Teringat masa saya online ym beberapa hari yang lalu.. saya ade letakkan gambar sepupu saya yang putih gebu lagi cumel (macam kakak sepupunye jugak~).. kemudian, ade seorang hamba Allah yang bernama LELAKI memberikan nasihat yang berbunyi begini..
Akuilah hakikat kejadian dirimu menjadi pelemah keimanan lelaki.
Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu
dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,
jadilah dirimu sekuntum bunga yang indah, tapi sayang tidak berduri.
Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.
Ingatlah sahabatku yang tersayang,
Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ialah
dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya
kecuali atas urusan yang diizinkan.
Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.
Yang tertutup itu indah!
Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu
sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal
dan berharga buat kumbang yang terpilih
yang dijanjikan Allah buatmu..

Terpana saya sebentar.. tidak saya sangka, masih ada lagi lelaki yang masih concern tentang aurat wanita.. terima kasih hamba Allah kerana mengingatkan saya yang lemah.. Seandainya semua lelaki yang bergelar ISLAM memiliki sifat seperti hamba Allah ini, saya pasti, ramai wanita akan menjaga aurat mereka..amiin~
1 comment:
syiapa kah jejaka itu??kim salam ekk=)
Post a Comment