Monday, December 28, 2009

kantoi...

.
Saya : wow, carpet baru la...
Kakak surau : yang sorang ni lagi hebat...
Saya : amende yang hebat??
Kakak surau : carpet ni dah lama tukar masa sem lepas..
Saya : .... (termalu) <-- ini la akibatnye kalau dah lama tak pergi surau...huhu


sabar ek nadia..perubahan memerlukan pengorbanan... insyaAllah saya akan kerap pergi surau..amiin..

Friday, December 25, 2009

Perlu sabar atau perlu positif?

Assalamualaikum...

Time saya update post ni adalah dalam pukul 7 pagi..awal tak? haha...daripada saya tido membuta pagi2 (kalau tido lepas subuh, rezeki susah nak datang..), baik saya membuang masa saya kat sini..hehe..

Bila tengah fikirkan idea untuk menulis blog ni, baru saya perasan... saya lebih meletakkan perasaan saya di blog berbanding perkara lain...haha.. patut la orang kata saya ni emotional... sampaikan blog pun emo...ape ni nadia...tak yah la emo2...huhu

Tapi ada suatu perkara yang terlintas di fikiran saya semalam.. bukan la nak memperbesarkan masalah ini, tapi sekadar peringatan kepada saya dan juga yang lain.. ade la seorang kawan saya ni.. dia ade meluahkan perasaan tidak puas hati pada saya.. Luahan dia lbh kurang begini, "Cara ko ajar aku macam malas nak ajar aku.. aku ni dah la sensitif.. klu aku pun boleh sensitif, camne dengan org lain?"..

Emm..sebenarnya, bukan dia sorang kata camtu...adik2 saya pun kata camtu..senang cerita la.. saya memang tidak layak untuk menjadi seorang pengajar @ guru..sebab saya mempunyai satu sifat yang susah untuk dibendung apatah lagi untuk dihapuskan...

Ingat lagi maksu saya cakap pada masa cuti sem, "Kakak adalah seorang yang straight forward..kalau tak suka dengan perkara tu, memang terus cakap tak suka..kalau tak cakap pun, orang boleh nampak melalui mimik muka atau perbuatan..." wohoo..orang yang jarang jumpa dengan saya pun boleh kata camtu...

Saya tak tahu la samada sifat ini membawa kebaikan atau keburukan.. mungkin sifat ni ada kebaikan sekiranya saya berada dalam situasi yang memerlukan saya untuk membuat keputusan..tapi itu cuma situasi yang minoriti, jarang nak berdepan dengan situasi itu..sebab hakikatnya, sifat ini tidak boleh digunakan semasa saya bersama dengan keluarga saya dan kawan saya.. keluarga saya pasti memahami sebab saya membesar dengan mereka, jadi mereka tahu sifat ini..

Tapi bagaimana dengan kawan saya? apatah lagi mendapat seorang kawan yang sensitif..susah wooo...pada mulanya saya buat camni..bila sesuatu perkara berlaku dan saya tak suka dengan perkara tu, saya cuba bisik dalam hati supaya bersabar..cuba gak la walaupun agak sukar..kadang2 tu sampai kene control muka dan suara...tapi dah lama2, sabar pun entah pergi kemana..(lupa nak bersabar..hehe)

Lama jugak la praktikkan sifat sabar tapi bukan 100% boleh mengubah sifat buruk ni.. sampai la ada seorang kakak memberitahu saya tentang 1 perkara, "Sebenarnya bukannya keberatan masalah yang menjadi punca masalah hidup, tapi bagaimana kita nak menerima masalah kita dalam kehidupan..kalau kau terima masalah itu dengan sifat positif, insyaAllah, kerja pun jadi mudah, masalah pun senang untuk diselesaikan..tapi kalau kau terima masalah dengan sifat negatif, kerja pun susah nak siap, bertambah tension jadinya..."

Jadi, kunci yang paling utama adalah sentiasa berfikiran positif dalam kehidupan seharian.. tapi camne ek?yang itu, saya sedang mencari..tapi yang pernah saya dengar, nak pupuk sifat positif kene bermula dari rohani dahulu...jadi, kene banyak baca al-Quran, solat kene jaga, berzikir dan sebagainya...(korang tahu kan?) lepas tu, kalau ade masalah atau situasi yang tak menyenangkan berlaku, 1st sekali, kene senyum..(part ni yang paling susah..)senyum pun kene tgk gak, senyum ikhlas ker senyum sinis..hehe.. dan banyakkan istighfar kalau rasa cam tak puas hati ker, rasa nak marah ker...(banyak betol senarai, boleh ker buat ni??huhu..insyaAllah boleh..)

Kepada kawan saya yang meluahkan perasaan tak puas hati tu, terima kasih sebab sedarkan saya dari terlena...tolong bimbing saya untuk menjadi seorang kawan yang terbaik disisi awak... =) dan minta maaf di atas perbuatan yang melukakan hati awak semalam.. saya sedar sebenarnya tapi tak tahu camne nak luahkan.. minta maaf...

bunga untuk kawan saya...hehe

p/s : syoknye shopping online..dah terkena aura kak amie dah...kak amie, akak kene bertanggungjawab di atas minat saya yang tiba2 muncul ni...hahaha

Thursday, December 17, 2009

susah nak convert perasaan kepada tulisan..ade tak software macam tu??

"Semangat oo semangat.. mana perginye kau.. mari datang kepada ku.. berdampinglah denganku.. agar aku menjadi kuat untuk memerangi musuh2 ku.. hahaha..."

Adoi nadia ni.. siap cipta mantera lagi.. khurafat ni..haha.. bukannye ape..sejak kebelakangan ni aku jadi lemah..semakin lemah..akhirnya air mata yang menemani aku ketika aku bersendirian..nampak sangatkan aku ni lemah..

Dulu aku tak macam ni.. masa aku sekolah dulu, aku ni kira hebat jugak la sebab aku tak reti nanges sebab lelaki.. bagi aku, baik aku nanges sebab tak dapat sambung belajar..

Tapi bila aku dah semakin membesar, belajar mengenali lelaki dan belajar mengenai cinta, aku bertukar menjadi orang yang kuat kepada orang yang sensitif.. sehinggakan memerlukan seseorang untuk memujuk hati yang sedih ini..

Dulu aku fikir, aku boleh berjaya dalam study aku walaupun aku ditimpa pelbagai masalah dalam hidup aku.. bagi aku, masalah peribadi dan masalah study adalah 2 perkara yang berlainan dan tidak boleh dicampur adukkan..

Tapi kali ni dah lain.. aku bukan sahaja kecundang dalam soal hati.. study aku pun sama2 kecundang.. sedih sangat sebab tak dapat kedua2nye..

Aku telefon kawan aku sebab kesedihan yang terlampau sgt.. masa tu aku tengah mencari seseorang supaya dia dapat menemani aku semasa aku menangis.. Dia suruh aku baca makna Surah al-Baqarah ayat 216..

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."


Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya.. aku yakin.. teringat pesan kawan aku, "Kalau kita ada masalah, mesti ada hikmah disebalik masalah itu.. tapi kita kene cari hikmah tu, baru hati kita rasa tenang.."

emm.. yang lepas tu lepas la..memang hati terguris bila terkenangkan masa lalu, tapi aku rasa ini yang terbaik untuk aku.. dan aku kene teruskan hidup ini dengan sebaik mungkin.. insyaAllah..

"Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu."

p/s : sori ayat terabur.. sebab kalau boleh nak tulis apa yang aku rasa kat blog ni..tapi tak reti nak organize pulak..jadi aku letak yang penting jer..hehe

Sunday, December 13, 2009

Nur Kasih..

Assalamualaikum...

Suka sangat lagu ni bila saya hayati lirik lagu ni betul2.. Lebih2 lagi dengan situasi yang saya hadapi sekarang.. Suka jugak dengan jalan ceritanya... tapi yang penting bukan nak tengok pelakon yang cantik atau hensem, tapi pengajaran yg terdapat dalam cerita ni... Saya pun banyak belajar dalam cerita ni.. harap2 saya boleh bersabar seperti Nur...amiin...

Lewat ini kurasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur Kasih
Nur Kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur Kasih
Nur Kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi....

Monday, November 9, 2009

...

.
Tak tahu bagaiman nak luahkan
perasaan aku ketika ini
Walaupun aku menulis kata2 puitis
tapi tidak sama dengan perasaan yang dialami ketika ini

Aku memang seorang emosional...
suka marah2 tak tentu pasal
suka merajuk secara tiba2
keegoan yang terlampau tinggi
tapi itu dulu

sekarang aku dah sedar dengan kesalahan aku
yang akhirnya memakan diri aku sendiri

aku mengharapkan keadaan kembali pulih
tapi tak tahu la boleh ke tak
sebab semuanya berpunca dari kesalahan aku
maafkan aku..

Aku tahu, kata2 manis pun tidak mampu
untuk mengubat hati yang terluka
itu terpulang kepada kau
sebab kau lebih layak menentukan
apa yang akan terjadi selepas ni...



Wednesday, November 4, 2009

Citer ape la ni...

Assalamualaikum...

Saya baru je balik dari rumah di penang.. memang jauh tapi rasa puas beb.. puas sebab dapat menatap wajah kesayangan saya iaitu my parents dan adik2 ku yang macam2 perangai dia...

Cam biasa la perangai adik2 aku ni... perangai masih lagi tak berubah..adik saya yang bongsu ni, nak dekat 2 3 minit nak pukul 1.10 ptg, baru terhegeh2 nak pergi sekolah.. mentang2 la sekolah dekat...huhu..saya dulu nak pergi sekolah dulu kene bersiap 1 jam awal sebab sekolah jauh.. lagipun naik bus sekolah yang memang on time <--pernah tertinggal bus dulu..huhu..

Dah menjadi kebiasaan, bila saya atau adik lelaki yang ke-2 balik rumah, mak ayah akan bawa saya pergi jumpa tok dan tokwan.. kata mak, tok selalu tanye pasal kitorang.."bila la shahirah(panggilan family) dgn hisham nak balik ni..."huhu... sampai je kat rumah tok, saya terus tegur tok saya sambil menunjukkan gigi saya yang bersinar akibat pantulan cahaya..huhu..

"tok, tengok gigi shahirah ni...lawa tak?"

"lor..gigi besi tu..(sambil buat muka pelik..) bila hang buat gigi camtu, teringat masa tok baya shahirah dulu..."<-- tok pandang siling untuk mengimbau kembali zaman remajanyer(oit...ini bukan drama..) tok pun teruskan cerita..

"dulu gigi kapak tok berselisih..pastu ade cam hitam2 kat celah2..pastu tahu tak ape tok buat.."

"tok buat ape?" saya pun memandang siling sebab memikirkan apakah yang terjadi..(oit..sudah la tu..)

"tok buang gigi kapak, lepas tu tanam gigi palsu..tapi bila dah makin tua, makan pun jadi susah.. asyik terkeluar je...last2 malas la tok nak pakai gigi palsu.. tok terus cabut gigi palsu..tu sebab dah rongak dah..(sambil menunjukkan giginyer..<-- korang bayang la sendiri...huhu)"

saya dan family saya ketawa besar gak la...tokwan pulak suke mengusik tok...suke tgk telatah orang tua..hehe malam pula, adik saya yang ke-4, zati tunjukkan kawan2 kelas dia..sambil2 tu dia cerita la perangai budak2 kelas diorang..bila dengar citer dia, macam dah jadi kebiasaan budak2 sekolah suke dengki satu sama lain, lawan siapa yang paling lawa..yang tak lawa tu kene ejek...ala.. nama pun budak2..

kemudian saya tanye pasal budak lelaki dalam kelas dia..ramai gak la budak lelaki dalam kelas dia, dalam 8 orang(bagi aku ramai la...tak tau la bagi korang..) lepas dia cerita habis, saya terkenangkan budak2 lelaki dalam kelas saya dulu... masa time saya sekolah dulu, tak ramai pun lelaki yang dapat masuk kelas sains..dan kebetulan masa tu saya masuk kelas yang pertama, jadi faham2 je la..lelaki melayu punye la sikit masa tu..

nak dipendekkan cerita, masa saya form5, ade 2 orang lelaki melayu terakhir dalam kelas aku (5sc1)..(2 jer..sikit giler..) sorang tu nama dia tarmizi..dia ni boleh la dikira budak alim..dan best gak sembang2 dengan dia.. lagi sorang pulak nama dia qayum...dia ni pendiam betul la..(lebih kurang cam anje..)..kalau dia cakap jer, emas keluar berketul2...huhu..bahasa dia cume angguk, geleng, senyum jer..bila disuruh cakap, baru cakap...huhu
kelas 5sc1<-- kelas saya dulu..cube bilang berapa ramai budak lelaki melayu dalam kelas ni?hehe

bila saya habis spm dan melangkah ke matrikulasi pulak, ade gak pasang angan2 nak tengok lelaki yang ramai dalam kelas aku..amboii..gatal gak ek kau ni...ehh bukan la..korang kene faham situasi saya ni..(pulak dah..) kan kelas saya sebelum ni kan kurang lelaki melayu.. teringin gak nak tengok lelaki melayu yang ramai..baru sejuk hati bila tengok ramai lelaki melayu yang berwawasan dan bercita2 tinggi...hehe...(ayat tak menahan punyer...)

bila masuk kelas kat matrik, baru la mata saya sejuk sikit.. sebab ape? sebab first time saya dapat kelas yang lelaki lebih ramai dari perempuan..nama pun kelas fizik kan?(yahooo...hajat tercapai..) kelas F2P2 mempunyai 15 lelaki dan 10 wanita ayu termasuk saya...hehe...itu baru dalam kelas..belum lagi bila masuk kuliah F2.. saya masuk dewan kuliah jer, mata saya terus bersilau sebab tengok lelaki melimpah ruah..(astaghfirullah...zina mata ni..) muahaha..tak de la sampai camtu.. haha...gurau jer...tapi tu la pengalaman yang paling berharga sebab bukan senang nak tengok ramai lelaki yang dapat sambung belajar...


kelas F2P2 <-- kelas saya masa matrik..cube korang bilang berapa ramai budak laki dalam kelas ni?huhu

Bila dah masuk u, perkara tu selalu menjadi topik hangat terutamanye semasa kemasukan pelajar baru pada setiap sesi termasuk la sesi saya sendiri.. sampaikan dalam kolej ni pun, satu blok pun dah memadai untuk lelaki ini tinggal di kolej..huhu..tapi untungkan lelaki ni...disebabkan lelaki sikit jer yang ada, maka mereka menjadi rebutan dikalangan wanita...huhu..tak pe la lelaki...asalkan korang pandai jaga diri sudah ek...dan jadilah lelaki yang bertanggungjawab sebab korang ni kan bakal mewarisi tampuk pemerintahan sekarang...huhu..berceramah pulak saya ni....

p/s :
1. ucapan takziah buat kawan saya, dila kerana kematian ayahnya pagi tadi..al-fatihah...
2. yang masih hidup, hargailah masa yang ada ini dengan melakukan perkara yang diredhai Allah...insyaAllah...

Friday, October 30, 2009

Semalam..

Tahniah la kau, nadia... tahniah sebab tak boleh nak jawab paper information system (IS) semalam.. haha... tengok soalan semalam, terkebil2 mata saya untuk mencari jawapan dalam kepala saya... nape saya tak nampak jawapan ni?? huhu... kan saya dah bancuh air dengan nota IS dan minum sampai licin... takkan tak boleh jawab jugak...huhu...

Tapi nak buat camne kan.. blank camne pun, saya gagah jugak menjawab soalan walaupun saya sendiri pun tak tahu ape yang saya tulis.. ye la.. kalau dah tak tahu nak jawab, camne nak goreng jawapan tu makcik oii....

Tak tahu la.. saya taknak disebabkan masalah yang saya hadapi yang menyebabkan saya tak boleh nak score dalam exam.. masalah ape tu? ha.. yang ni korang tak tahu... tu sebab saya nak bagitahu.. dan nak bagi korang tahu...(mula nak mengarut dah nadia ni.....)

Sebelum tu, saya nak minta maaf kepada semua yang baca post sebelum tu iaitu 'Dr. Chenta'... nape?? sebeb sebenarnye yang minta tolong tu bukan kawan saya, tapi saya yang minta tolong...huhu.. bengongkan saya ni... saya yang bermasalah tapi tuduh kawan saya yang bermasalah... cian kawan saya....

Camne citernyer?? panjang sungguh ceritanye sehingga tuan hamba pun tidak mampu untuk meringkaskan cerita tu... ye la... saya bukannye kerja sebagai penyunting cerita...ngeh2.. sudah2.. pasal citer tu, biarlah kawan2 saya yang tertentu yang tahu...

Ade orang komen pasal bunga tu.. "Tak pe la kalau bagi bunga kat ex-gf dia.. lagipun x-gf dia kan tengah konvo.." emm.. saya tahu, saya tak patut marah kat dia sebab pasal hal tu.. tapi cube korang faham situasi saya sekarang.. saya takut nak kacau dia sebab saya selalu fikir yang dia tu busy dengan projek..nape saya fikir camtu?

Hari tu saya ajak dia temankan saya pergi cek gigi... jauh tu kat puduraya kot...kawan2 saya takleh temankan sebab ade kelas.. jadi saya minta tolong dia..dan dia kata "Tengok la dulu camne.." Bagi saya, "Tengok la dulu" tu maksudnye dia taknak.. jadi saya pun merajuk...(ngeh2..) dengan beberapa taktik yang saya gunakan, baru dia sudi keluar dengan saya..(ini bukan paksaan yer...haha)

Dia ada nasihat saya.. "Awak ni suka fikir yang bukan2(berfikiran negatif).." Atas nasihat tu, saya cuba untuk mengubah satu perkara yang negatif kepada positif.. kalau ade pape yang tak kena, saya akan cakap dalam hati.."Takpe.. dia kan busy..."

Tapi bila saya dapat tahu pasal ex-gf dia, agak2 korang la kalau korang duduk kat tempat saya ni.. korang akan rasa ape? rasa xde pape? rasa hepi? rasa seronok?

warghh...sudah2 nadia..jangan emo2... tak baik... astaghfirullah... tu kan kawan lama dia.. nape saya nak marah2 ni..emmm.... sepatutnyer blog ni kene sentiasa ceria seperti bunga yang berkembang di dalam blog saya ni.. tapi saya sendiri yang telah mencemarkan blog saya ni...huhu sorry my blog...

Apa2 pun yang terjadi, saya tetap sayangkan dia dan bersabar dengan dia.. tapi buat masa ni, saya perlu bersendirian.. banyak berdoa.. dapatkan sokongan dari kawan2, mak especially.....

Sambung citer balik.. lepas habis jer paper IS, saya terus siapkan assignment yang tertunggak.. balik bilik, mandi solat maghrib dan...... keluar...ngeh2.. ape ni.. anak dara mana boleh keluar malam2... ala..sekali je pun keluar.. nak keluar makan jer...(ini monolog yer...) Kak nazi yang ajak saya kuar makan..huhu.. dan kitorang makan kat secret recipes..(betulkah aku eja ni??)

No wonder la nape kawan2 saya suke makan kat sini.. sebab sedap..first time makan kat sini..(sebenarnye 2 kali..tapi yang first time tu makan kek jer..) memang sedap makan dan sedap bayar...huhu..tapi berbaloi beb...

Yang coklat tu saya punya.. yang sebelah air saya tu, kak nazi punya..

Saya bersama kek hazel cheese dan air coklat(lupa nama dia..)

Kak nazi dengan kek dan airnya...huhu

Best malam tu.. thanks kak nazi sebab sudi dengar cerita nedy..huhu.. terharu sangat.. sambil2 makan, kitorang imbau kembali kenangan masa first and second year... huhu.. seronok.. join aktiviti dan jumpa si dia...hehe.. and thanks gak sebab belanja nedy makan...hehe.

Balik bilik, panggil kak ami datang bilik.. kak ami pelik sebab muka saya berseri2 macam jumpa si dia.. haha.. mana ade la kak ami.. nedy hepi sebab ade orang take care pasal nedy...hehe

Kemudian saya lanjutkan aktiviti saya dengan kak ami dengan melayan cerita hantu...wargh.. takut seh... saya yang paling banyak menjerit.. kak ami rileks jer.. ye la.. sebab dia dah tengok dah..huhu.. semput tengok cerita hantu ni..tapi kak ami layan jer saya ni.. sampai kak ami tertido pun, saya terpaksa kejut dia sebab takut sangat... adoi nadia...citer je pown~

apepe pun...memang malam semalam tersangat la best..huhu..thanks kak nazi and kak ami sebab layan perangai nedy yang sengal semalam...hehe

p/s : tapi masih teringat2 muka hantu tu...wargh...jangan kacau hidup saya.....

Wednesday, October 28, 2009

Dr. Chenta??

Tolong... tolong... bukan saya yang minta tolong... ni ha kawan saya sorang ni.... dia ada masalah dengan bf dia... bf dia ni still berkawan dengan ex-gf dia... siap bagi bunga lagi... ape kes? betul ker?

Saya tak reti la nak bagi nasihat camne... boleh tak korang bagi cadangan... untuk kawan aku ni jugak tau... tolong ek....

p/s : UPM xde air la pulak... nak mandi tadi pun kene mengangkut air... untung budak2 yang dok first floor...

Sunday, October 25, 2009

10 Nasihat Untuk Orang Yang Bercinta

Artikel ni di ambil dari iluvislam.com.. saja amik artikel ni untuk ingatkan saya dan kawan2 saya lain yang sedang bercinta supaya menjaga cinta tu dengan betul... bukan diselitkan dengan nafsu... insyaAllah...

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

p/s :

1. rasa cam tak layak nak mencintai dia sebab cinta kepada Allah pun tak sampai lagi... Ya Allah, berikanlah aku petunjuk Mu....

2. All the best kepada kawan2 saya yang bakal menduduki peperiksaan esok... belajar rajin2 ye... =)

Tuesday, October 20, 2009

Post bergambar..

Hari ni tak nak cakap banyak2 sebab mulut dah kene ulser akibat penggeseran antara mulut dan braces...huhu.. tapi takde kaitan pun dengan blog sebab blog mana boleh cakap..huhu

Ni gambar masa integrasi ceria Kolej Kelima.. sikit jer amik gambar sebab busy jaga makanan VIP...



p/s : database tak siap lagi ni...camne nak present esok...huhu~~

Monday, October 19, 2009

Sila beratur...

Apa perasaan korang kalau korang beratur punye la lama tapi last2 ade orang potong line korang.. ape korang rasa ek?

Memang la kat situ takde sign board "Sila beratur", tapi kita kan ada adab orang timur..nama pun 1 Malaysia kan? Kalau dah nampak orang tengah beratur tu, jangan la ikut sedap hati jer nak memotong...

Rasa dalam hati nak jer cakap.. "Elo cik adik..tolong beratur boleh tak? tak nampak ke kitorang tengah beratur ni.." Ape la.. nama pelajar U tapi budi bahasa tak dipraktikkan...

p/s : uishh..tak baik marah2.. nanti syaitan boleh hasut saya untuk berdendam pulak...astaghfirullah....

Saturday, October 17, 2009

Kisah lama...

Terkejut saya tengok facebook kawan saya semalam.. 'A' in relationship with 'B'... siap kata B dia tu bakal jadi future husband.. terus teringat kisah lampau b4 saya nak masuk matrik n9..

Beberapa minggu lagi saya akan pergi mendaftar ke matrik n9.. masa tu memang tengah busy buat persiapan pergi ke sana.. dan pada masa tu jugak la ade beberapa mamat cube try takle saya, termasuk la si B ni....

Saya dengan B ni memang berkawan semasa sekolah dulu.. tapi kawan setakat bagi nota kimia, fizik dan sewaktu dengannya... nak kata suka tu, biasa la...huhu.. tetiba dia kata dia suka kat saya masa tu...

Pada masa yang sama, saya dan A agak rapat ketika itu.. A la yang menasihati saya supaya tidak menerima cinta si B atas sebab yang tertentu... memang beriya2 la suruh saya menolak... siap listkan segala keburukan yang ada pada si B...

Masalahnyer, si B ni pulak kata jangan percaya cakap si A.. alasannya pulak sebab si A ni suka kat si B... si B ni suruh saya percaya cakap dia dan terima cinta dia...

Saya yang pada masa tu memang bengong... Aku nak percaya cakap sape ni?? detus hati saya..... last2 saya mencari rujukan terakhir saya iaitu mak saya... mak saya kata "Akak tak payah la layan diorang tu...Kalau akak nak laki sangat, lepas ni akak akan jumpa bermacam2 jenis lelaki nanti..." Jadi, saya pun malas nak layan dan terus menyambung pelajaran di matrik...

Tapi, ingatkan masalah tu selesai, tapi rupanya masalah tu di bawa ke matrik.. si B menelifon saya setiap minggu untuk memastikan saya sihat wal 'afiat la kunun.... dan cam biasa, dia mesti akan bercerita mengenai si A....

"Aku terima si A sebab simpati, nadia.. Dia selalu mengadu dia sakit kepala la..tak larat nak bangun... selalu cakap pasal kematian la.. aku kesian kat dia nadia... tapi apepe pun yang berlaku, aku tetap suka kat ko..."

Ceh..yo la tu suke...kalau suke, buat ape nak layan si A.. sudah la.. saya pun terus putuskan hubungan dengan si B.. nanti kang hubungan saya dengan si A akan terjejas.. lagi pun sekarang ni si A tu sihat jer saya tengok....huhu

dan sekarang ni, saya memang tak sangka korang ni couple betul ek? tahniah la buat korang... saya tak marah pun.. korang nak buat ape, buat la... cume satu jer saya nak pesan, lain kali kalau dah korang suke sama suke tu, cakap je la terus terang... tak payah nak kutuk2 dan senaraikan keburukan orang yang ko suke tu kat saya... nasib baik saya malas nak layan... kutuk2 sangat, last2 couple gak korang...

tak pe la.. asalkan korang bahagia sehingga ke akhir hayat....

p/s : betul kata mak.. saya dah kenal macam2 laki...dan saya dah jumpa dah sorang...huhu~~

Saturday, October 10, 2009

Happy birthday....

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Hari ini dengan rasminya umur saya bertambah satu lagi tahun.. dah umur 21 tahun dah.. tapi kalau di terbalikkan nombor itu, saya baru lagi 12 tahun..haha...

Firstly, terima kasih kepada mak dan ayah sebab wish bufday kakak.. rindunyer kat umah... sabo2.. lagi satu bulan lebih jer lagi... huhu.. touching nyer baca mesej mak saya..

"Selamat menyambut ulang tahun yang ke 21. Semoga panjang umur, murah rezeki. Jadi anak yang solehah, anak yang bijak dan cantik. Cepat2 dapat jodoh."

Amiin~~

Terima kasih juga kepada muim sebab beli kek untuk saya.. ingatkan dia lupa sebab dia busy dengan projek dia.. terima kasih ek muim...


Tak lupa juga kepada kengkawan yang join sambut bufday.. Kak ami, kak azu, kak nazi, dila, diya, nuri and anja.. terima kasih ek korang sume.. Kepada sya, terima kasih gak ingat bufday nedy walaupun tak join semalam.. saya sayang korang sume... =)

Terima kasih gak kepada kengkawan yang wish bufday by sms.. really appreciated it...(banyak pulak terima kasihnyer.. cam penghargaan pulak..hehe)

Semalam lepak kat bilik kak ami.. makan megi.. seronok betul.. lepas tu kak ami bagi present yg sangat comel dan amat memberi makna bagi nedy.. terima kasih banyak2 yer kak ami...

Ape ek saya doakan sempena bufday kali ni? sebenarnya 3 perkara yang saya nak lepas graduate nanti.. 1) sambung belajar 2) kerja 3) kahwin.... tapi kan.. saya nak yang mana dulu ek?

Kerja dulu, pastu sambung belajar, pastu baru kahwin...gitu ek? ker kahwin dulu, baru sambung belajar....? sempat ke nak sambung belajar kalau dah kawen... kerja pun belum tentu boleh...huhu~

Takpe la.. bak kata kak diha, "Yang penting belajar rajin2 dulu.. lepas tu baru pikir lepas ni nedy nak buat apa.. kalau pikir sekarang tapi belajar entah kemana, susah gak kan?" betul betul betul...

"Umur itu amanah.." Semakin umur kita meningkat, semakin banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul.. bukan sahaja sebagai seorang student dan anak semata2, tapi sebagai hamba Allah.. lagipun Dia yang memberi saya peluang lagi satu tahun.. maknanya saya perlu berusaha lagi untuk menjadi yang terbaik di dunia dan di akhirat.. insyaAllah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


tapi kan, umur saya dah 21 tahun.. jadi boleh la saya pikir pasal kawen kan... betul tak mak???hehe

Friday, October 9, 2009

Tak tau la citer pasal ape ni...

Bismillahirahmaanirrahiim..

Kesibukan yang melanda dari cuti raya lepas sehingga sekarang buat saya tak sempat nak update blog.. Kadang2 tak bukak pun facebook sebab takde masa nak main benda2 tu semua...

Test 2 dah abis dah... lega la skit... sekarang ni nak tumpu pada projek database yang tak habis2 lagi... aiyoo... insyaAllah dapat habiskan next week kot....huhu

Tengah pening pasal projek database, bertambah sakit kepala bila pikir pasal projek final year pulak... huhu.. tengah dok siapkan projek database, kawan saya datang kat saya dan tanya "Ko dah pilih dah projek final year?"

Adoi.. bukannye ape... saya tak pikir lagi pasal projek ni.. projek yang ada kat depan mata pun belum siap lagi.... Lepas tu masing2 bercerita tentang tajuk projek final year.. Apa modul nak dimasukkan lah.. siap nak buat sms alert la.. itu la.. ini la...

Saya yang mendengar pun cam resah jer.. yo la.. tajuk pun tak de.. camne nak nak plan projek saya..huhu.. akhirnya, saya pun pergi la jumpa supervisor saya.. nak bincang pasal projek final year... mana tahu dia boleh tolong..

Alhamdulillah.. bila jumpa supervisor, dia kata dia nak bagi user requirement.. ini bermakna saya tak perlu pikirkan tajuk kerana supervisor saya dah bagi tajuk kat saya...hehe.. tapi saya kene buat yang terbaik untuk projek ini sebab saya ada real user dan saya akan bakal meeting dengan user saya pada next week... wah wah.. dah busy lagi la saya nanti...huhu...

Hari khamis lepas (1/10), saya dah mula memakai braces..huhu.. mula2 pakai tak rasa sakit.. tapi bila dah lama2, baru rasa ngilu kat gigi...huhu... masa tu memang sakit la.. sampai makan ubat tahan sakit sebab sakit sangat...huhu..

Masa kat klinik tu, nurse suruh saya pilih warna untuk braces saya.. mulanya saya pilih warna putih sebab nak bagi nampak natural.. tapi nurse tu pulak kata, "Adik, pilih la warna terang sikit.. baru la nampak style..." atas nasihat yang diberikan, saya pun memilih warna merah...hehe

Bila lama2 dah pakai, rasa macam dah selesa la pulak dengan braces ni.. siap makan kfc lagi semalam dengan kak ami, diya dan sya..huhu sampai kawan kelas saya pelik tengok saya masa hari kedua saya pakai braces.. "Nedy, ko tak sakit ke pakai braces tu, siap boleh gelak2 lagi.. makan pun selamba jer... kawan aku dulu masa first day pakai braces, makan bubur je tau.. lepas tu senyap jer dia.. tak banyak cakap.." huhu.. entah la.. no komen...

p/s : kak ami.. nedy dah update blog dah.. huhu..

Wednesday, September 16, 2009

Tukar template..

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Dengan ini, ingin saya beritahu bahawa blog ini sudah bertukar wajah..(tak perlu kot nak buat pengumuman..huhu) Boring dengan layout lama.. tetiba rasa nak tukar baru..

Dengan adenyer sifu blogger a.k.a rubi diya, senang saya nak buat edited kat blog saya ni.. sebelum ni pernah tukar, tapi blog saya jadi kelam kabut... sejak dari situ saya takut nak tukar template lagi...huhu..

dapat gak belajar ilmu baru... baru la semangat nak update blog selalu... hehe...

p/s : esok test information system.. tapi satu ape tak study lagi ni... ape la saya ni... dush dush... takpe.. yang penting mood raya kene ade.. huhu..

Braces

Bismillahirrahmanirrahim...

Teringat kisah semasa saya berada di form 4.. Ada sorang kawan saya ni telah memakai braces dan menghadapi kesukaran untuk makan.. dia hanya makan roti di sekolah dan di rumah, dia hanya memakan bubur sahaja.. seksa gak la dia cerita kat saya.. dia Indian boy dan kami rapat ketika itu..


"Memang sakit nadia.. tapi sakit ni sekejap jer... 2 3 hari nanti, hilang la.. nadia, kau tak nak cuba ker?"

"Eh? Cuba? Tak nak la.. tak confident lak nak pakai..huhu"

"try la pakai.. kau mesti lawa kalau kau pakai..."

Selepas itu, saya pun try la.. mana tahu dapat kan? lalu pada bulan oktober, selepas hari jadi saya, saya di bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.. tapi malangnya..

"Adik.. adik boleh dapatkan rawatan ini.. tapi kene tunggu 4 tahun lagi sebab ramai lagi yang tengah tunggu turn nak buat braces.. adik tunggu jer panggilan dari kami"

Klinik kerajaan... biasa la tu.. tapi tak pe.. saya pasrah je waktu tu.. memang hati melonjak nak pakai braces tapi nak buat camne.. kene tunggu 4 tahun.. nak buat cepat, kena la buat rawatan di klinik swasta.. tapi mahal la.. family saya tak mampu ketika itu.. mak aje la yang banyak beri nasihat pada saya..

"Akak sabar je la ek.. lagipun benda tu tak penting lagi.. yang penting sekarang ni belajar.. nak sambung belajar pun kene pakai duit jugak.. lagipun, akak memang dah lawa per..(ye ker statement ni?)"

Jadi, saya melupakan hasrat nak memakai braces.. sampai dah masuk UPM pun tak dapat khabar berita dari klinik tu.. jadi saya malas nak fikir pasal braces ni.. huhu

Tetapi... mak saya telepon saya masa tengah sibuk buat praktikal.. mak saya kata yang saya dah kena panggil oleh klinik tu untuk buat rawatan braces.. seronok tak kira... lama beb tunggu.. huhu..

Sori la kepada kawan2 yang saya tak cerita yang saya dapat pakai braces.. bukan tak nak cerita.. tapi takut apa yang saya nak dan harapkan selama ni akhirnya tak dapat dan tak bernasib baik.. itu pun sebab saya ade pengalaman yang lepas pasal benda ni.. bila dah betul2 dapat, baru saya akan cerita..

Baru2 ni pada hari isnin, 1 gigi geraham kecil sebelah kiri telah dicabut... rupanya saya ni takut cabut gigi rupanya..huhu.. tapi sedih tau sebab dah hampir 21 tahun gigi tu dah berkhidmat untuk saya... dah la sakit... tak boleh makan pedas, benda yang keras dan kena kunyah pelan2.. nanti gusi berdarah..

Ingat lagi saya pergi ke bilik kak ami dan melantak nasi goreng sotong.. tak hengat gusi tu tengah sakit.. at the end, darah keluar tak henti2 sampai risau sangat2 dah..huhu..

Lepas raya ni cabut belah kanan pulak.. harap2 tak sakit... hehe

Tuesday, September 15, 2009

Updated

"Nedy, update blog.."
"Ye la...nak update la ni..."
Kesibukan saya melayan assignment2 yang hadir menyebabkan aku terlupa untuk update.. mana tak nye...assignment datang berduyun2...ditambah pula dengan test 1 yang sudah berlalu...tak cukup tangan dibuatnye...
.
"Amacam test 1?"
"Boleh la..."
Itu je kalimah yang saya ucapkan... hakikatnyer sukar untuk saya luahkan dengan kata2... saya dah masak sangat dengan markah test 1 yang hanya sekadar cukup2 makan... usaha dah... ape lagi ek yang tak kena? mungkin ada lagi yang tak cukup ramuan dan perasa yang menyebabkan markah saya ni cukup rasa jer...huhu..
.
"Tahniah dpt anugerah MAP"
"Terima kasih.."
Teringat pada hari itu.. Hari dimana setiap pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang telah mendapat anugerah daripada pengetua.. Dan saya adalah diantara pelajar tersebut.. Tapi entah kenapa saya tidak merasa bangga di atas kejayaan ini.. Pernah terfikir saya ingin menolak anugerah ni..(macam la saya ni orang penting sangat nak tolak2 anugerah...huhu) tapi bak kata orang...
.
"Anugerah ini diberikan kepada orang yang telah berusaha untuk menjadi yang terbaik.. dan awak telah melakukan yang terbaik untuk sem lepas.. jadi anugerah ini layak untuk awak.. amik la anugerah ni.."
.
Jadi saya pun amik... Syukur alhamdulillah sebab dapat tapi ini bukanlah satu kejayaan yang besar buat saya.. Sebab target saya selepas graduated ialah menjadi seorang pelajar yang bukan sahaja berjaya dalam pelajaran tetapi menjadi seorang pelajar yang berakhlak mulia dan boleh berdikari dan berpendirian teguh...InsyaAllah... harap impian saya ini tercapai...
.
"Nedy balik raya bila?"
"Jumaat ni...insyaAllah"
Wah...tak sabarnye balik raya...mak pun asyik tanye bila nak balik..huhu..cam biasa la raya pertama mesti nak buat kenduri kesyukuran... pastu ada sesi bersalaman dengan tok dan tokwan serta mak ayah...lepas tu ada sesi fotografi...seronoknyer...tak sabar nak balik...yuhuu...
.
"Nedy, test 2 lepas raya..."
"Aku tahu tu... (T-T)"
Alamatnye kene beraya sambil baca buku la jawabnyer... tak gitu...huhu

Sunday, July 26, 2009

Balik rumah dan kampung..(sambungan..) dan nasyid...

Bismillahirrahmaanirrahiim.. Assalamualaikum..

Bersambung cerita hari itu..

Sejak dari itu, bermula la pencarian tiket bus untuk balik ke rumah/kampung.. Masa itu lah, ramai yang telah memberi komen2 seperti berikut :

Komen pertama : "Haha.. dulu rumah dekat.. boleh naik komuter jer. sekarang rumah dah jauh.. takkan nak naik komuter lagi kot??"

Komen kedua : "Haha.. nampaknye kita berdua senasib la ye..."

Komen ketiga : "Uih.. rumah dah jauh.. kene naik bus nak balik rumah.. ko tu dah la mabuk bus.."

Dan komen keempat : "Ye ker? Kalau camtu senang la saya masuk meminang awak.."

Adoyai~ macam2 la komen yang diterima bila diberitahu yang parents saya dah berpindah.. huhu

Alhamdulillah.. tiket pun sudah dibeli oleh 'si dia'... kalau nak harapkan saya yang nak pergi beli, mesti susah dan menyusahkan orang lain.. huhu.. tapi kan...

"Awak, awak ade beli tak ubat muntah? takut kang saya muntah dalam bus nanti..."

huhu.. camtu la pulak...

p/s : kalau lah ade orang jual tiket dan ubat muntah dalam satu package.. boleh ker??

Ha... tak habis lagi ni.. ni nak cerita pasal pertandingan nasyid KAMI 5th yang berlangsung pada malam jumaat lepas.. walaupun dah 3 hari berlalu, tapi nak cerita gak kat sini.. hehe.. tapi saya cerita melalui gambar je la ye...


Muka excited tengok nasyid...

Pun excited gak...

Antara kumpulan yang menyertai...




(Diorang ni pilih untuk duduk sebab orang yang tengah nyanyi tu dia sakit kaki akibat main bola semasa berlawan dengan k13 kot..)

Ini kumpulan saya yang bernama ONE PEACE..

Ini pun sama...

Yang bawah ni kumpulan lain...


Gambar yang paling saya suka sekali :

hehehehe... sori ye ses...

Keseluruhannya, memang best pertandingan nasyid kali ni.. harap2 lagu yang diorang sampaikan tu menusuk di dalam hati kita insyaAllah...

ok.. assalamualaikum...

Monday, July 20, 2009

Balik rumah dan kampung.....

Bismillahirrahmaanirrahiim.. Assalamualaikum..

Adoyai~ Tengah dok pikir sekarang ni.. Nak naik train ker naik bus ek? Haa.. untuk pengetahuan sekalian yang sedang membaca ni, family saya telah berpindah ke Seberang Perai Pulau Pinang.. jadi orang Penang la.. huhu

Semua family saya kene pindah sana atas sebab ayah saya terpaksa berpindah kerja ke Penang.. so nak taknak, kena la pindah gak.. Tapi ayah dengan mak suka duduk Penang.. ye la.. tempat kelahiran dan tempat mereka membesar.. saya lak lahir kat Penang tapi membesar kat KL.. jadi, memang tak reti la nak speaking loghat Penang ni.. yang tahunye cuma nyok, sekupang, hang, lempaq buang dan banyak lagi la perkataan yang saya sendiri tak reti nak sebut..(ceh, takde jati diri orang Penang betul!!).. jadi jangan tanye saya bab2 loghat ni.. haha

Mak hepi giler duduk kat sana.. Hari tu ade sembang2 dengan mak.. Suka giler mak saya sembang dengan saya pasal tempat baru mak saya..

"Tadi mak pergi Tesco.. baru je nak masuk, jumpa tok jang hang.. Ape lagi, bersembang tak kira la.. Lepas tu, tengah2 nak pilih barang, terserempak dengan mak ndak hang.. Apa lagi, riuh la kat Tesco tu cam nak roboh.. hehe.. Kalau kat KL, tak jumpa sesiapa pun.. Itu pun jumpa jiran2.. Kalau kat sini, habis suku sakat jumpa.."

Itu la mak saya.. Dia memang bercita2 nak pindah rumah.. dah memang rezeki mak saya dapat pindah ke Penang kan? alhamdulillah.. tapi kan..

"Mak.. kalau camtu, camne akak nak balik umah mak? naik train ke naik bus? akak ni dah la mabuk jalan.. apatah lagi mabuk bas.. mesti lagi teruk.." (teringat balik saya muntah2 lepas naik bas dari matrik n9 ke ktm seremban..)

"Ala.. pandai2 la akak belajar..." Oh... sampainye hati... huhu.....

will be continued but dunno when....

Friday, July 17, 2009

Report LI dan Si Penjual Jeruk....

Bismillahirrahmanirraahim..Assalamualaikum..

Hari ini hari last untuk menghantar report LI.. memang saya berusaha keras untuk menyiapkan report tu.. masa tu dah pukul 12.. dah ade kat dalam bus dah masa tu.. cek balik report yang telah diprint tadi.. last2 ade satu bahagian yang tak print lagi.. apa lagi.. terpaksa turun balik dan pergi ke megastar untuk masukkan bahagian yang tertinggal tu.. ish ish nadia ni... boleh pulak tertinggal ek....

Pergi fakulti bahasa dulu.. ada usrah.. nasib baik tak start lagi.. huhu.. lepas usrah, baru pergi fac.. makan jap.. lapo beno masa tu.. lauk ikan keli dengan sambal belacan.. pergh!! sedap.. haha.. dah siap makan.. pergi hantar report dan benda-benda yang berkaitan kepada dr. fazlida..

Walaupun saya tak kenal dr. fazlida sangat, tapi saya dapat rasa dr ni jenis friendly..

Dr. Fazlida : "Haa... Baru nak hantar report?"

Saya : "Hehe.. dr, sebenarnye saya nak hantar report dalam minggu ni.. tapi tak sangka pulak terhantar hari ni.. hehe.."


Dr. Fazlida : "Ye la kamu ni... biasa la tu.. nama pun student.. tapi kamu ni orang yang pertama yang hantar report tau.."

Saya : "Heh? ye ker? tadi baru je jumpa aswad tadi.. muka confident semacam.. ingatkan dah hantar dah.."

Dr. Fazlida : "Dia belum hantar lagi... kamu kenal tak budak multimedia?"

Saya : "Emm.. ntah la kenal ke tak.. tapi kalau sebut nama, kenal kot.."

Dr. Fazlida : "Kamu kenal tak Mohd Waqiuddin?(ye kot ejaan dia.. sori kalau salah)"

Saya : "Kenal2.."

Dr. Fazlida : "Ha..bagitahu dia SILA HANTAR LAPORAN PRAKTIKAL HARI INI JUGA.. bagitahu kawan2 yang lain.. sape ntah kawan dia ni.. saiful lizwan(ye kot ejaan dia..) dengan ni mohd moonsyi.."

Saya : "Oh.. kenal sangat tu..... ok2.. nanti saya mesej dia.."

Apa lagi.. saya pun terus menghantar mesej kepada moonsyi seperti ayat yang berwarna merah diatas.. rasa nak je tambah KALAU LAMBAT HANTAR, KENE POTONG MARKAH.. baru diorang takut skit.. hehehe..

Ada satu cerita nak kongsi dengan korang... cerita tentang Si Penjual Jeruk..

Pada suatu hari, ade seorang pakcik ni.. kerja dia hanya jual jeruk jer.. itu je la pendapatan dia untuk makan minum dia..

Pada suatu ketika, pada malam sebelum hari esok, jeruk yang dia buat ni belum masak lagi.. Jadi dia pun berdoa "Ya Allah.. Kau masakkanlah jeruk aku ni.. kalau jeruk aku tak masak, macam mana aku nak jual? nanti aku tak ade duit untuk makan minum aku.. Ya Allah, bantulah aku..."

Pada keesokan pagi, pakcik pun tengok la jeruk ni tapi malangnye jeruk dia xmasak jugak lagi.. pakcik pun berdoa sekali lagi "Ya Allah, Kau masakkanlah jeruk aku ni..." tapi jeruk dia tak masak-masak jugak.. Lalu dia pasrah.. Dia bawak juga jeruk dia ke pasar untuk dijual..

Di pasar.. ade penjual lain pun jual jeruk jugak dan habis dijual.. tetapi jeruk pakcik itu tak dipandang orang pun.. ye la.. takkan nak beli jeruk yang tak masak lagi.. tapi pakcik itu terus bersabar...

Sampai pasar itu nak tutup pun tiada jeruk pun yang terjual.. lalu pakcik mengemas barang pakcik dengan muka yang sedih.. tiba-tiba datang seorang wanita menegur pakcik tersebut..

"Pakcik, kat sini ada jual jeruk tak?"

"Pakcik ada jual jeruk, tapi jeruk pakcik tak masak lagi.."

"Alhamdulillah.. saya memang tengah mencari jeruk yang tak masak lagi sebab anak saya suka makan jeruk.. anak saya ada kat Itali sekarang ni.. Jadi kalau hantar jeruk yang tak masak lagi, sampai kat sana mesti dah masak dah.. saya beli jeruk ni ye.. saya nak beli semua..."

Moral of story
1. Banyakkan bersabar.. sebesar mana pun kecelakaan, pasti ada hikmah disebalik semua tu..
2. bergantung harap pada Allah semata2.. itu kunci kejayaan yang sebenar.. tapi usaha tu kene ada la.. macam pakcik jeruk tu.. dia tahu jeruk dia tak masak, tapi dia pergi juga ke pasar..

Insaf dengar citer ni.. saya ni, kalau ade masalah sikit jer, tension.. kene dapat dugaan sikit, menangis... lepas tu down... ape la saya ni.. harap cerita ni boleh dijadikan ikhtibar untuk saya dan yang lain.. insyaAllah..

ok.. assalamualaikum....

Thursday, July 16, 2009

Apa semua ini?

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum.. sepatutnya masa ini adalah masa untuk saya (bahaskan diri sebagai 'saya' pulak yer) menyiapkan report LI.. sekarang ni dah sampai Kesimpulan dan Cadangan.. tak ape la.. sambung esok.. insyaAllah esok print.. boleh buat assignment yang lain pulak.. lagipun tak tahu la kenapa hati terlampau nak sangat mengupdate blog saya..

Mungkin sebab saya tak ada tempat untuk meluahkan perasaan atau tak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan melalui kata-kata (sebab saya jenis seorang yang speechless padahal dah susun dah ayat dalam kepala sebelum nak cakap tapi bila nak cakap, lidah kelu..)

Hari ini, macam biasa.. saya melakukan kerja harian saya.. tapi macam semalam dan hari sebelumnya, jiwa kosong.. macam tak diisi sesuatu.. tapi saya memilih untuk mendiamkan diri.. sebab saya tahu, kalau saya cerita, mereka tidak akan faham perasaan saya..

Dan pada suatu masa, mata saya terpandang seseorang.. seorang wanita.. saya kenal dia sebelum itu.. melalui Adila O.. tetapi saya tak ingat nama dia.. sebelum ini, kalau saya terserempak dengan dia, saya hanya senyum kat dia..

Tetapi kali ini lain.. lain sekali perasaan ini.. saya memandang dia dari jauh.. segala pergerakan dia.. cara dia berpakaian.. cara dia senyum.. cara dia melayan karenah kawan dia.. dan dia tidak sedar yang saya sedang memandang dia..

Bukan bermakna saya jatuh hati kat dia(uish.. saya bukan begitu ek..) cuma saya rasa rindu.. rindu dengan diri saya dahulu.. rindu dengan kawan2 saya semasa saya di matrik.. rindu dengan kearkaban kami..

Kenangan itu datang bertalu2 sehingga saya ingin menitiskan air mata.. tapi masa itu di food court.. jadi saya buat muka selamba.. muka seperti biasa.. tetapi dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tahu..

Ketika dalam bilik, saya buat kerja seperti biasa.. tapi fikiran masih lagi memikirkan wanita itu dan kenangan di matrik... kenapa? kenapa wanita itu? sedangkan dia tiada kena mengena dengan saya semasa saya berada di matrik?

Saya melihat diri saya.. saya merenung sesuatu.. sesuatu benda yang menyebabkan saya jadi begini.. yang menyebabkan saya berubah kini, bukan seperti dahulu.. saya geram.. saya nak bakar je benda tu, tapi saya fikir balik saya tak mampu.. saya guna benda tu..

Saya berfikir kembali.. kerana kecewa tidak menemui jawapan, saya membuka facebook saya.. saya ternampak kawan saya semasa matrik.. ya dia.. kawan yang paling saya rindu.. kawan yang paling memahami saya ketika saya berada di matrik.. cerita je apa apa cerita yang saya rasa nak bercerita, dia sudi mendengar luahan hati saya.. ecah nama dia..


Lalu saya membuka profile dia.. dia dah banyak berubah.. berubah ke arah kebaikan.. alhamdulillah.. lama tak jumpa dia.. kemudian saya terlihat satu gambar.. walaupun itu gambar biasa bagi orang lain, tetapi gambar itu memang terkesan pada diri ini..

Terdiam saya seketika.. saya masih ada kekurangan.. saya sedih dengan diri ini.. rasa nak menjerit.. menangis.. ketika itu dan even saat ini, saya memang betul2 memerlukan orang seperti ecah, nad, kak hanum sebab diorang la yang lebih memahami saya..

Saya menutup mata saya.. Masih terdengar suara ecah.. Ketika itu saya sedang berkongsi cerita yang terkini dan saya bercerita tentang 'dia' kepada ecah..

"Bagus la nedy.. cinta bermatlamat lagi bagus daripada cinta yang tanpa arah tuju ni.. tapi satu je la aku nak pesan.. pesanan ini pun untuk diri aku sendiri gak.. kalau kau nak keluar dengan dia, lebih elok kalau kau bawak kawan temankan kau..bukannye ape.. sekurang2nye boleh hindarkan zina mata dan zina hati.. dapat jauhkan fitnah.. ingat! walaupun cinta kau bermatlamat tapi dia bukan suami kau lagi... dia pun takde hak ke atas kau.. ingat tu.."

Saya tersenyum.. susah nak cari seorang kawan yang boleh mengajak ke arah kebenaran.. ke jalan Allah.. dan saya, nampak benda salah pun tak mampu nak tegur.. saya memang seorang yang teruk..

Lepas solat maghrib dan mengaji, saya menyambung kembali kerja saya.. Kali ini, saya tak buka facebook kerana facebook memang melalaikan saya.. saya kene jadi seorang yang berdisiplin.. sambil menyiapkan tugasan, saya mendengar ceramah dari pakar motivasi kesukaan saya, Dr. Fadzilah Kamsah..

"Kalau nak hidup cemerlang, sebelum tidur, setkan minda, dan kata "Sekiranya saya dapat bangun pagi insyaAllah, saya nak jadi orang yang berjaya, orang yang solehah.." dan sentiasalah berdoa sebab kalau kita tak berdoa, bagaimana Allah nak berikan sesuatu kepada kita.."(lebih kurang la ayat dia..)

Kemudian saya berfikir.. wanita tadi,benda itu, ecah, gambar, dan nasihat ecah... apa kaitan itu semua? adakah ia datang secara kebetulan? atau saya yang perlu berubah sebenarnya?

Sunday, July 12, 2009

Lama giler tak update...

Bismillahirahmanirrahim....

Assalamualaikum sume... subhanallah.. lama giler aku tak mengupdate blog.. sejak sebelum praktikal sampai ke hari ni.. kerja datang bertalu-talu (macam pistol).. kadang-kadang sampai naik tension dibuatnye..blogger-emoticon.blogspot.com

tapi alhamdulillah.. semuanya berjalan dgn lancar dan terkawal.. bila tension je, "Jom makan subway.." haha.. setakat ni dah 3 kali aku makan subway.. nyum nyum~~ enak rasanya.. huhu..
blogger-emoticon.blogspot.com
sem baru sudah pun buka.. dan aku kini adalah pelajar final year.. yahoo~~ one year to go!!
blogger-emoticon.blogspot.com tapi kan.. walaupun baru je bukak sem, report LI kene siapkan jugak.. aiyoo nadia...
blogger-emoticon.blogspot.com

lagi tension bila sistem yang aku buat ni belum siap2 lagi..huhu.. untuk pengetahuan, aku kerja kat IDEC UPM.. sape yang tak tahu kat mana IDEC tu, sila la bukak balik peta UPM yang korang dapat masa first year dulu.. (aku ade simpan ke tak lagi peta tu.. hehe)

ape lagi, mengulang alik la aku ke IDEC.. kalau ade 2 jam break, 2 jam break tu la aku akan pergi ke sana.. malam je aku terus pengsan sebab tak larat..huhu

sekarang ni alhamdulillah... walaupun sistem tu masih belum stabil, tapi sebab dah ade pengganti, so lega la aku sikit.. so all the best la kepada kakak yang menyambung kerja aku tu.. harap dia paham coding yang aku buat.. karang pening pulak kepala dia..huhu

untuk sem ni, aku ambil 22 jam kredit yang kebiasaannya aku slalu ambil 17 or 18 jam kredit.. pergh, banyak tu!! subjek yg aku amik sem ni :

Subjek wajib
1. Operating System
2. Software Quality
3. Database
4. Asas Keusahawan

Subjek elektif
1. Information System
2. Psikologi Pendidikan Islam
3. Latihan Industri

4 + 3 = 7.. 7 subjek aku amik..larat ker? kalau tolak yang LI tu, jadi la 6..huhu.. So 6 subjek aku amik utk sem ni.. insyaAllah, aku boleh buat yang terbaik untuk sem ni.. belajar bukan untuk dapat pointer tinggi, tapi untuk mendapat keberkatan dari Allah.. insyaAllah...blogger-emoticon.blogspot.com

tadi aku pergi makan malam dengan kak ami.. lepas habis makan2, rubi tetiba je muncul..huhu.. masa nak balik tu,

Kak ami : "Nak pergi melagha tak?"

Aku : "Boleh gak... jom pergi bukit expo.."

Kak ami : "Ha? bukit expo.. boleh.. kita jalan satu bukit expo.."

Aku : "Camtu eh? kita jalan dulu la.."

Rubi : "Korang nak gi jalan-jalan ni, report LI dah siap ke belum?"

Kak ami : "Belum.."

Rubi : "Ko nedy?"

Aku : "Belum gak.."

Rubi : "Aku ikut sekali la.. Aku pun belum gak.."

Maka, 3 anak dara jelita pun berjalan-jalan pergi ke tempat yang dituju..

Aku : "Kita jalan sampai gate tu je la.. Pasti kita patah balik.."

Rubi : "Aku ikut jer.."

Apabila kami menghampiri gate itu...

Kak Ami : "Eh.. ape tu merah2 tu... cam kenal je pokok ni.. macam pokok rambutan..blogger-emoticon.blogspot.com"

Aku dan Rubi : "Pokok rambutan??"

Apa lagi, kami pun terus pergi ke pokok yang dinyatakan oleh kak ami sebentar tadi.. Siap amik galah lagi tu.. sronok.. tak sempat nak amik gambo kak ami excited mengait pokok tersebut.. huhu.. nanti nak pergi tempat tu lagi la.. hehe..


banyak lagi nak citer ni..huhu.. nak melepaskan geram kerana lama sangat tak update.. tapi kene tunggu aku free dulu.. ni pun tengah free sekarang ni..haha.. sekejap lagi nak siapkan report LI ni.. insyaAllah dalam 2 hari lagi siap la (tanpa melagha + main facebook..blogger-emoticon.blogspot.com )

ok.. assalamualaikum..

Thursday, April 23, 2009

I'm home....

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Sudah sehari saya berada di rumah saya.. Bila bukak facebook dan melihat karenah kawan-kawanku berceloteh di situ, seakan mengimbau kembali kenanganku di K5.. Rindu la kat korang sume..




Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi saya rasa semua gambar diatas boleh menceritakan sendiri pengalaman saya sepanjang berada dalam tahun kedua sesi 2008/2009.. rindu korang sume..