek..huhu

yang keduanye, hari ni aku kuar dengan ecah, kawan praktikum aku yang paling rapat masa kat matrik dulu.. perangai sama cam dlu.. bile dok makan sama2, mesti terkenang balik masa aku kat matrik dulu.. kitorang shopping tudung kat jalan TAR.. sambil2 tu survey bunga telur sebab mak aku suruh cari.. ye la.. bunga telur untuk maksu aku.. haa.. jap lagi aku citer pasal maksu aku ek..

tapi yang kelakarnye, cara kitorang survey harga bunga telur cam nak kawen bulan depan.. huhu.. aku lak tetibe je berangan nak beli bunga telur warna coklat masa kawen nnti.. dengan sape la ek aku kawen nanti.. haha.. berangan je lebih.. ade ke yang nak kat aku ni.. huhu (T-T)

bila time nak berpisah tu, terasa sedih sangat sebab kalau boleh aku nak sembang lama lagi dengan dia.. tak pun masuk matrik sekali lagi.. huhu.. camne tu.. bukannye ape.. memang terasa kehilangan kawan yang bez tau.. emm.. tak tau camne nak kata.. ibarat hilang tak berganti.. kawan-kawan.. ecah, nad, didi, saifa, hanum, kak pah, liyana, ira dan wan.. i'm really miss u all.. tak lupe jugak roomate aku, achik, as n along.. aku rindu kat korang..

tu je kot nak citer.. assalamualaikum

Friday, May 9, 2008

Indaksi....

penat aku pikirkan camne nak wat dengan unit buliten ni.. kalau nak tahu, unit ni la yg susah sekali nak gerak dan menurut opel, dah bertahun-tahun mtm dlu kata nak buat buletin tapi tak gerak-gerak pun.. emm.. aku sebagai pemantau unit ini kena pikirkan camne nak gerakkan unit ni..

teringat kata opel lagi.. kalau nak buat buletin ni, boleh jer.. tapi, kene cari orang yg nak betul-betul nak buat.. lagi satu, nak buat buletin ni, kene ade sasaran dan objektifnyer..bukan main buat jer.. kos pun terlibat jugak..

ntah la.. aku buntu..

baru jumpa nuri tadi..(nuri is my boss..) dia kata jangan pikir lagi pasal tu..apepe hal, tanye dan bincang dengan wc..(wc = pemantau sekretariat aku..)

emm.. apepe je la..

nanti la aku pikir-pikirkan..

nanti aku letak gambo aku bergaya dengan blazer ek.. hehe(takde kene mengene langsung.. haha..) bukanye ape.. tadi ade sesi bergambar.. so, aku bergaya sakan la.. thanks to kecik for the sponser.. (padahal pinjam kat ofis..haha)

ok.. sambung kerje........

Monday, April 28, 2008

Emm...

1, 2, 3...

3 hari aku dok umah ni..nasib baik ade streamyx..boleh la selalu online..haha

aku dah plan jalan2 dengan mak aku. setakat window shopping je la. haha. emm. tapi tak tau la nak keluar bile. huhuhu

lagi satu hal pulak bile adik aku berebut laptop dengan aku terutamanye adik cayang aku ni. mentang2 la laptop aku ni banyak game. sebok jer dia. hehe. cian dia...

baru2 ni laptop aku kene diserang oleh virus. kat local disk c. banyak giler yang dapat ditangkap. (cam binatang pulak..) lebih kurang 1000 folder aku diserang virus aku. fuh. banyak seh.

nasib baik semalam kecik hantarkan installer tuneup utilities. dapat gak repair registry aku. sekarang ni laptop aku dah ok dah. tapi kene cari installer macromedia flash. aku terpaksa delete folder tu sebab terlampau banyak sangat virus dalam folder tu.

emm....

Saturday, April 26, 2008

SeLaMaT TiNgGaL No. 0007 KaLuI...

aku dah siap packing barang. sekarang ni, aku hanye menanti kedatangan mak cayang aku jer. huhu. lama benar mak cayang aku sampai. ke aku yang siap awal...hehe

tadi aku bincang dengan kakdot pasal bilik untuk sem depan. ade je yang tak kene. nak amik bilik 1007 kalui, dah ade orang cop.emmm

apepe pun banyak kenangan aku yang tak dapat aku lupekan. tapi yang paling sedih, terpaksa tinggalkan wireless kesayangan aku. huhu. agak2nye bilik baru aku nanti dapat wireless yang bez macam bilik 0007 kalui ni?

huhu. tak pe la. mengalah je la dengan budak baru. tak pe. nanti aku buli diorang nanti. haha.

ok. mak aku dah sampai. selamat tinggal bilik 0007 kalui ku..........

Sunday, April 20, 2008

ExaM....ExAm....

Hubungan Etnik = settle (10 hb)
Software = settle (13 hb)
Discrete = settle (17 hb)
Assembly language = settle (19 hb)
Java II = 25hb April

Alamak. lagi satu paper tercicir. jauh pulak tu. emm. kirenye aku balik umah 26hb. huhu. itu pun kalau tak pergi ceramah badan pencegah rasuah anjuran BHEP. nasib baik dah angkat bendera putih awal2; nak balik awal sebenarnye.huhu

kak nazi dah balik dah. tinggal la aku sorang dalam bilik. yang nak tergelak tu, kak nazi amik gambo kenangan dengan bilik dia. al maklum la. nak masuk sem 3, mesti dapat bilik lain. emm. nak bilik ni jugak la sebab ade wireless kat sini. kirenye bilik kitorang ni menjadi port untuk berwireless. huhu

tak pe la. nanti aku wat baik dengan kak dot.(kak dot as pengerusi blok kalui). confirm dia bagi punye bilik yang paling bez kat kitorang ni. ingat kak dot. let we cop first. huhu.

tadi pergi teman dila O beli makanan kat foodcourt. walaupun aku dah makan tapi rasa cam nak teman dia sebab lama tak sembang2 dengan dia. sampai kat foodcourt je, jumpa dila A and bila. bila ajak kuar esok. ye la. exam lambat lagi. huhu. lama gak aku tak kuar jalan. since aku masuk sem 2 kot. fuh. lama tu. emm. tengok la dulu camne.hehe

memandangkan kak nazi balik, aku pun berkobar2 nak balik. ape lagi. aku punggah semua kotak2 yang ade kat bawah katil aku dan mula mengemas. fuiyo. banyaknye barang. adoi. ape aku nak wat ni. setelah sekian lama aku berfikir, dengan hidayah Allah, aku dapat satu idea.

aku bawa barang yang tak perlu tapi pada masa yang sama aku bawa sikit je barang keperluan aku. yang selebihnye, tinggal je la kat cni. tapi yang peliknye, barang yang nak tinggal kat sini lagi banyak daripada barang yang nak bawa balik. huhu. macam mana tu? emm. ntah la. tunggu je la habis exam Java nanti.

apepe pun, masa cuti 5 hari ni, aku nak kemas bilik dan pada masa yang sama study Java. jangan main2 tau. dah la tak faham bab GUI tu (and bab last sekali). emm. doakan ek. InsyaAllah.

Tuesday, April 15, 2008

Oh KaKi Ku....

Hari pertama (11 April 2008)

Last date untuk hantar assignment batik aku..aku dan sya agak kelam kabut untuk siapkan assignment tu..tu la..buat last minute lagi..hehe..alamak..dah pukul 3 petang ni..kang pejabat tutup karang..camne ni..dah la penat..nasib baik aku ade makan nasi kerabu yang aku beli kat SS (Sri Serdang) sebab aku tau confirm tak sempat pergi putra court..tapi cian kat sya ni..dah la tak makan..masa aku suapkan untuk dia pun, cara dia makan tu nampak sangat dia lapar..(hehe..sori sya..nak buat publisiti jap..huhu)..
tetibe sya dapat satu idea.."saya nak pinjam motor abang indra la.."emm..cadangan yang bagus..daripada tersadai motor di tepi office, lebih baik digunakan untuk menjimatkan masa..hehe..
apalagi, kitorang pun pecut motor tu sampai ke astaka..(walaupun sebenarnye aku takut pada kelajuan..huhu)..fuh..tak sampai 5 minit, dah pun sampai ke astaka..(padahal jarak kolej dengan astaka tu dekat jer..saje malas nak jalan kaki..haha)..kami pun terus menghantar asignment batik tu..
fuh..nasib baik sempat..sambil2 nak turun tangga tu, mesej Pn. Galinda jap(Pn. Galinda = pengajar batik)..emm..masa melangkah tu dah rasa cukup bilangan anak tangga yang telah aku turuni..entah kenapa masa nak landing kaki kiri tu, rasa cam tak sampai tanah lagi..
pastu ape lagi..kaki kiri aku terus cam tersenget dan...."Adoiii.."aku terus berdiri dan memandang sya yang terpinga2..aku terus pegang lengan dia untuk menahan kesakitan..aku cube goyang2kan kaki aku setelah sekian lama aku berdiri..alhamdulillah..ok pun..huhu..
kami pun terus balik kolej dan aku ape lagi..terus mencapai minyak angin dan sapu..(dah tak ade minyak lain dah)..aku tengok jam.."emm baru pukul 4..meeting pukul 5..nak tido jap la.."aku pun tido...sedar2 dah pukul 5.15..alamak..meeting...aku terus bangun dan membuat langkah pertama..sebaik sahaja langkah pertama dilakukan....
"Adooooiiiiiiiiiii......sakittttttt...."
aku terus terduduk..aku cek balik kaki aku..emm..agak merah tempat tu..(fuh..cool giler..)aku pun bersiap tapi aku jalan slow la..aku pun keluar dari blok aku tapi....alamak..tangga...camne aku nak turun??aku perhatikan keadaan sekeliling.. ala.. ramainye orang.. ahh.. peduli ape..bukannye orang nampak..aku terus melangkah..
pergh..sakit giler..semakin aku turun,semakin sakit kaki aku..dan bile aku jalan, aku terpaksa seret kaki aku...huhu...last2 aku nampak kak diha menuju ke arah aku..(ni kak senior aku yang paling bez..dia banyak tolong aku masa orientasi sampai sekarang..)aku nampak je kak diha, terus cam nak nangis..ye la..kat mana lagi tempat aku mengadu..kat dia je la..
dia terus bawa aku pergi pk..(pk = pusat kesihatan)nurse balut kaki aku dan bagi ubat tahan sakit...(aku paling tak suke makan ubat..huhu)..aku pun terus balik bilik dan call mak cayang..mak suruh aku balik..tapi aku decide nak balik hari ahad sebab ade exam software..huhu..jadi aku pun balik hari ahad...

Saturday, April 12, 2008

MTP Kolej Kelima 08/09 - part 2

masa tu aku rileks jer..ye la..sape la aku ni kan..huhu..pastu aku dapat mesej dari tobeng (presiden MTP).."Nedy,bz x? nak jumpa jap la..ade hal.."aku cam berat ati nak jumpa..tapi pergi jumpa jugak la..

"Yes boss! nak ape boss?"..aku sapa dia bila kami bertemu di tepi dewan..

"saya nak mintak tolong awak la.."

"Ape dia boss? cam berat je..."

"saya nak kamu jadi timbalan pengerusi sekretariat it, perhubungan dan penerbitan.."

"Haaaa.."

terpinga jap..biar betul..

"klu saya pikirkan dlu boleh tak?"

"emm..bknnye ape..saya terpaksa isi jawatan tu secepat mungkin..lye soon dah tarik diri..nuri jadi pengerusi..kamu jadi timbalan.."

lye soon..orang yang banyak berjasa dalam sekretariat it..menjadi mtm 07/08..mungkin dia dah tak larat dah..

"ok..kalau camtu keadaannye, saya terima.."

----------------------------------------------------------------------------------

Watikah perlantikan hari rabu..dah la esok tu exam hubungan etnik..tapi, tabahkan je la hati ni..huhu..untuk elakkan boring bile dengar ucapan, bawak nota hubungan etnik..huhu..

sambil baca nota etnik masa En. Zainal (pengurus kolej) tengah berucap,terdengar sebaris ayat yang agak menusuk jiwa ini..fuh..ayatnye berbunyi begini..

"Dont say, i HAVE to.. But say, i WANT to.."

Emm..beza tu tu antara 'have' dengan 'want'..Aku berpikir sejenak..masa aku terima jawatan ni, ade unsur paksaan tak?emm...cam ade...sebab aku dah pikir dah..masuk sem 3 ni, aku dah tak mau aktif dah..cukup la..dah tak larat..
Tapi teringat kata nad (dia ni kawan matrik aku)..Dia kata tak salah kalau aktif, tapi kena tahu jugak sejauh mana kemampuan kita untuk memikul tanggungjawab kita..lagipun untuk kebaikan jugak masa nak kerja nanti..
Emm..selepas mendengar kata dari pengurusan tu, terus aku mengubah perspektif aku yang selama ni agak negative..lagipun teringat ceramah Dr. Fadzilah Kamsah yang menyatakan bahawa "Kalau kita yak nak tension, kita kena ubah pemikiran dahulu..Kalau kita setkan pemikiran kita yang kita buat secara terpaksa, hasilnya kita buat pun tak bersungguh2..Kalau kita setkan pemikiran kita yang kita buat secara sukerela, InsyaAllah hasilnya kita buat pun bersungguh2"..lebih kurang camtu la beliau cakap..
Jadi, aku terima jawatan ni dengan penuh bertanggungjawab dan InsyaAllah, aku akan cuba lakukan yang terbaik..bukan sahaja tanggungjawab terhadap kolej tapi tanggungjawab aku sebagai seorang student, seorang anak solehah dan seorang hamba Allah..InsyaAllah..
Ok nedy..Selamat datang ke dunia yang penuh dengan dugaan yang lebih mencabar dari sebelum ini..chaiyok2!!

Thursday, April 10, 2008

MTP Kolej Kelima 08/09

"Aku tak nak ape2 jawatan dalam mtp tu...". Tetiba je aku cakap camtu kat kawan seperjuangan aku masa tunggu pengetua untuk majlis amanat pengetua.."elleh..ko akan dapat jugak..sure ko akan dapat punyer la..". Kechik as pengarah cube cam memujuk aku..

masa tu, aku dah set mind aku yang aku memang tak akan memperoleh 'mandat' dari pengurusan kolej. Ntah nape aku fikir camtu masa tu.

"Haa..dah sampai pun pengetua...". Aku terus pergi ke dewan dan ambil tempat aku yang dah dicop oleh sya. Pengetua pun masuk dewan diiringi dengan pengurusan kolej dan pengarah. Muzik iringan diperkuat. Wah..beznye jadi pengetua. Datang lambat pun takpe. Orang tak marah pun.huhu.

Majlis diteruskan sehingga pengumuman Majlis Tertinggi Pelajar Kolej Kelima 08/09. aku yakin semua peserta KPSM berdebar2 termasuk aku. saat yang dinanti telah tiba. Pengetua memanggil nama yang terpilih satu per satu. Tak tertinggalan, kechik turut dipanggil dan menjawat jawatan naib presiden 2.hoho. Dah jadi orang kuat dah sekarang.

Pengetua masih menyebut nama satu per satu. dan akhirnya pengetua berkata "Inilah dia barisan MTP K5 pada sem depan. Tahniah diucapkan". Aku terus berdiri memberi tepukan yang paling gemuruh masa tu. Bangga kerana dapat tengok kawan seperjuangan dapat menjadi orang terpenting.

Terus terang aku katakan. Aku tak sedih nama aku tak diumumkan sebab memang aku dah jangka aku tak dapat. tapi aku jadi terkilan bile sesetengah orang tanye aku. "Ko dapat sekretariat ape?". "Biar betul ko tak dapat.". Huhu. Tapi tak kisah pun. Allah dah letak dah ape rezeki aku. Dan aku terima dengan penuh redha.(lagipun aku dah ade masa study dah..huhu).

Dan aku rasa dihargai bila nabila kata camni, "hei, nedy..thanks sebab tolong kitorang sume ni..". Lega sikit bile ada orang hargai.huhu. tapi aku terpaksa balik bilik awal masa tu sebab aku dah penat n sakit badan sangat2. So, sape yang fikir aku ni lari masa tu, sori ek. masa tu aku penat sangat.hehe

masa terus berlalu. aku ade dengar cite yang banyak rombakan MTP telah berlaku. ade beberapa orang telah tarik diri untuk join MTP. ye la. dah join MTP ni kena bagi komitmen yang tinggi. dan yang paling penting, kena korbankan masa tido..(aaa...tak sanggup...). jawatan yang kosong tu digantikan dengan budak KPSM yang tak ade jawatan.

Aku? aku rileks n steady je.. tak terpikir pun nak menjawat jawatan tu..yang penting sekarang, aku dah ade masa study.huhu.

(bersambung - harap bersabar ye.. cite belum abis lagi..)

Wednesday, April 9, 2008

Tentang Nedy!!!!

Assalamualaikum... and welcome to my blog...

wah..excitednye dapat buat blog sendiri..sebelum ni baca orang punye je..hehe..alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat jugak buat bolg sendiri..

Sebelum tu saya nak perkenalkan diri saya..(fuh..skemanye ayat..) Nama diberi Nadia Shahirah..tapi orang panggil NEDY..tak tau la nape..nama tu roomate kat matrik yang bagi..sebab banyak sangat nama 'Nadia' kat matrik..haha

anak sulung dari 5 orang adik beradik..tapi perangai cam anak bongsu dari 10 adik beradik..fuh..ape maknanye tu...saya pun tak tau...haha

saya ni kalau dengan kawan, saya jadi peramah tp bile dengan adik saya, saya jadi 'pemarah'..huhu...cian adik saya..kalau adik saya buat hal(kadang2 saya pun buat hal..haha), memang bergegar rumah tu..tapi sekejap je saya marah sebab 'big boss' dalam rumah saya akan sound saya balik, lagi dasyat cam rumah kene tsunami..hehe('big boss'=my beloved mother=mak cayang....:) )



sekarang ni saya blaja kat upm.universiti penuh manusia...haha..dok kat kolej kelima..huhu..


emm..ape lagi ek nak cakap...huhu...dah tak tau ape nak cakap kot..apepe pun salam perkenalan dari saya...



Assalamualaikum..