Friday, December 31, 2010

sepanjang 2010..

Assalamualaikum..

Hari ini hari terakhir kita semua berada di dalam tahu 2010.. esok pula menjelma hari baru, tahun baru, bulan baru, diikuti dengan azam baru..

So, aku nak buat sedikit (tak banyak, jangan risau..) flashback balik la sepamjang tahun 2010 ni..

Aku mulakan tahun 2010 dengan emosi yang goyah.. ketika semangat aku jatuh tergolek-golek..
ditambah dengan result CGPA yang tidak mampu menyedapkan jiwa aku..
(budak ni tengah emo ni.. ye.. aku emo sekarang..huhu)

tapi alhamdulillah, berkat doa mak aku yang sentiasa berada disisi ku..
dan kawan-kawan yang sentiasa buat aku tertawa dan tersenyum..
menyelapkan segala kesedihan dihati..
tatkala aku menangis mengenangkan kembali kisah lama..
kawan-kawan aku sentiasa memberi kata semangat..
dan sekali gus aku bangkit berdiri..
dan berkata..
"aku boleh hidup tanpa kau lah.. aku tak nak menangis lagi!!!!"

lalu, aku habiskan final semester aku dengan berjaya..
yup.. sekali lagi dengan berkat doa ibubapa aku,
dan sokongan kawan-kawan..

masuk bulan 5, selepas habis presentation projek final year,
aku terus bekerja di sini..
maka, bermula la hijrah aku dari seorang pelajar ke seorang pekerja..

beza sekali environment bekerja dengan belajar..
kalau belajar, last minute tu dah menjadi rutin harian..
tp bila bekerja, bile last minute je, jatuh la performance..
jadi, aku kene bekerja kuat..

cinta?? ah.. susah aku nak terangkan..
pasti akan ade pasang surut..
mula2, nak kenal..
pastu suka sama suka..
tapi bila dah kenal betul2..
terus senyap, lenyap..

biasa la.. nak suke2..
bila nak serius, nak fikir pasal kawen,
cabut lari.. adeh..

lagi satu aku pantang, bila orang tu panggil aku "syg.."
pergh, boleh cair hati aku ni beb!
tapi yang sakit hati tu,
bukan kat aku sorang je dia cakap..
kat orang lain pun dia panggil syg..
siap ajak kawen la, ape la..
so, aku ni sape?? teddy bear?? barbie??
(uih.. sabar2 cik nadia oii... haha)

erm.. mungkin semuanye terjadi sebagai penghapus dosa aku..
ye la.. aku ni bukannye baik sangat..
tak pe2..

lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..
so, esok dan hari seterusnya, aku nak jadi baik.. boleh??haha

insyaAllah.. aku taknak lagi mulakan tahun baru dengan kesedihan..
tapi aku nak mulakannya dengan semangat baru..
azam baru..

insyaAllah.. aku taknak toleh belakang lagi..
kepada orang yang berkenaan (kalau dia baca la..)..
minta maaf sekiranya kata-kata aku ni menyakiti hati kau..
at least kau tahu ape yang aku rasa..
tapi terpulang pada kau untuk terima atau tidak..
aku malas nak ambil tahu..

babai 2010..
welcome 2011.. =)



Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
(Epicentrum - Menjemput bidadari)

Wednesday, December 22, 2010

caaakkkk... malunyer~

Assalamualaikum..

sekian lama aku menyepi..

akhirnye aku muncul kembali.. =P


Mintak maaf sebab menghilangkan diri buat seketika.. timbunan kerja yang tak berkesudahan, ditambah pula ketiadaan idea (ade idea, tapi malas nak taip.. haha)

akhirnye aku biarkan saja blog aku bersarang.. sampai tak sedar pun background picture aku dah hilang.. haha..

thanks kepada kawan2 yang sudi jenguk blog ni, yang tego2 aku "bila ko nak update blog ni??" haha..

aku tak tau nak bermula macam mana.. so aku mulakan dengan bercerita perkembangan hidup aku.. ceh, macam artis la pulak~

baru-baru ni (takde la baru sangat..), aku jumpa kawan-kawan upm aku pada hari sabtu.. and seriously aku cakap.. memang aku happy and enjoy sangat jumpa dengan diorang..

aishah, sara dan aku (@ mid valley)

mungkin sebab dah sekian lama aku kuat bekerja.. sampai orang tegur aku dah kurus sangat..(but i'm happy with that.. =P) jadi, bila dah sekali dapat enjoy, memang enjoy betul2 la..

lepas enjoy2 kat mid valley, tetibe tukar plan bermalam di rumah kak ami & diya.. haha.. dan pengalaman yang paling takleh aku lupe, kami berlima (aku, sarah, aishah, kak ami, diya) tidur ramai2 kat lantai dengan berbekalkan 2 tilam dan beberapa bantal sahaja.. so korang bayangkanlah macam mana kitorang tidur~

keesokan harinye, kami pun beramai2 meramaikan orang kat MAHA pulak~ (korang faham tak ayat aku ni?? haha..)

kat komuter mid~

dekat dalam truk~

ayunye cik kak.. nak pergi mana??

tak perlu la nak memanjangkan cerita.. sampai sana je, kami terus pergi ke hall 4 yang dikatakan tempat menge'test' makanan.. so, alang2 kami disana, kami 'lunch' sekali disana.. aku ingat lagi masa di booth makanan nasi briyani segera.. orang demo tu tunjukkan la cara-cara nak panaskan makanan.. memang mudah la.. bukak packet, ' on'kan microwave, masukkan packet dalam microwave, dan tekan butang start... step seterusnye? beli la produk diorang.. dah ade direction dah kat packet tu.. =P

sambil kami menonton org tu berdemo, kami pun makan sampel nasi briyani.. diya sampai tambah 2 kali.. "aik, lunch ke diya??" haha.. aku perli memang hebat~

memang 2 hari berturut2 tu amat memenatkan, tapi sangat bermakna bagi aku..

next plan...


aku amat merindui mereka.... harap-harap aku dapat balik kampung hujung bulan ni.....




aku baru je having conversation with kak ami via ym...

aku : ntah ape la perangai nedy ari ni... tetibe rasa nak update blog... giler kan?

kak ami : nape giler lak? berpekdah ape.. haha.. sambil2 xde wat ape2 tu kan.. ape salah nyer..

aku : haha.. tu la.. dah 4 bulan kot.. xpernah nak ambil tau pasal blog

kak ami : owhhh xpe2..pas nih 8 bulan skali k.. muhahaha

aku : giler kencang perli nedy.. hahaha....





Tuesday, June 15, 2010

Mid Valley --> tempat menghabiskan duit.. argh~

Assalamualaikum...

Pernah tak korang dengar or terbaca yang kita tak boleh melepak kat shopping complex, pasaraya dan sewaktu dengannya.. kalau ade yang tak baca or tak tau lagi, klik la sini.. nak tau sebab ape? sebab kat situ la syaitan selalu melepak kat situ dan menghasut manusia ni bersikap boros terutamanya wanita2 seperti aku nih... huhu..

Sekarang ni pun aku dah ade tabiat baru aku iaitu suke pergi ke shopping complex nih.. aku tak tau la dalam bulan ni dah berapa kali aku singgah kat Mid Valley tu..huhu.. sebelum ni pun jarang aku nak pergi ke shopping complex ni.. masa aku dok UPM dulu pun, aku rasa tak sampai 2 kali aku singgah Mines dalam setiap sem..

credit to google

Mid Valley ape tah lagi.. dulu pun aku pergi sana pun sebab Mid Valley tu memang laluan tren untuk ke rumah aku.. so alang2 aku nak balik rumah, aku akan singgah Mid dengan bawak beg besar (sebab aku akan singgah Mid time cuti sem or mid sem jer...) dan cari roti kat tingkat bawah untuk adik-adik aku.. hehe..

Tapi aku pergi mid pun bukan saje je nak pergi.. aku pergi sebab cari barang rumah kat rumah aku nih.. (mentang2 la dah ade rumah sendiri.. ehem.. rumah sewa ye.. huhu) tapi kadang-kadang tu nafsu membeli tu tetap ade.. lebih-lebih lagi bila dah dapat gaji pertama.. memang belanja sakan la.. hoho..

Bila belanja, tak hengat duit tu ade ke tak.. bila dah sampai rumah, baru rasa menyesal sebab beli ikut nafsu bukan ikut keperluan.. huhu alhamdulillah sebab aku tak de lagi kad kredit.. wah2.. baru gaji pertama, nak pakai kad kredit ker? no no no... nak korek duit kat mana bila surat cinta dari bank dah sampai nanti... huhu

So, menyedari bahawa aku nih memang jenis boros, aku ade buat cara aku sendiri.. kalau masa aku sekolah dulu, mak aku akan bagi duit belanja penuh untuk sebulan.. jadi aku akan simpan duit tu dalam tabung sementara dan bahagi siap-siap yang mana patut simpan dan belanja.. dan aku buat ni sampai sekarang..huhu

cume sekarang ni aku buat cara lain skit.. bila aku dapat gaji jer, aku akan keluarkan semua duit gaji aku.. kemudian aku bahagikan siap-siap duit aku tu dan masuk ke dalam sampul surat.. jadi aku hanya belanja berdasarkan duit yang aku dah letakkan dalam sampul aku.. contohnye aku letak RM400 untuk duit makan aku sepanjang 1 bulan.. so aku boleh makan ape yang aku nak asalkan tak melebihi RM400 pada bulan tu..

ni sampul surat yang aku buat.. huhu

Actually banyak cara yang boleh buat tapi aku selesa cara camni.. at least aku tahu aku ni banyak belanja kat mana.. kat makan ke kat benda lain.. huhu.. lagi satu, cara camni buat aku berjimat dan paling penting aku belajar camne nak kawal nafsu membeli aku.. huhu.. kalau korang ade cara lain, boleh share dengan aku sekali... huhu


p/s : duit aku semakin susut.. harap-harap dapat bertahan sampai gaji kedua masuk.. amiin~

Friday, June 11, 2010

Tua or matang?

Assalamualaikum...

Dengan ini aku telah mula menulis blog setelah sekian lama menghilangkan diri selama hampir 3 bulan.. Aish, lama betul menghilang.. pergi mana?? hehe.. tak pergi mana-mana pun.. aku kat sini jugak.. cuma aku tak cukup tangan nak update blog aku.. tu sebab blog ni bersawang.. so aku buat post baru ni sebab nak buang balik sawang-sawang ni.. haha..

Kalau sebelum ni aku tinggal kat UPM, sekarang ni aku dah tak dok sana dah.. sebab ape? sebab aku dah bergraduate.. yeah.. tahniah pada diri sendiri kerana berjaya bertahan selama 3 tahun di sana.. memang banyak kenangan dan pengalaman yang aku dapat dan aku tak dapat nak senaraikan semua sebab banyak sangat.. hehe..

Tapi kan, kalau dah tak tinggal UPM, tinggal kat mana sekarang? yeah.. ini baik punya soalan.. haha.. aku kat bandar tasik selatan sekarang (tetiba je ade lagu latar cinta bandar tasik selatan..) huhu..

Jap jap.. buat ape kat sana? haha.. meh la aku cakap straight to the point.. aku dah dapat kerja dah.. alhamdulillah.. maka, aku telah pun mengubah status aku dari seorang student ke seorang wanita bekerjaya.. waahhh... tak percaya aku mula2 tu... tapi itu la yang dinamakan takdir Allah..

Actually banyak benda aku nak cerita.. tapi aku nak citer satu-satu dulu la ye.. untuk post kali ni, aku nak citer pasal budak ofis aku...

minggu ke-2 kerja..

dari kiri : su, aku, kak ain (dulu digelar dgn nama kak zek.. =p), yaya, mimi..


baru ambil gambar ni jumaat lepas..
dr kiri : kak ummi, wani, aku, su, yaya..

Alhamdulillah dapat kawan yang best-best, happy je selalu walaupun asyik tension kerana berdepan dgn error setiap hari isnin sampai jumaat.. huhu..

Ade sekali tu, kitorang bersembang la tentang "ape yang terlintas di fikiran ko terhadap aku bila first time kita berkenalan?".. so, bila ditujukan kepada aku, kebanyakan komen yang aku dapat, "nadia macam budak2.." alhamdulillah... maknanye aku ni awet muda la ek?.. hehe.. tapi hanya su je cakap camni.. "first time aku tengok ko, aku ingat umur ko 25-26 tahun.."

"ye ker?" aku pun buat muka pelik dan dalam hati aku kata, "tua sangat ke aku ni? T-T"

"Ko nampak matang sebab cara ko bawak diri tu macam orang matang.. pastu ko berkawan pun dengan orang matang.. tu sebab secara automatik ko pun nampak matang.." okey.. ini mungkin sebab aku banyak berkawan dengan bebudak diploma especially kak shamsiah yang dah berkahwin dan dah ade 1 anak + 1 lagi dalam kandungan.. huhu..

tak ape la.. itu pendapat masing-masing.. tapi lepas ni kene cari makanan tambahan untuk awet muda ni.. haha =p

p/s : semoga kak shamsiah melahirkan anak keduanya dengan selamat... harap2 anak pompuan ye~ hehe

Monday, March 1, 2010

Baru nak update

Assalamualaikum..

Lama sungguh biarkan blog ini bersawang..sekarang ni baru nak update.. ini semuanya angkara kerja yang tidak sudah-sudah mengganggu hidup saya...

26 Feb yang lalu, telah berlangsungnya sambutan maulidur rasul di UPM..alhamdulillah, saya berpeluang untuk mendengar ceramah di dewan besar.. yang paling saya ingat kata-kata penceramah itu (sori..dah lupe la nama penceramah tu.. anyone tau tak nama dia?), kalau ada sesuatu or musibah yang terjadi kepada kita, kita cakap "inilah kehidupan..." ataupun "apa yang terjadi adalah atas kehendak Allah.."

insaf jugak la.. sebab selalunya, bila apa2 yang berlaku kat saya, saya mesti mempersoalkan kenapa ini berlaku kat saya.. padahal Allah memang dah tetapkan itu terjadi.. insyaAllah, selepas ini hati kene kuat lagi..

Kemudian beliau menceritakan matlamat yang harus kita ada dalam kehidupan.. kita mempunyai 3 matlamat dalam hidup.. matlamat jauh, sederhana jauh, dan dekat.. apakah yang dimaksudkan dengan matlamat jauh? matlamat jauh kita adalah ingin bertemu dengan Allah dan Rasulullah di syurga..

Matlamat sederhana jauh pulak? matlamat itu adalah ingin membina tamadun, negara kita ini.. matlamat dekat pula adalah menyara hidup untuk diri dan keluarga.. maka, sama-sama la kita fikir.. adakah kita sudah mencapai kesemua matlamat ini? tanya la hati masing-masing...

Ok la..itu aje untuk kali ni.. kalau ada kekurangan, maaf ye..assalamualaikum..

Friday, February 12, 2010

nasib saya kali ni..

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama diri ini dihantui oleh kerja yang tak sudah2 menghimpit saya, akhirnya dapat gak luangkan masa mengadap blog kesayangan ni..hehe

Nak buat 1 pengunguman.. saya dah sampai rumah dah..haha.. balik semalam (hari khamis) dan sampai dalam pukul 4.30 petang.. padahal ada kelas hari ni pukul 8-10 pagi..tak pernah ponteng kelas sebab nak balik rumah..takpe2.. kali ni jer..

Tapi tak tau la.. sampai rumah jer, saya telah dilanda seselma yang agak teruk.. dan sekarang ni saya telah pun mengalami demam seselma..huhu

Takpe la nadia..tabah aje menghadapi dugaan ini.. atau pun saya demam ni sebab rindukan K5? haha..lawaks2~

Nak citer pasal kejadian rabu lalu(b4 nak balik rumah)..Actually nak update blog lepas subuh rabu lepas..jadi lepas subuh tu, memang semagat berkobar2 nak update blog.. tapi kan LCD saya telah pun mengeluarkan warna yang agak menarik dan cantik..(ye la tu..warna tompok putih kot~)..dah berapa kali restart pun tak berubah jugak warna.. padahal malam semalam, dapat je guna laptop saya dengan berjayanya..takkan la sekarang baru nak buat hal?

Lalu saya bawa laptop saya dan tunjukkan kepada bob dan budak2 network yang lain.. sarah siap kata "wah..canteknyer..macam wallpaper.."huhu..bob kata, laptop saya ni kene tukar screen LCD sebab LCD terbakar kot..kene hantar kedai..tapi siap la rm400 kene ade dalam tangan..wargh..sedih2~

Itu citer pasal laptop pulak..pada hari yang sama gak, henset saya pulak hilang entah ke mana..cari gak la merata2 tempat..bunyi tone tu still ada, tapi tak dapat petunjuk kat mana henset tu..

CM pulak bakar2 saya.."Itu la.. cakap lagi nak tukar henset baru..kan dah merajuk dah henset tu.."huhu~ baik CM.. kemudian, henset saya dah hilang respon dalam pukul 5 petang..tapi setahu saya la kan..kalau kita baru lepas charge henset, henset akan bertahan sekurang2nya dalam 2 hari..takkan cepat sangat hilang respon?

Sah! henset saya telah jatuh di tangan orang yang 'miskin'..sebab apa saya kata miskin? sebab orang camni bila nampak je henset tercicir, bukannya nak pulangkan duit, tapi dia dah nampak keuntungan yang dia akan dapat kalau dia tolak henset tercicir ni..

So, saya nak cakap sikit la kepada orang yang saket lagi miskin macam budak tu..kalau kau ingat orang tak nampak apa yang kau buat, ingatlah, Allah nampak apa yang kau buat..

kalau kau rasa itu adalah rezeki kau, terpulang la.. kalau tuannya tak halalkan, kau nak kata lagi ke itu rezeki kau?rezeki kau tu halal ker? kalau pasal haram halal pun kau tak ambil peduli, tak tau la camne kau boleh hidup dalam keadaan rezeki tak halal..camne la hidup kau yang tak berkat..

Takpe la..saya redha di atas kehilangan henset tu.. banyak kenangan sebenarnya..tapi tak pe la..mungkin ada hikmah disebalik semua ni..saya berharap yang orang yang ambil tu dapat hidayah dari Allah..sape la saya nak marah2 budak camtu..

Dan akhirnya, pada malam itu, saya termenung.."Kak nazi, apa nedy nak buat ek malam ni..henset hilang, laptop rosak..nak main apa pulak ek??huhu" ternyata.. saya tak boleh hidup tanpa mereka..huhu..

p/s : esok mau pergi kelantan..nak borong baju dan tudung..hehe
p/s^2 : saya pakai laptop adik saya sekarang..cian dia kene mengalah..
p/s^3 : harap2 esok saya sihat sepenuhnya..insyaAllah..


Sunday, January 31, 2010

Seandainya ramai lelaki seperti dia..

Assalamualaikum..

Teringat masa saya online ym beberapa hari yang lalu.. saya ade letakkan gambar sepupu saya yang putih gebu lagi cumel (macam kakak sepupunye jugak~).. kemudian, ade seorang hamba Allah yang bernama LELAKI memberikan nasihat yang berbunyi begini..

Akuilah hakikat kejadian dirimu menjadi pelemah keimanan lelaki.
Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu
dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,
jadilah dirimu sekuntum bunga yang indah, tapi sayang tidak berduri.
Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.

Ingatlah sahabatku yang tersayang,
Ingatlah bahawa ciri-ciri wanita solehah ialah
dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya
kecuali atas urusan yang diizinkan
.

Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.
Yang tertutup itu indah!
Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu
sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal
dan berharga buat kumbang yang terpilih
yang dijanjikan Allah buatmu..


Terpana saya sebentar.. tidak saya sangka, masih ada lagi lelaki yang masih concern tentang aurat wanita.. terima kasih hamba Allah kerana mengingatkan saya yang lemah.. Seandainya semua lelaki yang bergelar ISLAM memiliki sifat seperti hamba Allah ini, saya pasti, ramai wanita akan menjaga aurat mereka..amiin~

Tuesday, January 26, 2010

susah sangat, beli lain la..huhu

Kak Shamsiah : Ish henset ni.. asyik hang jer..

Saya : uih? henset akak pun selalu hang ker??

Kak : a'ah..henset Sony memang camtu..kalau salah tekan sikit, mula la nak hang..

Saya : sama la kita.. kadang2 tu, rasa panas je kat dalam poket..bila cek balik, rupanye henset hang.. pastu bateri cepat habis sebab selalu hang..

Kak : betul tu.. akak ada pergi hantar kedai.. diorang kata henset Sony memang camni.. Sony selalu ada masalah kat software tapi hardware Sony bagus.. berbeza pulak dengan Nokia, software Nokia bagus, tapi hardware dia pulak cepat rosak..

ini handset yang saya pakai sekarang..

Saya :oh.. baru perasan pasal tu..(teringat henset Nokia adik saya..handset dia tak hang, tapi nak tekan button tu agak susah berbanding handset saya nih..).. jadi kak, ape ek solutionnye??

Kak : senang je..tak payah pakai dua2 handset tuh...huhu..tak pun software Nokia masuk ke dalam hardware Sony..

Kalau saya punya jawapan, saya mau tolak handset lama saya dan bertukar kepada yang ini!..

handset idamanku...


tunggu saya dapat gaji dulu..baru nak beli handset nih..haha..sekarang tak boleh lagi walaupun duit JPA dah masuk..(kedekutnye minah ni.. <-- suka hati aku lah..haha)

p/s : menyesal saya dengar cerita entiti di fakulti saya dari lecturer saya..sekarang saya seperti ketakutan berada di dalam lab komputer lama2 seorang diri..huhu..(Ya Allah, lindungilah aku dari segala gangguan syaitan..)

p/s ^ 2 : sekejap lagi mau pergi ke klinik gigi..huhu

p/s ^3 : esok test 1 paper E-Commerce..doakan saya yer..

Saturday, January 23, 2010

tabloid iluvislam..

Assalamualaikum..

Saya baru je membeli tabloid iluvislam.. sebelum ni memang nak sangat beli, tapi memandangkan saya ni jarang keluar dari upm, maka susah nak dapatkan tabloid ni dalam upm..

Nasib baik la ada hamba Allah ni simpankan tabloid ini untuk saya.. terima kasih banyak2..

Menarik juga isi dalam tabloid ni...Kawan2 yang nak baca tabloid ni, datang la kat bilik saya.. =)

for my future husband..

Maher Zain with Mesut Kurtis - For The Rest Of my Life



I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say

Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And there is a couple word I want to say

*Repeat Chorus

I know that deep in my heart now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

*Repeat Chorus

I know that deep in my heart..

p/s : lagu ini ditujukan kepada bakal suami saya walaupun saya tak ade pilihan hati lagi..huhu takpe2.. suatu hari nanti saya akan jumpa jugak dan saya akan nyanyikan lagu ini untuk dia.. =)

Friday, January 22, 2010

teringin nak makan ni..

Nape tetibe teringatkan
nasi putih dengan sardin dalam tin
ditambah dengan telur mata
serta disirami dengan kicap..wargh..

saya lapar...huhu T-T..


merdeka!

Merdeka!..haha.. begitu gembiranya saya setelah habisnya sesi proposal presentation..komen examiner? kene attack ke tak? haha.. bagi saya, itu perkara biasa.. diorang tanya sebab diorang berminat dengan proposal yang dibentangkan..

dan alhamdulillah, dengan bantuan superwomen saya, opss.. supervisor ek, disertakan dengan bantuan kawan2 dan yang paling penting, kekuatan yang diberi oleh Yang Maha Esa, saya dapat present dengan baik..alhamdulillah..

bagi kawan2 yang down lepas present tuh, diharap jangan berputus asa..diorang memberi pendapat bukan bertujuan untuk menjatuhkan korang, tapi untuk membantu korang supaya tidak terumbang ambing bila nak buat sistem tu nanti..so, jangan sedih2 ek.. =) paling penting sekali, jumpa sv korang sekerap boleh.. ini cume sebuah nasihat daripada kawanmu yang cumel ni(perasannye minah ni..).. ok ek kawan2..

Maka, settle sudah proposal presentation saya....tapi itu tidak bermakna saya boleh bersenang lenang terutamanya pada hari sabtu dan ahad yang indah ini..adoi..ape lagi ni nadia..huhu

Berikut adalah perkara yang perlu saya settlekan sebelum isnin nanti(huh, ayat macam dalam surat rasmi..huhu) :

1. Siapkan assignment E-Commerce yang tertangguh dari minggu lepas dan due datenye minggu depan..huhu

2. Siapkan latihan OOD..

3. Siapkan SRS yang sudah lama tidak diusik..SRS tu kene bukukan..

4. Siapkan proposal yang tak siap lagi sebenarnye..siap kat slide jer..huhu

Itu baru kerja official..belum lagi kerja dalam bilik ni..huhu..yang penting, saya solo lagi kat dalam bilik ni..roomate ku telah pun pulang ke rumah di Ipoh..dan saya keseorangan lagi..takpe2..bilik ini bakal menjadi bilik saya sorang dalam 3 hari..huhu..bukak speaker kuat2..karaoke dalam bilik..haha..siapa nak join, angkat kening!!

kepada CM a.k.a central market a.k.a cawan merah, selamat pulang ke rumah..sampai hati ko nyanyikan lagu "Home" khas untukku..tahu la saya ni dah lama jadi si tanggang versi wanita..(sebelum bukak sem, saya dah pun menetap di kolej..cube kira, berapa lama saya dapat bercuti di rumah??) huhu..takpe mak..i always miss u.. =) (tak mau jadi anak derhaka...)

presentation

Adoyai..
hari ni nak kene present proposal..
pukul 10.30pg..
waa..takutnyer..

Examiner saya Prof Hassan..
agak2nye la kan,
dia akan tanye tak soalan yang pelik2..
dah la seminar lepas dia tanya soalan yang macam2..
takut kang dia tanye soalan yang tak dijangka..
waaa.....

takpe2..15 minit je pun present..
tapi kan..
walaupun 15 minit, terasa sepert 15 jam..
mesti berpeluh2 saya nak present nanti..huhu

jadi kepada kawan2 sebelum saya present,
nuri dan diya,
korang present la lama sikit ek..
eh silap.. lama banyak @ lama2 ek..
huhu

all the best kawan2 yang lain!! =)

p/s : post ni dibuat sewaktu mencari idea untuk presentation.. Ya Allah, berikanlah hidayah dan kekuatan-Mu..

Thursday, January 21, 2010

terharu..

Assalamualaikum..

merayau2 kat blog kak nazi jap.. last2 ternampak ayat nih..

"nedy : jangan risau kalau ada kawan yg tak support atau faham kita, sebab kita maseh ada kawan2 yg sentiase menyokong nedy. k.nazi always support :))"

thank you so much akak.. yup.. i always support u too.. =) (terharu...)



p/s : dah lama entry kak nazi tuh, tapi baru hari ni baca post tu..lambat beno nadia nih...huhu

Tuesday, January 19, 2010

JPA dah masuk!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. duit JPA dah masuk..banyak barang nak kene beli nih..dengan yuran dan duit sewa tak bayar lagi..huhu..yang penting..boleh shopping!!!(ini yang dinamakan nafsu perempuan..huhu)

muka bangga giler wanita ini..huhu

p/s : post ini dibuat sebaik sahaja dapat berita ini dari kak nazi beberapa minit yang lalu..huhu

Monday, January 18, 2010

favorite song..

Wali Band – Ya Allah



Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

*lagu ni sangat simple tapi sangat bermakna bagi yang mempunyai mata hati dan memerlukan Dia di sisi kita..sangat suka lagu ini..

Sunday, January 17, 2010

BBQ..

Assalamualaikum..

Setelah berhempas pulas tenaga saya, sehingga terasa diri ini tersungkur dan bangun semula, akhirnya saya dapat jayakan BBQ ini walaupun tak ramai yang mahu join.. tapi saya tak kisah pun kalau ramai yang tak join sebab saya ade kawan-kawan yang memberi kekuatan ketika saya kesusahan..

Ok la..tak nak emo2 kat sini..huhu.. saya nak ceritakan sedikit pengalaman saya dalam mengendalikan program ni memandangkan saya tak pernah join BBQ, tahu makan sahaja..huhu

Pihak catering bagitahu last minute (pada hari jumaat) yang mereka tidak dapat supply makanan sebab sikit sangat orang(hanya 15 orang sahaja), mati akal jugak la sebab tak ada back up plan masa tuh.. rasa give up ade.. macam tak nak buat pun ade.. down giler la senang kata..

Lepas tu, saya pun cakap kat nuri yang saya cam tak boleh nak proceed.. nuri suruh saya proceed jugak sebab ada orang yang sungguh2 nak join.. tak kan nak hampakan orang yang nak join.. jadi kami pun plan sama2 barang apa yang perlu beli pada esok hari.. saya pun senaraikan barang2 penting untuk perap ayam.. kena jalankan jugak walaupun payah..

Pada hari sabtu, saya, nuri dan anje pergi ke pasar..budak perempuan tak dapat nak temankan saya pergi sebab kebanyakan mereka busy dengan dinner jelawat.. jadi saya ditemani oleh 2 orang bodyguard..

Nak dijadikan citer, kami ni tak pernah pergi ke pasar..(malunye saya xpernah pergi pasar..huhu)jadi bila sampai pasar tu, muka blur2 gak la..tapi tak pe..belajar kan? masa pilih ayam tu, tengok je..tak reti pilih la orang kata.. saya ingat lagi dialog saya dengan nuri..

saya : aku rasa kalau nak tahu ayam tu fresh ke tak, tengok kaki dia..kalau warna kaki ayam tu lain, itu ayam lama..(sambil menunjukkan kaki ayam yang pucat)
nuri : ye ke? mana tahu ayam tu memang ade penyakit kulit??
saya : erk??
anje : (senyap jer)

sudah pilih ayam, pilih bawang pulak.. nasib baik la saya ade skill memilih bawang yang elok..(terima kasih kepada mak saya.. =) ) masa pilih tu,

nuri : nedy, amik la cili api sekali..kita buat cicah kicap..
saya : nak kene buat ke? macam dah jadi 1 keje pulak..
anje : ala..beli sos cili sudah..(eh..anje bersuara la..huhu)

mereka tu memang suke buat lawak..ingat lagi masa nak redah air kat pasar tu..cian mereka terkena air hanyir kat pasar tu..nasib baik tapak kasut saya tinggi..jadi tak kene pada stokin saya masa tu..(terima kasih kepada crocs..hehe)

dan nasib baik kereta anje takde bau hanyir dari pasar..kalau tak, menangis2 dia nak buangkan bau hanyir kat dalam kereta dia..haha

dah beli barang, tiba masa untuk perap ayam pulak..masa cuci ayam tu, zana dan lehe pulak tolong saya..sebenarnye itulah first time saya siang ayam..huhu.. jadi, terkial2 jugak la nak siang ayam tuh..nasib baik zana banyak tolong saya..

sambil2 siang tuh, saya kata "bab siang2 ni selalunye bagi kat ayah jer..ayah reti siang ayam dan ikan..aku pulak reti masak jer, tak reti siang2 nih.." ini namanye ayat nak sedapkan hati..huhu

lepas siang ayam, siang bawang pulak..yeah, ini memang kepakaran saya.. nasib baik saya tolong mak masak kat dapur..huhu..jadi bermulalah adegan nanges-menanges masa ni.. saya pun tak terkecuali..huhu

lepas siang bawang, blend pulak..macam2 benda bubuh dalam blend tuh..saya ikut je..bertambah dengan nuri pun join sekali, lagi la kecoh masa tu..huhu..masa perap ayam tu, tangan saya la jadi mangsa..dengan bau bawangnye bercampur dengan serbuk kunyit, hanya Allah je yang tahu..

nasib baik nuri dan lehe tolong..huhu..yang lawaknye, anje sempat rasa bahan perap ayam tu.. dia kata sedap..hehe..tengok la air tangan sape..(terbangga pulak..alhamdulillah..)

pada keesokkan harinye(hari ahad), kitorang nak hidupkan api pulak.. masa tu, ramai dah yang datang.. cici, pijot, kak shamsiah, cekgu dan dila.. masa nak hidupkan api tuh, macam2 cara dah buat tapi taknak hidup.. lehe pun turun dengan alat2 rekreasi dia..itu pun taknak hidup jugak..

last2 cici pun cuba hidupkan.. dan berjaya!! huhu.. yang lain pun berkata "polis pun ade ajar camne nak hidupkan api ker?hehe"(cici tu budak suksis)

Maka, bermulalah memasak ayam yang telah diperap semalaman.. zana lah tukang mengipas bara api.. diya pun ade tolong kipaskan jugak..walaupun angin yang dihasilkan tak sekuat zana..haha =p adegan lari dari asap jugak ade..semuanya tak nak bau asap lekat kat baju..hehe..lehe rileks jer..huhu

kemudian kami pun makan beramai2..diorang kata ayam BBQ sedap macam ayam kenny rogers..huhu..tengokla air tangan sape..huhu(nuri tahu ni mesti dia kata "nedy, air tangan kita ek.."huhu) sangatlah best BBQ kali nih..insyaAllah nak buat lagi tapi kalau boleh nak semua budak kelas join..baru meriah..

jadi saya nak buat penghargaan kat sini..(mesti la..blog ko kot..)

thanks nuri sebab tolong aku buat semua ni..kalau takde ko, takde kot BBQ nih..huhu

thanks zana sebab tolong aku prepare untuk BBQ nih..takde ko, susah nak jalankan BBQ ni..

thanks dila sebab bagi support kat aku dan supply kek yang sedap..

thanks lehe sebab bagi pinjam barang2 rek dan tolong bakar ayam..

thanks anje sebab tolong bawak aku dan nuri ke pasar pakai kereta ko..

thanks cekgu sebab tolong belikan barang yang tak cukup..

thanks diya sebab bagi idea untuk aktiviti BBQ..

thanks sha,cici,pijot,kak shamsiah, kak sya dan syamim sebab sudi datang support program ni..

sayang korang semua.. =)

p/s : takleh nak upload gambo..asyik error jer..nanti saya cube upload sekali lagi..huhu
p/s^2 : masih kekenyangan..blurp..alhamdulillah..

Saturday, January 16, 2010

Monday, January 11, 2010

Suatu hari di food court...

Situasi pertama
Saya : nak Ayam Masak Kunyit, bungkus..
Pakcik jaga kat depan : OK..

Beberapa minit kemudian...

Pakcik jaga kat depan : Ayam Goreng, bungkus..
Saya : bukan ni....

Beberapa minit kemudian...

Pakcik jaga kat depan : Ayam Goreng, bungkus..
Saya : xde ker orang nak amik ayam goreng tuh?

Beberapa minit kemudian lagi...

Pakcik jaga kat depan : order ape dik? (sambil memandang saya yang dah lama tunggu)
Saya : order ayam masak kunyit..
Pakcik jaga kat depan : la...ayam goreng la...
Saya : eh, bukan ke lain ayam goreng dengan ayam masak kunyit??
Pakcik jaga kat depan : sama la....
Saya : ?? (buat muka pelik..)

Situasi kedua (pakcik yang sama...)
Saya : nak Nasi Goreng Sotong, bungkus..
Pakcik jaga kat depan : OK..

Beberapa minit kemudian...

Pakcik jaga kat depan : Nasi Goreng Seafood, bungkus..
Saya : bukan ni....

Beberapa minit kemudian...

Pakcik jaga kat depan : Nasi Goreng Seafood, bungkus..
Saya : aku tak order nasi goreng seafood kan?(tetibe je jadi was2) ntah2 jadi cam hari tu...

Beberapa minit kemudian lagi...

Pakcik jaga kat depan : order ape dik? (sambil memandang saya yang dah lama tunggu...lagi??)
Saya : order nasi goreng sotong..
Pakcik jaga kat depan : la...nasi goreng seafood la...
Saya : eh, bukan ke lain nasi goreng sotong dengan nasi goreng seafood??
Pakcik jaga kat depan : sama la...cume bezanya nasi goreng sotong ni takde udang jer
Saya : ?? (buat muka pelik...lagi)

Lepas ni tak tahu la menu ape yang namanya sama...huhu

Post untuk mengomel...

Assalamualaikum..

Saya tak tahu nak mulakan bagaimana..
Kepala ligat memikirkan perkataan yang ingin diluahkan..
Namun, perkataan ini perlu disusun berhati-hati...
Supaya isi tersirat di hati ini dapat dirasai oleh si pembaca...

Hahaha.. apa yang saya ngomel ni...
Nampak sangat tiada idea untuk bercerita..
Tapi saya suka berkongsi ilmu, kata2..
Saya suka ketengahkan ilmu sambil memberi penghargaan kepada si pemberi ilmu...

Tak kira la siapa.. mak ayah, kawan, pakar motivasi sekali pun..
Saya akan nyatakan nama mereka..
Saya pula tak layak nak bagi motivasi kat orang..
Nak motivasikan diri sendiri pun susah..

Saya ada membaca artikel berkenaan cinta..
Blog Ustaz Pahrol..
Saya ambil petikan dari tulisan dia..

Sebenarnya, pada siapa kita harus cinta?
Pada siapa kita mesti rindu?

Mungkin ada diantara kita yang tertanya-tanya.

Pada kekasih hati?

Setiap hati inginkan kasih-sayang, keadilan, kekayaan,

keindahan dan lain-lain sifat yang mulia, baik dan sempurna.


Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan.

Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih-sayang.

Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan.

Hakikat itulah bukti yang sebenarnya manusia cinta dan rindukan Tuhan.

Ketika kasih-sayang terputus atau cinta terkandas,

kita inginkan sambungan…
maka ketika itu sebenarnya kita sedang merindui
Ar Rahman dan Ar Rahim (Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang).


Terkesima juga la bila membaca..
huhu..
Terasa macam saya selalu memikirkan dia
sedangkan saya lupa yang saya harus memikirkan Pencipta dia, Allah s.w.t..

Kesimpulannya, apa2 yang berlaku, kembalilah kepada Allah..
Sekian terima kasih..

p/s : masih speechless..sebab tu lama tak update blog..huhu
p/s^2 : saya perlu kuat untuk minggu ini..dan juga minggu seterusnya..
p/s^3 : mulai post ini, saya mahu letak icon yang cantik dan comel..hehe

icon untuk hari ini : jom kita menjaga hati.. =)

Monday, January 4, 2010

hey bebudak software, meh klik sini...

Assalamualaikum..

insyaAllah kita akan buat program bbq untuk budak2 software aje..butirannya seperti berikut :

tarikh :17hb januari 2010 (ahad)
masa : dalam pukul 10 sampai pukul 3 kot..
tempat : wakaf di bukit expo, UPM
yuran : RM20

pembayaran boleh dibuat kepada cik amie affriza sebelum 17hb ni ek..
sape2 yg ade masalah kat pembayaran, inform kat amie atau saya..

harap korang dapat join program ni sebab program ni adalah yang pertama dibuat dan mungkin terakhir..ye la..belum tentu kita akan dapat berkumpul camni lagi lepas graduate nanti..

so harap korang dapat join ek...

ok... =)

nak bagi korang terliur dan lebih bersemangat untuk join..haha

p/s : bagitahu kawan2 yang lain ek..

Sunday, January 3, 2010

itulah kehidupan student..

Assalamualaikum..

Sampai hari ini, sudah 2 minggu saya berada di UPM.. baru bermula sem baru, kerja2 mula datang menyambut kehadiran saya..huhu.. saya harus berhati2 dalam sem ini kerana ini adalah sem terakhir saya..yahoo..haha..

1. proposal final year project(FYP)
- minggu lepas telah diadakan taklimat untuk FYP..tarikh2 penting telah pun diketahui.. sekarang ni, saya bertungkus lumus untuk mengemaskini proposal saya.. sebenarnya dah hantar pun, tapi ada yang perlu diubah pada literature review and methodologies..jadi saya perlu membuat kajian sekali lagi..

2. project dan user
- disebabkan FYP saya mempunyai real user iaitu bahagian pentadbiran UPM, saya perlu bertungkus lumus untuk menyiapkan sistem tersebut akhir bulan ini.. dan ini agak memberi tekanan yang hebat kerana saya perlu menggunakan PHP berbanding JSP yang saya pakai dahulu.. jadi saya perlu belajar menggunakan PHP untuk sistem tersebut..

- lagi satu cabaran saya adalah software requirement specification (SRS) yang masih tunggang langgang kerana user asyik bertukar requirement..sekarang, saya mengubah srs saya untuk kali ketiga.. harap lepas ni diorang berpuas hati dan bersetuju dengan srs saya ni...huhu

huh...3 cabaran je..ingatkan banyak la sangat..haha..walaupun sikit tapi dah tanggungjawab kita untuk menyiapkan kerja kita tepat pada masanya.. insyaAllah, saya boleh buat.. sebagai langkah permulaan, saya telah pun membeli planner kerana saya merupakan seorang yang pelupa mengenai hal penting.. jadi saya harap dengan adenyer planner tu sedikit sebanyak dapat membantu saya... apa2 pun, teruskan usaha dan jangan putus asa...yeah!!




p/s : harap tabah untuk hari esok..sentiasa alert dengan semua perkara..
p/s^2 : ada sesuatu yang ingin dikongsi..tapi untuk bebudak software jer..ape tuh?tunggu esok ek..hehe

tukar background

Assalamualaikum...

yeah..tukar lagi background..kalau dulu, bunga2 akan menghiasi blog saya yang melambangkan hati saya yang kebungaan masa tu...

sekarang ni, tema reben pulak yang menghiasi blog saya.. sebabnye, ntah la...nak try style baru kot..

kepada kawan2 yang nak komen, sila klik dibawah ye..hehe

Saturday, January 2, 2010

think twice, act wise..

.










p/s : ini post kedua untuk hari ni.. hari terasa seperti tidak ade kekuatan.. maka saya akan meletakkan post yang banyak untuk kembalikan kekuatan saya..huhu..(ini namanya tengah bengong..bukannya mencari kekuatan..huhu)

dikala pagi yang sepi..

.
Assalamualaikum...

baru je lepas baca blog ni.. pasal cara mencari pasangan dalam islam..

lepas baca tu, saya sedar, saya banyak kekurangan diri yang menyebabkan perkara tersebut berakhir begitu sahaja..

orang kata, cuba dulu, baru tahu.. tapi kalau orang tu dah tak sudi, masih releven lagi tak kata-kata tadi?

saya buntu..

Ya Allah, sekiranya dia memang ditakdirkan untuk ku, Kau bukakanlah hati dia untuk terima aku kembali.. Kau berikanlah kami petunjuk-Mu..

Tapi sekiranya dia bukan ditakdirkan untuk ku, Kau redhakanlah hati ini.. Kuatkanlah diri ini dalam menempuhi dugaan-Mu ini..

Friday, January 1, 2010

jalan2 sempena tahun baru tapi takde duit.. melopong aje la~

.
Assalamualaikum dan selamat tahun baru.. =)

Hari ni saya takde la nak celebrate sangat tahun baru ni sebab bagi saya, bila dah dunia semakin tua, kiamat pun semakin hampir.. so tak perlu la kot nak enjoy sangat.. nak enjoy pun berpada2..hehe

Tengah malam tadi tak leh tido sebab dengar bunyi letupan bunga api.. nampak jugak la bunga api yang cantik dari tingkap(sedih giler rai tahun baru kat tepi tingkap..huhu)..kat klcc pun nampak, kat ktdi pun nampak sangat (semangat betul diorang tu.. k5 bila lagi? hehe)

Lepas tu saya tido balik sampai pukul 3, saya terjaga dari tido.. teringat balik ade gerhana bulan yang muncul pada sekitar pukul 1 hingga pukul 5 pagi tak silap..(ye kot.. main agak jer..) jadi saya pun tercari2 di tepi tingkap(tingkap lagi..takde keje lain ker?) tak nampak pun..huhu tapi warna langit cam lain jugak la..(macam pernah tengok jer warna langit masa pukul 3..hehe)

Lepas subuh, saya bersiap untuk keluar berjumpa dengan kawan sekolah lama kat mid (walaupun berat badan saya ni untuk bersiap..) tapi fikir2 balik, camne aku nak pergi ke komuter ek? dah la susah nak dapatkan bus sekarang..tetiba jer teringat kat kak diha.. kebetulan pulak dia memang nak balik umah dan kak balqis nak hantar kak diha ke LRT sungai besi..jadi saya pun meminta tolong (bukan mengambil kesempatan ek..haha..) alhamdulillah, dapat gak transpot free..hehe

Dah sampai komuter.. tapi ade masalah timbul.. ramai giler orang keluar jalan2.. saya bajet takde la orang sangat nak kuar time cuti ni.. tapi sangkaan saya meleset 100%..tak pe la nadia.. kalau tak ade kereta, nak buat camne.. redha aje la..

Tren pun sampai..saya pun cube mencari port untuk menyelit..tapi ade la sorang pakcik tu, pakcik tu berdiri belakang saya..bila pintu tren buka, pakcik tu sedaya upaya menolak saya yang kecik lagi comel ni masuk ke dalam tren.. bayangkan la.. dalam tren tu pun dah penuh, pakcik tu nak tolak2 saya supaya dia pun dapat masuk ke dalam tren tu.. saya pun dah jadi macam sardin dalam tin..sardin dalam tin pun tak macam tu..huhu

Dah sampai mid..jumpa kawan saya, makan sambil bersembang hal masing2..best gak la sebab lama jugak la tak jumpa..lepas makan2 tu, kawan saya ajak shopping.. dia nak cari kasut.. kebetulan pulak saya pun nak mencari kasut.. dengar kata pulak JPA dah masukkan duit.. jadi saya pun cek baki akaun saya dengan harapan saya dapat membeli sepasang kasut.. tapi, rezeki saya takde kat sini..tak bertambah pun duit saya..huhu..

Jadi, saya hanya mampu menemani kawan saya (dan menggigit jari apabila nampak kasut lawa2 dan ada diskaun lagi..) dah abis singgah2 kedai, saya meminta untuk mengundurkan diri saya sebab taknak balik lambat sangat.. kalau balik lambat sangat, takut nanti kene berebut tren macam saya nak pergi mid tadi..huhu.. nasib baik kawan saya jenis memahami..lagi pun ade je kawan2 yang boleh temankan..

Alhamdulillah saya dapat balik dengan selamat dan berjalan dengan lancar..takde masalah..tunggu bus UPM dan bus kolej pun tak lama..mungkin rezeki saya lebih kepada masa dan keselamatan berbanding wang kot?hanya Allah yang tahu~

p/s : teringat kasut yang saya berkenan tadi..huhu..ada duit nanti saya beli la..huhu